Bukan Berita Online Biasa

Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin Sertai Berita AlHijrah

Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin Sertai Berita AlHijrah

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

TIDAK mudah bagi pengendali berita TV hari ini untuk mengekalkan rating tontonan berbanding sedekad lalu. Operator Bilik Berita TV mula merasakan beban kehilangan penonton sejak era media baharu menjadi tumpuan.

Era konvengen mencetuskan budaya komunikasi dan informasi interaktif berkonsepkan one stop centre dalam aplikasi gajet terutama telefon pintar.

Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin Sertai Berita AlHijrah

TV mula mengalami apa yang dialami industri akhbar sejak sedekad lalu. Syarikat akhbar gergasi UK, The Indipendent yang bersejarah pun terpaksa ditutup pada Mac 2016. Semua akibat masalah kemerosotan pembaca. The Indipendent beralih ke platform digital sesuai dengan teknologi media baharu.

Di China, negara populasi terbesar dunia dan ekonomi paling pesat berkembang pada alaf ini, turut diancam kemerosotan pembaca. Pada penghujung tahun lalu, organisasi akhbar di China mengadakan kempen bersama dalam meraih sokongan pembaca.

Ini bencana sedang dialami industri akhbar secara global.

Kesan yang sama kini dirasakan operator berita TV secara global. Fenomena konvergen media baharu, menjadikan TV kehilangan penguasaan bersejarah.

TV diwujudkan sebagai medium komunikasi maklumat seabad lalu. Namun, sejak 70 tahun era popularnya, TV berkembang pesat sebagai medium hiburan. Kewujudan media baharu dengan pelbagai trend pemberitaan yang lebih pantas dan komunikatif menjadikan berita TV dalam banyak hal dianggap ‘time frame oriented and one way traffic news’.

Namun, semua cabaran ini bukan bererti jalan sudah tertutup. Operator TV masih percaya, persekitaran mencabar ini bukan bererti berita TV menuju langka. Malah, realiti ini harus diterima sebagai cabaran. Apatah lagi bagi memastikan generasi muda berusia 18-30 tahun yang menonton TV turut memilih segmen berita.

Bagi TV AlHijrah, langkah meluaskan taklukan tontonan tetap dijalankan secara strategik. Selain mengekalkan wajah-wajah generasi muda, Berita AlHijrah membawa dua ikon hos berita untuk berganding bahu.

Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin Sertai Berita AlHijrah

Wan Kamaruddin & Azizah Ariffin Sertai Berita AlHijrah

Dua hos berita terkenal, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim dan Azizah Ariffin kini menyertai TV AlHijrah. Wan Kamaruddin akan bertugas setiap Sabtu dan Azizah bertindak anchor pada Ahad. Berita AlHijrah disiarkan setiap 8.00 malam.

Kehadiran dua personaliti popular bilik berita ini akan mengalihkan sokongan tontonan generasi lama dan baharu yang mengikuti perkembangan dua hos popular ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top