Bukan Berita Online Biasa

Tidak Bertegur Selama 20 Tahun, Tapi Masih Tinggal Serumah

Merajuk Dengan Isteri, Tidak Bertegur Selama 20 Tahun!

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BERAPA ramai yang sanggup membisu dan tidak bertegur sapa dengan pasangan untuk suatu tempoh yang cukup panjang?

Kebanyakan pasangan lazimnya apabila bergaduh hanya tidak bertegur sapa sehari dua atau paling lama pun seminggu.

Percaya atau tidak, satu pasangan di Jepun ini telah berdiam diri dan tidak bertegur sapa selama 20 tahun!

Apa yang anehnya, perkahwinan mereka masih dapat bertahan dan tinggal sebumbung serta mempunyai tiga orang anak.

Otau Kayayama dari Nara, selatan Jepun terus tinggal bersama isterinya Yumi dan pasangan itu hanya berkomunikasi secara mengangguk atau mendengus selama 20 tahun.

Masalah pasangan tu didedahkan oleh anak lelakinya Oshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar kedua ibu bapanya berbual.

Tidak Bertegur Selama 20 Tahun, Tapi Masih Tinggal Serumah

Prihatin dengan masalah yang dihadapi, pihak berkenaan bersetuju dan tampil membantu dengan mengaturkan satu pertemuan di sebuah taman di mana ia adalah lokasi temujanji pertama mereka, sambil diperhatikan oleh anak-anak dari jauh.

Tidak Bertegur Selama 20 Tahun, Tapi Masih Tinggal Serumah

“Sudah lama berlalu sejak perbualan kita yang terakhir. Kamu sangat mengambil berat tentang anak-anak.

“Yumi sehingga kini, kamu sudah banyak bersusah payah. Saya ingin beritahu kamu, saya berterima kasih kerana pengorbanan kamu selama ini,” kata Otau.

Otou kemudian menjelaskan dia merajuk kerana cemburu dengan perhatian yang diberikan isterinya kepada anak-anak.

“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,” ujarnya sambil menundukkan kepala, diikuti oleh isterinya.

Melihatkan reaksi ibu bapa mereka, ketiga-tiga anak kepada pasangan itu dengan serta merta menangis akibat terlalu sedih dan gembira dalam masa yang sama setelah melihat kedua ibu bapa mereka kembali bercakap seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top