Kampung Jenang Di Marang, Lubuk Emas Yang Tersimpan

Percaya atau tidak, penduduk Kampung Jenang yang terletak di Marang jika memerlukan duit berbelanja lebih boleh keluar dan mendulang emas hanya di kawasan berhampiran rumah mereka.

Itulah keistimewaan yang diberikan kepada bumi Kampung Jenang yang terletak berhampiran Jeti Sungai Kerak jika mengikuti pelayaran dengan bot sepanjang Sungai Marang.

Nipah_2
Pemandangan di tepi Sungai Marang ketika perjalanan ‘river cruise’ dari Jeti Sungai Kerak ke Kampung Jenang. – Foto MYNEWSHUB.CC

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang; Rasid Abdul Ghani berkata jika penduduk sekitar menggali sedalam kira-kira lima hingga enam kaki sebelum mula mendulang.

Menurut beliau, pastinya ada jumlah emas yang akan ditemui dan biasanya kuantitinya banyak.

“Kalau di Terengganu, mereka ukur emas pakai Hamas, kalau sehari betul-betul buat, dapatlah dua hamas atau tiga hamas.

“Emas 10 itu jenis emas lembut, kalau nak buat gelang dengan emas ini tak boleh kerana ia terlampau lembut, tetapi ia perlu dicampur dengan emas lain,” katanya kepada Mynewshub.cc.

http://youtu.be/h2Tsv1S64zU

A video posted by MYNEWSHUB.CC (@mynewshub) on

Beliau sebelum itu mengejutkan wartawan dengan penemuan emas selepas menggali kawasan berdekatan dan mendulang.

Kumpulan wartawan pelbagai agensi berada di kampung itu sebagai salah satu acara sempena program Sahabat Media-Terengganu Kesenian dan Kebudayaan yang berlangsung selama tiga hari sejak Selasa lepas.

Rasid berkata dia menggali di kawasan berdekatan dan terus mendulang dengan cepat serta menunjukkannya kepada para wartawan.

Menurut beliau, ada pihak yang cuba masuk ke dalam kampung itu dan melakukan operasi mendulang tetapi atas dasar rundingan ada penduduk kampung yang memberi ruang tanah mereka untuk pihak berkenaan melakukan kerja mendulang.

Menjawab pertanyaan adakah keseluruhan kawasan Kampung Jenang mengandungi emas, Rasid berkata ia memang benar.

“Memang begitulah, hampir separuh kawasan kampung memang ada emas tetapi orang kampung tidak tertumpu 100 peratus kepada emas itu sebaliknya melakukan tugas lain, mendulang emas sekadar sampingan,” katanya.

Nipah_1
Wartawan RTM bersama dengan warga emas di Kampung Jenang bersama-sama membantu membuat atap nipah. Demonstrasi pembuatan atap jenis itu juga merupakan satu daripada produk pelancongan di Kampung Jenang. – Foto MYNEWSHUB.CC

 

Anak kepada pengusaha batik cop sedang menyiapkan kain batik. Pengusaha, Maimun Omar, 51, mengusahakan bersama-sama suaminya Ibrahim Omar, 71, mengusahakan perniagaan itu di Kampung Jenang, Marang. - Foto MYNEWSHUB.CC
Anak kepada pengusaha batik cop sedang menyiapkan kain batik. Pengusaha, Maimun Omar, 51, mengusahakan bersama-sama suaminya Ibrahim Omar, 71, mengusahakan perniagaan itu di Kampung Jenang, Marang. – Foto MYNEWSHUB.CC

Selain emas, Kampung Jenang juga terkenal dengan pelbagai produk pelancongan lain seperti demonstrasi pembuatan atap nipah, minum air nira kelapa atau tuak, demonstrasi membuat Gula Melaka serta pembuatan batik cop. 

A video posted by MYNEWSHUB.CC (@mynewshub) on

Para wakil media turut disambut dengan paluan gendang oleh orang kampung termasuk persembahan silat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Loading...