Bukan Berita Online Biasa

UMNO, BN Perlu Elak Jadi Mangsa Politik Persepsi

UMNO, BN Perlu Elak Jadi Mangsa Politik Persepsi

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dan kelalaian yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu apabila partimenjadi mangsa politik persepsi dan pembohongan pembangkang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu berkata pada PRU itu, pembangkang telah memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej BN dan kerajaan di mata rakyat melalui apa yang dinamakannya sebagai ‘perang persepsi’.

“Semua orang tahu UMNO tidak lemah. Malah kita masih menang dan berjaya menambah 79 kepada 88 kerusi Parlimen (pada PRU13). Namun akibat permainan jelek pembangkang, kita telah menjadi mangsa ‘poitik persepsi’.

“Inilah yang dinamakan perang persepsi dan kita hampir tewas akibat permainannya walaupun di sudut realiti dan fakta kita berada di landasan yang betul dan bersungguh-sungguh dalam berjuang, berbanding pembangkang yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain wayang,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau berkata antara contoh pembohongan pembangkang pada pilihan raya umum lalu ialah mengenai 40,000 pengundi hantu dibawa masuk ’dari Bangladesh, dakwat kekal yang mudah luntur dan boleh dikikis’ serta penyebaran maklumat palsu mengenai kemenangan pembangkang.

“Inilah dia modus operandi pembangkang … pada PRU14 nanti mereka akan terus berbohong lagi. Macam-macam isu bakal mereka timbulkan bahkan akan bertindak lebih agresif, lebih ‘cunning’ untuk meraih sokongan rakyat,” kata Najib.

Katanya satu perkara yang sering menjadi permainan pembangkang adalah menimbulkan persepsi kononnya UMNO sebuah parti bersifat rasis dan antikaum Cina.

Beliau berkata jika UMNO bersifat seperti yang didakwa itu, bagaimana ia boleh diterima mengepalai parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah.

“Saya ulang,… UMNO bukan antikaum Cina. Tetapi ternyata kaum Cina dan sebahagian kaum India turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan pembangkang,” tegas Najib. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top