ATM Sertai Operasi Ketenteran Ke Atas Yaman?

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi pasukan ke-12 menyertai pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan ke atas pemberontak militia Syiah di Yaman.

Pasukan Malaysia dipercayai tiba ke sebuah pangkalan tentera milik negara arab itu semalam.

Tinjauan Mynewshub mendapati, berita ketibaan tentera Malaysia dilaporkan media-media utama Timur Tengah yang memetik laporan oleh agensi berita rasmi Arab Saudi yakni Saudi Press Agency (SPA).

Penyertaan Malaysia dilaporkan yang terbaharu selepas Senegal pada minggu lalu mengumumkan akan menyertai pakatan oleh Arab Saudi.

Senegal dilaporkan menghantar 2,100 anggota, namun jumlah yang dihantar Malaysia belum lagi didedahkan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan juga sama ada Malaysia menghantar pasukan darat atau udara.

Kementerian Pertahanan Malaysia juga setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan penyertaan ATM dalam konflik di Yaman.

Menurut SPA, ATM akan bersama pasukan Senegal sebelum memulakan operasi bersama di Yaman.

Konflik di Yaman bermula September lalu apabila apabila pemberontak Houthi menguasai ibunegara, Sanaa.

Presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi melarikan diri ke Riyadh lewat Mac tahun ini apabila pemberontak menyerang kediaman beliau di bandar pelabuhan selatan, Aden.

Dalam bulan yang sama, Arab Saudi bersama beberapa sekutu melancarkan operasi serangan udara ke seluruh kawasan yang dikuasai pemberontak Houti.

Semalam, pihak pemberontak bersetuju untuk menerima genjatan senjata selama 5 hari tajaan Arab Saudi dan meminta dialog politik disambung semula di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut SPA.-MYNEWSHUB.CC

Pertemuan antara Panglima Tentara Darat,  Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi Muhammad bin Salman bin Abdul Aziz pada 31 Mac lalu.
Pertemuan antara Panglima Tentara Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi Muhammad bin Salman bin Abdul Aziz pada 31 Mac lalu.
Laporan ketibaan tentera Malaysia oleh SPA – MYNEWSHUB

 

Loading...