Bukan Berita Online Biasa

Video: Penunggang Biadab Tendang Kon Sepanjang Jalan

in Utama & Sensasi/Video Viral

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial tindakan biadab seorang penunggang motosikal yang menendang kesemua kon yang diletakkan oleh peronda lebuh raya.

Insiden yang sempat dirakam oleh seorang pemandu kereta itu menunjukkan aksi lelaki terbabit yang bukan saja mendatangkan bahaya kepada diri, malah pengguna lebuh raya yang lain.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Facebook Info Roadblock Jpj/Polis, kejadian dipercayai berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang, berdekatan Cheras Sentral, di sini.

Difahamkan, beberapa buah kereta yang melalui jalan itu juga hampir mengenai kon-kon yang ditendang oleh penunggang motosikal terbabit.

Tindakan berkenaan dicemuh pengguna laman sosial kerana ia bukan sahaja menyusahkan, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Ini orang bodoh. Menyusahkan pekerja nak letak balik kon yang ditendang lelaki ini. Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini?

“Tak pasal-pasal disebabkan orang seperti ini, jalan jadi sesak berkilo-kilometer panjang. Bodoh dan buat malu je perangai macam hanat!” kata seorang netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mahukan penunggang itu ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun ia mungkin agak sukar kerana nombor pendaftaran motosikal di dalam video berkenaan tidak dapat dilihat secara jelas. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top