Bukan Berita Online Biasa

UNICEF Sedih Tragedi 22 Pelajar Tahfiz Maut

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) melahirkan simpati diatas tragedi kebakaran yang menyebabkan kematian lebih 20 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara awal pagi ini.

UNICEF dalam satu kenyataan turut memohon pihak media melaksanakan laporan beretika dalam menyampaikan maklumat berhubung insiden itu dan `menahan diri’ daripada menerbitkan dan berkongsi video serta foto yang mungkin melanggar privasi ahli keluarga mangsa.

“Malangnya, kematian ini boleh dielakkan. Insiden ini adalah peringatan yang amat penting untuk memastikan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak dalam semua persekitaran pembelajaran.

“UNICEF menyeru pihak berkuasa Malaysia memastikan kejadian sedemikian tidak berulang. Penyiasatan penuh perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengetahui punca tragedi ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Media hari ini melaporkan lebih 22 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam satu kejadian kebakaran di pusat tahfiz Darul Ittifaqayah di Jalan Keramat Ujung di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Datuk Saimon Jahid berkata, kebakaran di percayai bermula sekitar 5.10 pagi berlaku dari atas bangunan.

Menurut beliau, seramai 13 mangsa ditemui di bahagian kanan bangunan dalam keadaan mayat yang bertindih. Seorang berhadapan dengan pintu masuk dan selebihnya di bahagian penjuru kanan.

“Punca utama kebakaran ini berlaku kemungkinan disebabkan perkara-perkara seperti ubat nyamuk, litar pintas dan sebagainya,” katanya.

Pusat tahfiz tersebut disahkan tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal serta tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top