Shah Jaszle Kahwin Secara Senyap Kerana Mahu Privasi

RAMAI peminat sudah mengetahui yang aktor popular ini telah mendirikan rumah tangga dengan gadis idamannya, Hanis Husna pada 1 Mei lalu.

Namun, perkara itu diketahui pun sebaik foto-foto perkahwinannya tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

shahzz

Bercakap mengenai isu itu, Shah Jaszle berkata bukan dia sengaja merahsiakan majlis pernikahannya sebaliknya hanya memenuhi permintaan keluarga kedua-dua belah pihak yang mahukan privasi untuk hari bahagiaanya itu.

Memetik Harian Metro, Shahz menyatakan, “Betul, saya sudah berkahwin pada 1 Mei lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sepatutnya kami berkahwin Disember lalu, tetapi menangguhkannya kerana arwah ayah sakit. Sekali lagi majlis ditangguhkan apabila ayah meninggal dunia pada Februari lalu. Selepas tiga bulan, barulah kami sepakat bernikah.

“Bukan sengaja merahsiakan hal ini, tetapi ia atas permintaan keluarga yang mahukan majlis kami berlangsung secara privasi. Tambahan pula kes mahkamah (tangkap khalwat) saya masih berjalan. Selepas nikah saya ada buat majlis makan malam. Insya-Allah majlis di sebelah isteri juga akan ada selepas ini,” katanya.

Shahz dan isteri yang merupakan seorang model sambilan selamat dinikahkan di Masjid Kampung Ara, Damansara dengan bersaksikan ahli keluarga terdekat kedua mempelai.

– MYNEWSHUB.CC

Loading...