Tujuh Dekad Membangunkan Negara Bangsa

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

APA itu negara bangsa? Adakah ia berkaitan dengan negara atau bangsa atau sebuah ungkapan yang mempunyai satu maksud sahaja? Kita sebenarnya turut termasuk dalam golongan ini. Lebih tepat, kita adalah ia (negara bangsa). Berdasarkan pemahaman saya, negara bangsa adalah masyarakat dalam sesebuah negara.

Namun, tidak semua orang sedar mereka turut terlibat sama kerana tiadanya perasaan ingin memperbaiki kemajuan negarabangsa kita. Memperbaiki dan memajukan negara bangsa ini perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan negara ini sebuah tempat yang lebih mampan dan selesa. Bukan sahaja lebih baik,, tetapi bermanfaat untuk semua.

Malaysia sebenarnya mula diperkenalkan dengan konsep negara bangsa untuk menaiktaraf sektor politik, dan dari masa ke semasa, pembangunan turut berubah dari satu pembangunan ke pembangunan yang lain. Seperti yang kita tahu, sejak dari Tanah Melayu, Malaya dilahirkan dan kita masih berhasrat untuk menjadi negara yang lebih moden dan berprestij. Dengan itu, kita bergerak dari sifar sehinggalah perjalan kita sekarang iaitu Malaysia.

Kerajaan telah menggariskan satu prinsip untuk negara membangunkan negara bangsa, rakyat perlu bekerjasama dan kekal sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Kita tidak hidup untuk bersifat individualistik, sebaliknya kita hidup bermuafakat sebagai Malaysia. Sama seperti perumpamaan ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Perumpamaan ini bermaksud kita kuat jika kita bersatu tapi sebaliknya jika kita berpecah. Kita sebenarnya sudah dengar perumpamaan ini sejak kecil, perumpamaan ini bukan tersemat di mulut atau minda,tetapi turut tersemat dalam hati rakyat Malaysia. Berdasarkan masa lalu, kita hidup di negara ini berdasarkan perjanjian politik dan perjuangan masa lalu walaupun ia menyebabkan sedikit kekacauan namun kita tetap tersenyum menghadapinya. Kita tidak mahu perkara lampau berulang bukan?

Tujuh dekad membangunkan negara bangsa, banyak perkara yang telah mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap Malaysia. Walaupun negara kita kecil, kita semua mempunyai impian yang besar dan hati untuk semua orang di luar sana. Sekarang, kita lihat pada pada pembangunan yang telah dicapai sepanjang tujuh dekad.

Perkara pertama, kejayaan yang paling utama ialah kita telah menguasai penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa Malaysia adalah mudah dan cantik dalam konteksnya yang tersendiri. Biarkan ia pelik dan berbeza jika negara lain mendengarnya, ia adalah cantik seadanya. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang bagus untuk digunakan tidak kira di rumah, pejabat, sekolah dan tempat awam.

Seterusnya, penyebaran budaya dan seni dari masa lampau yang gemilang. Seperti yang kita tahu, bidang kesenian dan kebudayaan negara kita adalah pelbagai dan sedikit berbeza dari negara lain. Satu karya seni mempunyai pelbagai maksud mengikut takrifan sendiri walaupun maksud sebenar adalah di luar pemikiran kita. Karya ulung yang dilihat berbeza berbanding yang lain adalah baju melayu dan baju kurung. Dua pakaian ini adalah pakaian yang diapakai oleh semua kaum walaupun sekali dalam seumur hidup sebagai rakyat Malaysia. Akhirnya, budaya yang membentuk bangsa Malaysia kini.

Selepas itu, pemodenan yang dilihat dari bangunan dan pengangkutan awam menyebabkan pelancong tertarik unutk melihat Malaysia. Kita dapat meilhat perubahan ini dari semasa ke semasa . Dari bangunan KLCC sehinggalah keretapi laju ke Singapura, kita tetap berusaha menjaga tradisi dalam proses membangun. Kita juga mampu tersenyum kerana kita berusaha untuk menjaga Malaysia.

Akhir sekali, perkara yang boleh dibanggakan adalah tahap kita dalam peringkat antarabangsa menerusi sukan dan sebagainya. Kita boleh lihat ramai rakyat Malaysia menempa nama di peringkat antarabangsa. Ini menunjukkan Malaysia juga mampu bersaing di peringkat antabangsa dan kita akan terus membangun menempuh pelbagai dugaan.

Apa yang boleh dikatakan adalah Malaysia masih membangun dan berubah menjadi lebih baik. Dalam masa tujuh dekad membina negara bangsa ini, pelbagai perubahan berlaku dan ramai berpuashati dengannya. Kita akan terus membangun dan mencapai lebih dari yang kita mampu kerana Malaysia adalah petanda baik. – MYNEWSHUB.CC

#LaskarMalaya

Loading...