Bukan Berita Online Biasa

Tragedi Pusat Tahfiz: 2 Trak Polis Bawa Jenazah

Tragedi Pusat Tahfiz: 2 Trak Polis Bawa Jenazah

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 jenazah mangsa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah tersebut tiba dibawa masing-masing dengan dua buah trak polis bagi menjalani proses bedah siasat dengan lori pertama membawa 11 mayat dan yang kedua pula 12 mayat.

Kesemua mereka tiba di pekarangan IPFN pada pukul 10.30 pagi. Sekitar kawasan ini turut dikawal ketat pihak polis namun sudah dibanjiri ahli keluarga dan saudara mara yang hadir untuk membuat pengecaman.

Difahamkan, tujuh mangsa lagi yang cedera turut dirawat di HKL dengan empat daripadanya dilaporkan berada di zon merah manakala tiga lagi dirawat di Jabatan Kecemasan HKL kerana cedera ringan.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti. – Mynewshub.cc/Aisyah

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top