Zul Huzaimy Akhiri Zaman Duda.. Bergelar Suami Kepada Erna

TANGGAL 20 Februari melakar sejarah dalam hidup pelakon terkenal, Zul Huzaimy apabila selamat bergelar suami kepada Erna sekaligus menamatkan status dudanya.

Zul atau nama penuhnya Zul Huzaimy Marzuki, 36, kini sah menjadi suami kepada pasangannya Nur Ernawati Mohamad Nor (Erna), 27 dalam majlis akad nikah mereka yang telah berlangsung semalam.

Beberapa selebriti terkenal seperti Liyana Jasmay, Eman Manan dan ramai lagi turut hadir meraikan pasangan sejoli ini.

Sebelum ini, pelakon ini pernah mencetuskan spekulasi peminat apabila merahsiakan wajah gadis misteri yang berjaya memikat hatinya ini.

Bagaimanapun, mereka yang melangsungkan pertunangan pada 16 Disember lalu sekaligus mengejutkan para peminat.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Zul selepas gagal dengan perkahwinannya terdahulu bersama Nor Dalilah Muhammad.

Hasil perkahwinan lalu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awal Haziq yang kini berusia 9 tahun.

Tahniah kami ucapkan buat Zul Huzaimy dan isteri.

Semoga ikatan dibina berkekalan dan bahagia bersama sehingga ke akhir hayat.

– MYNEWSHUB.CC

Video Lakonan Zul Huzaimy Dalam Tanda-Tanda Kematian

Loading...