Bukan Berita Online Biasa

Zizan Razak Sedia Jadi Hos Malam FFM29

in Artis/Utama & Sensasi

KEHANGATAN Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang menjadi medan penentu karya mana bakal dinobatkan antara terbaik di negara ini kian terasa dengan malam kemuncak pada 23 September ini.

Menambahkan keseronokan terhadap acara itu, pelakon dan pelawak popular Zizan Razak bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos festival gilang-gemilang tersebut.

Kali terakhir pelawak versatil ini menjadi pengacara program ini adalah apada tahun 2010 yang lalu.

Zizan, 33, bakal bergandingan dengan tiga pelakon jelita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Thanuja menerusi beberapa segmen.

Akui teruja diberikan peluang mengendalikan acara berprestij itu, Zizan janji akan memberikan yang terbaik pada malam itu nanti.

“Gementar itu memang ada kerana ia sebuah acara besar tetapi saya ambil tanggungjawab itu dan akan melakukan yang terbaik.

“Tambahan pula saya akan digandingkan dengan tiga lagi rakan yang akan memeriahkan lagi majlis itu,” katanya.

FFM29 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara bermula pada pukul 9 malam. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top