Syafiq Yusof, Isteri Timang Anak Sulung Pada Tahun Baru!

TAHNIAH diucapkan kepada pengarah filem, Syafiq Yusof dan isteri, Aeisha Zainal yang telah menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira pukul 1.56 petang, pada Jumaat.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Syafiq sendiri menerusi laman Instagramnya.

Syafiq-Yusof-Isteri-Selamat-Timang-Cahaya-Mata-Pertama-ROTIKAYA

“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah Ya Robb Ya Rahman. Syukur atas kelahiran anak pertama saya Nuur Jannah #babygirl ayah dan ibu sayang sangat-sangat kamu Jannah!!!,” tulis Syafiq.

Kelahiran ini sekali gus menjadikan anak sulung pasangan ini antara bayi Tahun Baharu 2016.

Untuk makluman, bayi yang diberi nama Nuur Jannah ini merupakan cucu keempat kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbaharunya, ‘Abang Long Fadil 2‘. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=biD-YhW8TLQ]

Loading...