Bukan Berita Online Biasa

Tiga Banduan Manila Maut, 10 Lolos

Tiga Banduan Manila Maut, 10 Lolos

in Jenayah/Utama & Sensasi

MANILA – Sekurang-kurangnya tiga banduan terbunuh, manakala 10 lagi melarikan diri dari penjara di sebuah pulau di selatan Filipina, pada Ahad.

Pengarah Polis Daerah, Reuben Theodore Sindac memberitahu, tahanan di pulau Jolo, terletak kira-kira 1,000 kilometer di selatan Manila bertindak memotong logam sel mereka dan melompat dari tingkat dua bangunan tersebut.

“Seorang banduan cedera, manakala tiga banduan terbunuh ketika pihak polis cuba menangkap mereka. Ketiga-tiga mangsa ditahan berkaitan dadah.

“Polis dan tentera kini giat memburu kesemua tahanan yang lolos.

“Enam daripada mereka disyaki anggota kumpulan militan Abu Sayyaf dan menghadapi tuduhan memiliki senjata api serta bahan letupan yang menyalahi undang-undang,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah, Superintendan Mario Buyuccan berkata, insiden berkenaan tiada hubungan dengan pertempuran antara tentera dan militan di bandar Marawi.

Difahamkan, penjara balai polis itu mempunyai 32 banduan yang kebanyakannya pengedar dadah. – mStar Online

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top