Si Comel Selamat Lahir Dalam Bas Ekspress

SEORANG penumpang wanita berusia lingkungan 20-an selamat melahirkan bayi perempuan dalam sebuah bas ekspress di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lancang, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Difahamkan, wanita terbabit menaiki bas berkenaan bersama seorang rakannya untuk bertemu suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Memetik laporan BH Online!, pemandu bas berkenaan, Mohd Zaid Yusoff, 37, berkata bas dipandunya bertolak dari Terminal Sentral Kuantan ke KL pada 7.45 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di Lanchang, dia dimaklumka terdapat seorang wanita di dalam bas itu sakit sebelum  memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya bagi melihat keadaan wanita terbabit.

baby2

baby3

bebiyyy

baby4

“Wanita terbabit memberitahu perutnya sakit dan ketika itu baru saya menyedari dia mengandung apabila melihat keadaan perutnya yang besar.

“Saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain,” katanya.

Mohd Zaid kemudian meneruskan perjalanan hingga ke hentian sebelah Lancang sebelum sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi itu untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. – MYNEWSHUB.CC

Loading...