Bukan Berita Online Biasa

Wow... DJ Era Ini Berpeluang Masuk Rumah SRK!

Wow… DJ Era Ini Berpeluang Masuk Rumah SRK!

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS berpeluang menemubual penyanyi popular British Ed Sheeran, penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran kini sudah pun melunaskan impiannya untuk bertemu dan menemubual aktor India terkenal, Shah Rukh Khan.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa terharu dengan sikap rendah diri superstar Bollywood itu.

“Misi 90 peratus berjaya. Terima kasih bos kerana merealisasikan impian saya menjadi kenyataan. Akhirnya dapat berjumpa Shah Rukh Khan, dia seorang lagenda dan superstar tapi dia seorang yang merendah diri.

“Bayangkan pukul 1 pagi dapat temuramah di rumahnya di Mannat. Terima kasih kepada Sony Music India. Hanya saya seorang yang paling bertuah dalam dunia diberi peluang bertemu Shah Rukh Khan di kediamannya, malam tadi,” tulis DJ berusia 23 tahun itu.

Jaa bertolak ke Mumbai, India pada malam Khamis lalu untuk program temuramah khas bersama Shah Rukh Khan bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Jab Harry Met Sejal.

Dalam naskhah terbaharu itu, Shah Rukh Khan digandingkan dengan heroin Anushka Sharma.

Filem yang turut menjalani penggambaran di Budapest dan Amsterdam itu akan mula ditayangkan bermula 4 Ogos nanti. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top