SATU PERUBAHAN

Tag archive

Banjir

Berdepan Banjir Besar Tak Luntur Semangat Cikgu Ina

in Terkini

TATAU – Lebih seminggu lalu guru wanita ini terpaksa berdepan dengan situasi banjir paling buruk dihadapinya sejak bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput yang berada di tebing Sungai Anap dalam Daerah Tatau. Ina Rosyaida Yahya, 27, bersama warga sekolah yang lain terpaksa menyelamatkan diri mereka apabila paras air Sungai Anap naik mendadak sehingga menenggelamkan…

Teruskan Membaca

Kota Belud Perlu Lebih Ramai Sukarelawan Banjir

in Terkini

KOTA BELUD — Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menggalakkan penduduk mendaftar sebagai sukarelawan bencana banjir bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan mangsa banjir di daerah itu. Beliau berkata setakat ini hanya 34 orang berdaftar sebagai sukarelawan di daerah itu, dan jumlah itu perlu ditingkatkan sebagai antara inisiatif memperkasakan lagi prosedur operasi standard…

Teruskan Membaca

SK Kuala Muput Di Tatau Rosak Teruk

in Terkini

TATAU – Banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput yang terletak di tebing Sungai Anap di sini mengalami kerosakan teruk akibat fenomena alam itu. Guru Besar SK Kuala Muput Tony Madup, 55, berkata sekolah tersebut merupakan satu antara dua sekolah paling teruk terjejas akibat banjir di Daerah Tatau kali ini. “Untuk…

Teruskan Membaca

Banjir Musnahkan Prasarana, Ganggu PDP Sekolah

in Terkini

TATAU – Banjir kali ketiga dalam tempoh tiga bulan memusnahkan prasarana serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebuah sekolah rendah yang terletak di tebing Sungai Kakus, di sini. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rumah Keseng (SK Rh Keseng), Tatau, Anthony Upon berkata sekolah tersebut mengalami mengalami banjir kali pertama pada penghujung Disember, kali kedua pada…

Teruskan Membaca

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Berkurang

in Terkini

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurang kepada 1,012 orang setakat 8 malam ini, berbanding 2,037 mangsa yang dilaporkan pagi tadi. Kesemua mangsa daripada 260 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di bahagian Sibu (382 mangsa), Mukah (28 mangsa) dan Bintulu (602 mangsa). Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)…

Teruskan Membaca

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Beransur Kurang

in Terkini

KUCHING – Cuaca baik sejak semalam hampir di seluruh bahagian di Sarawak menjadikan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) mulai berkurangan sedikit pagi ini berbanding malam tadi, malah ia dijangka akan lebih ketara pada sebelah petangnya. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat 8 pagi ini 3,092 mangsa masih berada di 14…

Teruskan Membaca

Banjir: 57 Sekolah Ditutup Di Sarawak

in Terkini

KUCHING – Banjir di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan 57 sekolah ditutup dan tidak beroperasi setakat 8 pagi ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penutupan itu menjejaskan 6,274 murid, 826 guru dan 350 kakitangan bukan guru. “Jabatan Pendidikan Sarawak memaklumkan jumlah sekolah ditutup meningkat kepada 57 sekolah berbanding 55 yang…

Teruskan Membaca

Banjir Sarawak: 4 PPS Ditutup Setakat 4 Petang

in Terkini

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan pengurangan kepada 4,686 orang setakat 4 petang ini, berbanding 5,679 mangsa tengah hari tadi. Empat pusat pemindahan sementara (​​​​​​PPS) juga ditutup, iaitu di Bahagian Samarahan (Masjid Kampung Seruyuk, Pusat Sumber PBB Sadong Jaya dan Dewan Mesra) manakala di Serian di Dewan Salcra Kedup 2. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa…

Teruskan Membaca

Banjir Makin Buruk, 55 Sekolah Ditutup Di Sarawak

in Terkini

KUCHING – Jabatan Pendidikan Sarawak melaporkan 55 sekolah ditutup dan tidak beroperasi hari ini selepas keadaan banjir semakin buruk di negeri ini. “Berikutan penutupan 55 sekolah tersebut 6,637 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran,” kata jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). Banjir itu turut menyebabkan 16 klinik kesihatan terjejas, daripada jumlah tersebut lima klinik…

Teruskan Membaca

KM71.9 Jalan Sibu-Bintulu Ditutup Kerana Banjir

in Terkini

SIBU – Laluan di Km 71.9 Jalan Sibu-Bintulu ditutup kepada lalu lintas petang ini berikutan banjir yang menenggelami jalan itu sejak awal hari ini. Laluan tersebut yang ditenggelami air lebih daripada 0.61 meter ditutup mulai senja, dipercayai untuk mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku berikutan keadaan gelap. Tinjauan Bernama pada kira-kira 11.30 pagi mendapati…

Teruskan Membaca

Kerajaan Pastikan Bantuan Mangsa Banjir – PM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memantau dan memastikan bantuan banjir sampai kepada mangsa di Sarawak. Beliau berharap agar mangsa banjir di negeri itu tabah dan mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. “Saya ambil maklum keadaan banjir di Sarawak, kerajaan akan pantau dan pastikan bantuan sampai kepada…

Teruskan Membaca

Banjir Makin Buruk, Mangsa Meningkat 4,859 Orang

in Terkini

KUCHING – Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,859 orang merangkumi 1,463 keluarga setakat 8 malam ini. Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keadaan banjir yang semakin memburuk itu menyaksikan penambahan 257 mangsa berbanding berbanding 4,602 orang yang dicatatkan setakat petang tadi. Beliau berkata semua mangsa ditempatkan di 25…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Sarawak Naik Kepada 4,602 Orang

in Terkini

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di Sarawak setakat pukul 4 petang ini mencatatkan penambahan 78 orang, menjadikan jumlah keseluruhan 4,602 berbanding 4,524 tengah hari tadi. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Sarawak (JPBNS) berkata jumlah mangsa banjir di bahagian Samarahan mencatatkan 1,782 mangsa, Serian 1,192, Sibu 597, Mukah 95, Bintulu 648, Limbang 280 dan di…

Teruskan Membaca

119 Mangsa Banjir Dari 2 Kampung Di Kota Marudu

in Terkini

KOTA KINABALU – Dua lagi perkampungan di daerah Kota Marudu dilanda banjir hari ini menyebabkan sebanyak 119 orang daripada 47 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata PPS itu dibuka pada kira-kira 3.45 petang tadi. Katanya 86 orang mangsa…

Teruskan Membaca

2 PPS Ditutup, Mangsa Banjir Dibenarkan Pulang

in Terkini

KOTA KINABALU – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 117 mangsa banjir daripada 33 keluarga di Kota Marudu, kira-kira 130 kilometer dari sini, ditutup tengah hari tadi. Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, pengumuman penutupan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan PPS Bangunan Rukun Tetangga Salimandut dibuat oleh Pegawai Daerah yang juga…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat 3,121 Orang

in Terkini

KUCHING – Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 3,121 orang daripada 837 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini berbanding 2,613 orang daripada 697 keluarga di 18 PPS malam tadi. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak daripada jumlah itu, 1,850 mangsa daripada 485 keluarga adalah dari bahagian Samarahan, 1,042…

Teruskan Membaca

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Berkurang

in Terkini

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 2,382 orang merangkumi 662 keluarga 4 petang ini berbanding 2,640 mangsa daripada 727 keluarga yang dicatatkan tengah hari tadi. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata semua mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Samarahan, lima di Serian dan tiga di Mukah. “Pusat pemindahan…

Teruskan Membaca

Pusat Pemindahan Banjir Kampung Juntai Ditutup

in Terkini

JELEBU – Pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Juntai, Simpang Pertang di sini ditutup pada 6 petang ini. Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu hari ini, penutupan pusat pemindahan banjir itu diumumkan oleh Pegawai Daerah Jelebu yang juga pengerusi JPBD Jelebu Syahrunizam Shahwan ekoran keadaan cuaca bertambah baik dan paras…

Teruskan Membaca

Jelebu Dilanda Banjir, 28 Mangsa Dipindahkan

in Terkini

JELEBU – Seramai 28 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Juntai, Simpang Pertang di sini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat di kampung itu pagi tadi. Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu hari ini, rumah mangsa mula dinaiki air sejak awal pagi ini berikutan hujan yang berpanjangan sejak malam…

Teruskan Membaca

46 Mangsa Banjir Dipindah Di Kuala Selangor

in Terkini

SHAH ALAM – Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga di sekitar Kuala Selangor dipindahkan ke Pusat Pemindahan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Selangor, setakat 8.30 pagi ini, kesemua mangsa yang terdiri daripada 24 orang dewasa,…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Maran Berkurangan, 228 Orang

in Terkini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Maran berkurangan kepada 228 orang daripada 53 keluarga sehingga 6 petang ini, berbanding 402 orang daripada 103 keluarga pagi tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi berbanding enam PPS pagi…

Teruskan Membaca

Banjir Di Simpang Renggam Pulih Sepenuhnya

in Terkini

JOHOR BAHRU – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka sejak awal pagi semalam, bagi menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga di Simpang Renggam, dekat sini, ditutup tengah hari tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata penutupan itu susulan keadaan banjir yang sudah surut sepenuhnya dan kesemua…

Teruskan Membaca

Lebih 300 Penduduk Di Kluang Dipindahkan

in Terkini

JOHOR BAHRU – Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan. Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kawasan terjejas ialah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air, kesemuanya di…

Teruskan Membaca

Banjir Di Pahang Pulih, Semua PPS Ditutup

in Terkini

KUANTAN – Banjir di Pahang kembali pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Raub ditutup sepenuhnya petang tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata PPS terakhir itu, PPS Balai UMNO Batu Talam yang menempatkan empat mangsa daripada dua keluarga ditutup pada 4.30 petang. Pagi tadi, PPS Balai Raya…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Raub Meningkat Sedikit Malam Ini

in Terkini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Raub meningkat sedikit kepada 92 orang sehingga 8 malam ini berbanding 78 orang petang tadi dengan kesemuanya ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS). Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata PPS Masjid Kampung Ulu Sungai mencatatkan mangsa paling ramai dengan 41 orang daripada 13…

Teruskan Membaca

Selepas Lebih 2 Minggu, Banjir Di Pekan Kini Pulih

in Terkini

PEKAN – Selepas lebih dua minggu dilanda banjir, akhirnya banjir di Pekan kembali pulih dengan kesemua 102 mangsa yang ditempatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 2.30 petang tadi. Pegawai Daerah Pekan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Datuk Ali Shahbana Sabaruddin berkata kesemua sembilan mangsa yang…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Pahang Sedikit Meningkat Pagi Ini

in Terkini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 126 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) hingga 8 pagi ini berbanding 102 malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Raub kembali menempatkan mangsa banjir yang dipindahkan di dua PPS. “Dua PPS itu ialah Surau…

Teruskan Membaca

102 Mangsa Banjir Di Pekan Masih Di 2 PPS

in Terkini

KUANTAN – Keadaan banjir di daerah Pekan tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa masih kekal 102 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini. Menurut Portal InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 93 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temai) manakala…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Pekan Terima Mesin Penapis Air

in Terkini

KUALA LUMPUR – Sebagai langkah prihatin bagi memastikan mangsa banjir terus menerima bekalan air yang terjamin bersih, sebuah mesin penapis air menggunakan teknologi membran ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan, Pahang. Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah berkata mesin penapis air itu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara kawasan terbabit mempunyai kapasiti…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Pekan Kekal 102 Orang

in Terkini

KUANTAN – Seramai 102 mangsa banjir masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pekan, setakat 8 malam ini. Menurut Portal InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS yang masih beroperasi ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai yang menempatkan 93 mangsa daripada 24 keluarga. Sementara di SK Acheh, sembilan mangsa daripada dua keluarga belum…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Pekan Kekal 477 Orang

in Terkini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pekan masih kekal 477 orang tengah hari ini yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS). Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata tiga PPS yang masih beroperasi itu ialah SK Sinar Mutiara (375), SK Temai (93) dan SK Aceh (sembilan orang). Beliau menjangkakan…

Teruskan Membaca

74 Mangsa Masih Ditempatkan Di PPS Segamat

in Terkini

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir yang masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dekat sini, masih tidak berubah pagi ini iaitu 74 orang daripada 19 keluarga. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata jumlah itu adalah sama seperti malam tadi. Seramai 60 mangsa daripada 16…

Teruskan Membaca

Banjir Di Pekan Beransur Pulih, 3 PPS Beroperasi

in Terkini

KUANTAN – Banjir di Pekan beransur pulih apabila hanya tinggal 477 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 malam ini berbanding 619 orang di lima PPS petang tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata, dua PPS di Pekan iaitu Pusat Pemindahan Kampung Lamir yang menempatkan…

Teruskan Membaca

Banjir Hampir Pulih, Johor Tutup Bilik Gerakan Bencana

in Terkini

JOHOR BAHRU – Bilik gerakan bencana negeri yang diaktifkan sejak lima hari lepas berikutan banjir telah pun ditutup pukul 8 malam ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata penutupan itu susulan perubahan positif terhadap keadaan banjir di negeri ini. “Kejadian banjir semakin pulih sepenuhnya. Oleh itu, bilik gerakan…

Teruskan Membaca

McDonald’s Malaysia Tampil Menyantuni Mangsa Banjir

in Terkini

PEKAN – Nasib mangsa banjir di sini terus mendapat perhatian masyarakat apabila rangkaian restoran makanan segera McDonald’s pula tampil menunaikan tanggungjawab sosial korporat. Perunding Operasi McDonald’s cawangan Kuantan Normazita Yahya Long berkata sebanyak 140 kotak berisi makanan dan tuala diserahkan kepada semua mangsa banjir di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di daerah Pekan…

Teruskan Membaca

Banjir: 3 Sekolah Rendah Ditutup Di Sarawak

in Terkini

MIRI – Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dua sekolah rendah ditutup terletak di Baram, Miri iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong dan SK Kuala Bok manakala sebuah lagi…

Teruskan Membaca

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Menurun Sedikit

in Terkini

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor menurun sedikit malam ini kepada 1,361 orang daripada 372 keluarga, dari 1,365 orang daripada 373 keluarga pada sebelah petangnya. Mereka ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, Mersing masih menjadi daerah tertinggi mencatat mangsa…

Teruskan Membaca

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Kekal 1,532 Orang

in Terkini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin setakat 9 malam ini kekal 1,532 orang yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pekan kekal merekodkan jumlah paling ramai dengan 1,238 orang yang ditempatkan di 10 PPS. Di Rompin pula, jumlah mangsa masih 294 orang yang ditempatkan di…

Teruskan Membaca

Gelagat Comel Anak Monyet Hiburkan Mangsa Banjir

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MERSING – Gelagat seekor monyet betina bernama ‘Jenny’ mencuri tumpuan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Pengkalan Batu di sini. Monyet berusia tiga bulan itu dipelihara seorang kanak-kanak perempuan yang sentiasa membawanya ke mana-mana bagi menceriakan mangsa banjir itu. Gelagatnya yang mencuit hati sekali-sekala membuatkan mangsa-mangsa banjir di situ…

Teruskan Membaca

Banjir Di Kuantan Pulih, Mangsa Terus Berkurangan

in Terkini

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 1,532 orang yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang ini berbanding 1,646 orang tengah hari tadi. Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir di Kuantan kembali pulih dan kesemua 56 mangsa yang dipindahkan di Dewan Orang Ramai Seri Damai (29…

Teruskan Membaca

1 2 3 30
Go to Top