SATU PERUBAHAN

Anda Mengeluh Susah? Lihat Keluarga Ini Dahulu

in Hangat/Utama & Sensasi

KUANTAN – Kesempitan hidup yang dialami sebuah keluarga di kampung Sri Fajar di sini membuatkan mereka terpaksa hidup dengan serba serbi kekurangan dan keadaan rumah yang begitu uzur sejak beberapa tahun lalu.

Ibu kepada lapan orang anak itu, Satrah Abdbillah, berkata, dia terpaksa melakukan dua pekerjaan kerana tidak mempunyai pilihan untuk menampung keperluan anak-anaknya selepas suaminya berpindah ke Johor.

Dia yang bekerja sebagai tukang sapu pada siang hari di sebuah sekolah di Gambang dekat sini hanya memperoleh pendapatan RM800 sebulan dan ini memaksa dia untuk menjual kuih pula ketika malam.

r5

r3

Menurutnya, keperluan harian untuk makan dan minum keluarganya juga tidak menentu kerena terpaksa menyara anak-anaknya dalam lingkungan umur antara  empat hingga 15 tahun dengan pendapatan yang amat terhad.

Kesemua anak-anaknya juga difahamkan tidur dengan hanya berlapikkan lantai simen dan daripada gambar juga, anda sendiri boleh melihat keadaan rumah Satrah yang benar-benar begitu daif.

r

r4

r6

Ibu kepada lapan cahaya mata ini juga, turut melahirkan kesedihannya yang terpaksa membesarkan anak dalam suasana tidak selesa selain berharap ada pihak yang sudi tampil membantu mereka sekeluarga.

Dengan Syawal hampir menjenguk di muka pintu, mungkin tidak salah andai kita asingkan sedikit pendapatan kita (waima RM1) untuk membantu keluarga ini.

Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban puan Satrah, boleh menghulurkan keikhlasan anda di  akaun Maybanknya yang bernombor 156094366676.

Atau jika anda ingin menghulur bantuan terus kepada keluarga ini, terus sahaja ke lokasi rumahnya yang beralamat di nombor 53 lorong 2, Kampung Sri Fajar, Gambang, 26,300, Pahang.

Semoga keiklasan dan bantuan anda semua dapat mengembirakan keluarga ini menjelang satu Syawal kelak. -MYNEWSHUB.CC

**(Apa yang menyentuh hati kami… anak-anak akak ni masih dapat senyum dan mereka kelihatan bahagia bersama walaupun melalui hidup sukar…..)

Loading...

Terkini dari Hangat

Go to Top