Bukan Berita Online Biasa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

Tanah Felda: Polis Serah Kertas Siasatan Pada AG

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan penuh berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak akan diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada minggu depan, bergantung kepada siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun siasatan masih dijalankan, namun beliau yakin siasatan akan selesai minggu hadapan.

“Siasatan masih dijalankan. Kita jangka akan hantar minggu depan kepada peguam negara.

“Tetapi saya tidak boleh beritahu lebih lanjut kepada media berapa peratus siasatan telah dijalankan,” katanya ketika ditemui wartawan semasa sidang media selepas merasmikan pejabat baharu seketeriat Aseanpol di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, di sini.

Pada 5 Januari lalu, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilaporkan telah selesai memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di sini berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak selepas disoal siasat selama 5 jam.

Baca: Isu Tanah Felda: Isa Beri Keterangan Kepada JSJK

Isa dipanggil polis selepas media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu pernah menjadi pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top