Bukan Berita Online Biasa

Viral Video Dian Sastro Tepis Tangan Peminat

in Artis/Utama & Sensasi

ARTIS Indonesia dan sikap diva mereka memang tidak dapat dipisahkan.

Ini mungkin kerana disebabkan mempunyai jutaan peminat di negara kelahiran mereka sendiri, membuatkan sesetengah daripadanya mula ‘lupa diri’.

Bukan tak biasa dengar kisah sikap diva mereka seperti enggan melayani peminat serta sikap kurang mesra dengan pihak media.

Terbaharu, aktres tersohor Dian Sastrowardoyo pula terpalit dengan perangai diva apabila perbuatannya menepis tangan peminat menjadi viral baru-baru ini.

Situasi itu dikatakan berlaku pada majlis tayangan filem terbaharu lakonan Dian berjudul Kartini yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik sendiri Dian menerusi Instagram Story-nya dapat dilihat dengan jelas dia menepis tangan peminat yang dipercayai ingin bergambar dengannya.

Susulan kontroversi video tersebut, pengarah Kartini, Hanung Bramantyo tampil membuat permohonan maaf terhadap kelakuan pelakonnya yang dianggap tidak sopan.

Viral Video Dian Sastro Tepis Tangan Peminat

“Selaku pengarah filem Kartini, saya minta maaf jika salah seorang pelakon filem itu bertindak tidak sopan kepada penonton. Kami sudah berusaha untuk selalu berkelakuan baik, tapi kami juga manusia.

“Kami juga kadang-kala tidak sedar dan penat hingga timbul perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Saya percaya apa yang dilakukan oleh Dian atau pelakon lain adalah secara tidak sengaja, harap maafkan kami,” kata pengarah itu dipetik menerusi laman Instagramnya.

Selain Dian, Kartini turut dibintangi Acha Septriasa, Christine Hakim dan Slamet Raharjo. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top