Bukan Berita Online Biasa

76ca6af8-5e37-49be-8113-f6eab5b58d75

TV Alhijrah RapatkanSaf Capai Jenama First Class

in Utama & Sensasi

PENGHALANG utama bagi pembangunan jenama berkaitan produk usahawan Muslim ialah kos promosi yang terlalu mahal terutama di media massa arus perdana. Bagi usahawan Islam yang baharu menapak dalam perniagaan – membawa jenama dan produk mereka ke empayar televisyen ialah satu beban besar.

“Kami faham kekangan ini, justeru kami memacu tindakan terancang bagi memastikan sasaran membawa 300 jenama Islam menguasai iklan televisyen tahun ini dilaksanakan secara strategik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Menurut Izelan, tafsiran dan fokus media penyiaran Islam bukan kandungan program semata-mata, tetapi peranan ekonomi juga penting dalam mengukuhkan jualan usahawan Islam.

757014e8-9d28-4db4-b7d5-2569892c9415
TV Alhijrah, kata Izelan, akan terus melangkah dengan falsafah RapatkanSaf bagi membantu mengukuhkan jenama usahawan Muslim.

0ffd6d2f-f92c-4c6b-ba3f-0e14f4a85686
“Sejak September hingga Disember alu, kami fokus membantu pelan media hampir 100 jenama melalui pelbagai pakej mesra usahawan. Tahun ini kami sasarkan 300 jenama. Kami mahu RapatkanSaf dengan segmen usahawan Muslim,” katanya secara eksklusif pada MyNewsHub.

Antara pelan utama TV Alhijrah ialah melalui pakej B’Frenz. Program 60 minit yang bersiaran setiap hari jam 12.00 tengahari. Program ini khusus disediakan pada jenama Islam keluaran usahawan Muslim.

 

40873c91-b132-465d-b637-82cdf0ef28a2

Pakej sejam ini mengenakan caj RM25 ribu kepada setiap usahawan yang mahu memasarkan produk mereka. Dalam tiga blok program ini, usahawan Muslim berpeluang menjelaskan mengenai jenama dan produk mereka. Selain penjenamaan, usahawan berpeluang menjelaskan kepada penonton yang berminat dalam perniagaan untuk memohon menjadi agen atau pengedar.

Manakala mulai 1 Januari lalu, dilancarkan satu lagi program lima hari seminggu. Program baharu ini khusus untuk usahawan muslimah yang menyediakan produk khas untuk kegunaan wanita.

“Program Saf Muslimah ini bukti kami mengiktiraf dan menyediakan platform kondusif dengan kos mampu bayar kepada produk dekorasi dalaman, pengantinan, tata rias dan butik fesyen muslimah. Malah juga kepada usahawan IKS wanita yang menghasilkan produk kecil tetapi berpotensi untuk maju,” katanya.

Dengan harga RM10 ribu, usahawan Saf Muslimah boleh bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat mempromosi jenama dan produk mereka dalam dua blok segmen 30 minit ini.

“Kami yakin, dalam suasana ekonomi sekarang, berjuang membantu usahawan kecil adalah satu strategi terbaik mengukuhkan ekonomi ummah di peringkat bawahan,” katanya.

Usahawan yang berminat boleh menghubungi Unit Khidmat Media TV Alhijrah di nombor:
011-2172 1211/ 011-28290198/018-2139 170. -MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top