Rumah Tangga Fasha Sandha, Suami Retak Menanti Belah?

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan dikejutkan dengan khabar angin mendakwa rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali Jejai kini bergoyah.

Menurut laporan mStar Online, seorang sumber sahih mendedahkan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.

imageResize fs2

Bagaimana atas tujuan apa kunjungan tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ibu kepada dua cahaya mata ini mahu mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.

Jelas sumber tersebut, keretakan rumah tangga pasangan ini berpunca daripada campur tangan pihak ketika yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.

Apa yang mengejutkan, nama aktres jelita Nora Danish yang merupakan bekas isteri Jejai turut dikaitkan bersama.

“Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.

“Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah,” kata sumber tersebut.

Lebih parah, isu tersebut turut menjadi perbalahan antara peminat Fasha dan Nora di laman sosial mereka, sekali gus mengimbas kejadian enam tahun lalu.

Difahamkan, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada kedua-dua artis wanita ini juga gagal.

Fasha dan Jejai Raikan Puteri Kesayangan di Majlis Cukur Jambul5

Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu, Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=O3vz-Z69apU]

Loading...