Bukan Berita Online Biasa

Zamihan Beri Tempoh 7 Hari Kemuka Permohonan Maaf

Zamihan Direman 2 Hari Beri Ceramah Berbaur Perkauman

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin yang ditahan semalam, direman selama dua hari berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd ketika dihubungi Bernama berkata Zamihan direman mulai hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Zamihan disiasat menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Zamihan ditahan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas memberi keterangan pada 3.50 petang semalam. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top