Bukan Berita Online Biasa

Tiru Aksi Kartun, Budak Terjun Guna Payung

Tiru Aksi Kartun, Budak Terjun Guna Payung

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GARA-GARA terpengaruh dengan aksi kartun yang digemari, seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas terjun dari tingkat 10 di sebuah apartmen di wilayah Suzhou, China.

Portal Shanghaiist.com melaporkan, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu ingin meniru perbuatan siri kartun di mana salah satu wataknya menggunakan payung sebagai ‘parachute’ (payung terjun).

Namun, bukan ‘payung’ yang menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu tetapi wayar elektrik yang memperlahankan terjunannya sebelum jatuh.

Tiru Aksi Kartun, Budak Terjun Guna Payung

Kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan serius selepas mendarat ke tanah menggunakan ‘payung terjunnya’.

Doktor di sebuah hospital tempatan berkata bahawa kanak-kanak itu dalam keadaan stabil.

Beberapa gambar rakaman kamera litar tertutup menerusi laman Wiebo memaparkan kanak-kanak itu terbaring di atas tanah bersama payungnya yang berwarna merah.

Kedua-dua ibu bapanya percaya anak mereka menonton kartun secara sendirian.

Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan tajuk kartun yang ditonton oleh kanak-kanak terbabit sebelum kejadian tersebut.

Sebelum ini pada 2013, turut berlaku kejadian sama di Shenzhen apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terjun dari tingkat enam rumahnya kerana meniru aksi kartun. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top