Bukan Berita Online Biasa

Tumbuk Jurugambar, Chris Brown Bakal Didakwa

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI terkenal Amerika Syarikat (AS), Chris Brown sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila didakwa menyerang seorang jurugambar ketika keluar dari sebuah kelab di Tampa, Florida.

Menurut laporan portal berita antarabangsa, Chris, 27, dikatakan menumbuk muka seorang jurugambar, Benni L. Vines sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian bibir lelaki tersebut.

Tumbuk Jurugambar, Chris Brown Bakal Didakwa
Kecederaan yang dialami oleh Bennie selepas ditumbuk Chris.

Selepas ditumbuk, Bennie dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Say Goodbye itu.

Dalam satu kenyataan rasmi, Balai Polis Tampa mengesahkan bahawa ketika kejadian, Chris berang dengan Bennie yang juga merupakan jurugambar kelab itu kerana mengambil gambarnya sebelum menumbuk mukanya.

Bagaimanapun selepas polis menerima laporan tentang kejadian tersebut, pihaknya segera ke tempat kejadian tetapi Chris bersama rakan-rakannya sudah pun meninggalkan kelab itu.

Ini bukan kali pertama Chris bertindak di luar batasan malahan pada tahun 2009, dia pernah ditahan polis kerana membelasah bekas teman wanitanya yang juga penyanyi, Rihanna.

Manakala┬ápada 2014, dia mengaku bersalah atas tuduhan menyerang peminat yang ingin bergambar dengannya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top