Bukan Berita Online Biasa

Tidak Pernah Sekat Murid Asing Hak Bersekolah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk bersekolah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan adalah lengkap.

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Seremban, Negeri Sembilan yang dihalang bersekolah kerana tidak memiliki pasport yang didakwa konon polisi baharu Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah memberi pas khas kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai G Darshana itu untuk hadiri sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya di Seremban, hari ini. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top