Bukan Berita Online Biasa

"Tergamak Kau Bunuh Sampai Macam Ni"

“Tergamak Kau Bunuh Sampai Macam Ni”

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG pencinta kucing terkilan apabila mendapati seekor kucing peliharaanya mati dipercayai dibunuh dengan cara kejam di hadapan rumahnya sendiri dalam kejadian Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian status yang dimuat naik Amalieena menerusi laman Facebook, dia yang baru pulang dari kerja pada waktu petang terkejut apabila mendapati kucing kesayangannya mati dipercayai dilemaskan.

Malah, haiwan mamalia comel itu hanya diletakkan di dalam plastik di hadapan rumahnya menunjukkan pembunuh haiwan itu tahu siapa pemilik kucing berkenaan.

"Tergamak Kau Bunuh Sampai Macam Ni"

“Saya sangat sedih dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini sanggup melemaskan kucing saya sampai mati, sebab hanya kepalanya sahaja yang basah.

“Kemudian diletak pula di hadapan rumah tuannya, tahu pula itu kucing saya. Memang perangai jiran yang sangat kurang ajar,” luahnya.

Tambah Amalieena, dia memberikan peringatan secara lantang kepada jirannya itu agar tidak lagi bertindak melampaui batas sehingga tergamak meragut nyawa haiwan yang tidak bersalah.

“Kalau kamu tidak suka kucing itu bermain di depan rumah kamu, maklumkan kepada kami dan kami boleh kurung dia. Bukan begini caranya nak menyelesaikan masalah. 

“Cuba bayangkan anak kamu dipenggal kepalanya dan diletak di hadapan rumah. Agak-agaknya apa yang kamu rasa pada ketika itu? soalnya lagi.

Menurut Amalieena, kejadian yang menimpa kucingnya itu terlalu kejam dan hanya mereka yang pernah membela dan menyayangi kucing akan memahami perasaannya.

Sehingga kini, perkongsian gambar dimuat naik itu mendapat lebih 10,000 perkongsian di Facebook selain ribuan komen kecaman daripada netizen yang berang dengan pembunuhan kejam haiwan kesayangan Nabi SAW itu. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top