Bukan Berita Online Biasa

UniFi Catat Pelanggan Ke Sejuta

UniFi Catat Pelanggan Ke Sejuta

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – UniFi berjaya mencatat jumlah pelangan ke sejuta yang mana ia merupakan satu pencapaian penting buat Telekom Malaysia Berhad.

Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan PKS TM Imri Mokhtar berkata, UniFi telah berkembang secara konsisten sehingga berjaya meraih sejuta pelanggan.

“Kami khususnya bersyukur kerana memperoleh pencapaian ini dalam bulan yang mulia, semasa kami di TM meraikan #KeajaibanRamadan.

“Buat kami, inilah yang membawa kepada #KeajaibanUniFi dan kami raikan 1 juta pelanggan UniFi kami sebagai ‘Keajaiban Sejuta’ – andalah keajaiban kami, dan kami tidak akan berjaya melakukannya tanpa para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malah katanya, sebagai penghargaan kepada pelanggan UniFi, TM akan membuka semua saluran HyppTV dan aplikasi HyppTV Everywhere bermula 19 Jun hingga 18 Julai  2017.

“Kami juga melanjutkan pengalaman hiburan ini kepada semua pelanggan Streamyx 8Mbps dan Streamyx 4Mbps dengan set-top box HyppTV.

“Dengan lebih 100 saluran merentasi pelbagai genre, anda boleh menikmati pengalaman tontonan menyeluruh sambil mengeratkan silaturrahim bersama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang tersayang pada bila-bila masa, di mana sahaja sepanjang musim perayaan tidak lama lagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top