Aziz M Osman Umum Pembikinan Sekuel XX Ray, Cari Hero Baru

Siapa tak kenal nama Aziz M Osman, figura popular yang menghasilkan banyak filem popular sepanjang 90-an sehingga awal 2000, antaranya XX Ray, Puteri Impian dan beberapa filem yang menonjolkan kumpulan lawak terkenal, Senario.

Setelah beberapa tahun menyepikan diri dengan projek terbaru, Aziz kini dikhabarkan sedang giat mencari pelakon pelapis untuk sekuel XX Ray III.

Bercakap dengan Astro Awani, Aziz berkata, skrip filem berkenaan kini sedang disiapkan, serentak dengan usaha mencari hero bagi filem sama.

Filem Dokumentari Karya Anak Malaysia Berjaya Di Cannes

bd1a21ec-1828-49ab-9be0-c57c1bf05eb1_size_640

Menurut beliau yang juga seorang pelakon, dia mempunyai alasan sendiri untuk tidak memilih pelakon terkenal membintangi sekuel tersebut.

Ujar Aziz, 52, “Saya bukan tidak mahu ambil pelakon yang ada, tetapi kebanyakan mereka mempunyai terlalu banyak komitmen dengan filem atau drama masing-masing. Jadi saya mahu mencari wajah baru agar orang ini bersedia sepenuhnya untuk filem ini.

“Tidak menjadi masalah untuk saya pupuk dan ajar pelakon baru, saya pernah lakukannya sebelum ini.”

Dalam pada itu, dia turut memuat naik satu gambar tentang projek terbarunya itu sambil menguar-uarkan ‘casting’ untuk pelakon yang dicarinya di laman Instagram peribadi.

Filem tersebut bakal menjalani penggambarannya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pada tahun 1992, karya XX Ray telah menjadi bualan hangat peminat tempatan setelah ia meletakkan produk filem negara di tahap yang baru kerana menggunakan teknik kesan khas.

Filem tersebut berjaya merangkul tiga trofi di Festival Filem Malaysia ke-10 bagi kategori Skor Muzik Terbaik, Pengarah Harapan dan Anugerah Khas Juri sebelum Aziz bertindak menerbitkan XX Ray II.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Sedutan Dari Filem XX Ray

Loading...