Bukan Berita Online Biasa

Viral! Alamat Jemaah Haji Tidak Dapat Dijejaki

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEPERTI yang kita tahu, sekarang adalah musim haji. Panggilan Baitullah itu telah memanggil mereka yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Makkah Al-Mukarramah.

Hanya mereka yang bertuah dan terpilih sahaja mampu melakukan dan inilah yang dipanggil ‘Lambaian Kaabah’ bagi insan yang bergelar muslimin dan muslimah.

Namun, apa yang sedikit terkilan adalah, apabila MYNEWSHUB menerima kiriman iaitu hamba Allah ini mendapat tawaran untuk pergi menunaikan fardhu ain tersebut tetapi alamat yang diberi tidak dapat dijejak.

Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat terbaru yang kami peroleh, penama tersebut telah dapat dikesan alamatnya oleh pihak Tabung Haji sendiri dan kini telah pun selamat berlepas ke tanah suci.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian semua.

Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berpanjangan kepada insan berhati mulia yang telah bersama membantu memudahkan urusan untuk kebaikan.

Jika kita memudahkan urusan orang, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

Siapa tahu mungkin selepas ini, kalian pula yang menjadi antara insan bertuah mendapat panggilan untuk menjadi tetamu Allah? Insya Allah. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top