SATU PERUBAHAN

Tag archive

Bomba

Penerbangan Ihsan JBPM Bantu Kanak-Kanak Orang Asli

in Terkini

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu membawa keluar seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli di Kampung Chemal, Pos Simpor untuk dihantar ke Hospital Gua Musang hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Pangkalan Udara Subang, Selangor Mohd Farhan Marzuki berkata kanak-kanak tersebut Suzilin Arisan, 3, mengalami sesak nafas akibat…

Teruskan Membaca

5 Kedai Kebakaran Awal Pagi Di Jalan Dhoby

in Terkini

JOHOR BAHRU – Perniagaan di lima kedai termasuk dua cafe di Jalan Dhoby di sini terjejas apabila kebakaran awal pagi tadi hampir memusnahkan kelima-lima premis perniagaan itu. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II Kilok Lampas berkata kebakaran itu menyebabkan tiga daripada lima premis dua tingkat itu terbakar 100 peratus…

Teruskan Membaca

Wanita Mampu Memimpin Pasukan Bomba, Penyelamat

in Terkini

KOTA BHARU – Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin menyifatkan pelantikannya sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu pada 2013 bagi mengetuai pasukan yang kesemua anggotanya lelaki adalah kerana kepercayaan terhadap keupayaannya untuk memimpin. “Jika mempunyai kelayakan dan kekuatan mental serta fizikal, wanita juga mampu memegang jawatan inggi dalam pasukan sama seperti lelaki. “Memang wajar…

Teruskan Membaca

30 Rumah Setinggan Di Kampung Panji Terbakar

in Terkini

SEMPORNA – Kira-kira 30 rumah setinggan terbakar di Kampung Panji di sini, lewat malam tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan pagi ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.48 malam tadi mengenai kebakaran rumah setinggan dan dua jentera bersama 12 anggota dihantar ke lokasi. Menurut kenyataan itu, semua rumah dalam…

Teruskan Membaca

Nekad Panjat Gaung Demi Selamatkan Ayah, Adik

in Gaya Hidup/Terkini

JIKA anak kecil ini tidak bertindak nekad memanjat gaung sedalam 200 meter, mungkin tiada siapa jumpa mayat bapa dan adiknya. Di Gerik, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun nekad memanjat gaung bagi meminta pertolongan selepas kereta dinaiki bersama bapa dan adiknya terjunam ke dalam gaung, malam kelmarin. Insiden berlaku jam 7.30 malam di KM27 Jalan…

Teruskan Membaca

Bomba Terbangkan 6 Anak Orang Asli Demam Panas

in Terkini

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengadakan penerbangan ihsan semalam bagi menghantar enam kanak-kanak Orang Asli di Pos Belatim ke Hospital Gua Musang di sini, kerana demam panas kritikal. Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Pangkalan Udara Subang, Selangor Penolong Penguasa Mohd Farhan Marzuki berkata empat kanak-kanak lelaki dan dua…

Teruskan Membaca

Wujud Balai Bomba Beri Pekerjaan Kepada 21 Pemuda

in Terkini

BELURAN – Pewujudan Balai Bomba dan Penyelamat Beluran memberikan peluang pekerjaan kepada 21 pemuda tempatan di daerah itu selepas diserap sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB). Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi berkata balai bomba ini mempunyai perjawatan sebanyak 29 keanggotaan tetapi agak istimewa kerana kebanyakan anggotannya terdiri daripadanya PBB. “Maka kewujudan Balai Bomba…

Teruskan Membaca

Bomba Kuantan Selamatkan Ular Sawa ‘Gergasi’

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUANTAN – Pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan di Jalan Bukit Ubi, Kuantan, menangkap seekor ular sawa sepanjang kira-kira 23 kaki di Jalan Penor-Ubai, di sini, awal pagi tadi. Ular seberat lebih 100 kilogram itu dipercayai mengalami kecederaan selepas dilanggar kenderaan ketika melintas jalan berkenaan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Teruskan Membaca

Kedai Dobi Layan Diri Meletup 3 Kali

in Jenayah/Utama & Sensasi

GEMPAR… Sebuah kedai dobi layan diri dipercayai telah meletup sebanyak tiga kali di Taman Jinjang Baru, ibu negara malam tadi yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah. Kejadian kebakaran di kedai dobi dan rumah kedai kira-kira pukul 8.05 malam tersebut turut telah mengakibatkan hampir 80 peratus kerosakan pada kedua-dua premis perniagaan berkenaan. Lapor Astro Awani, Penolong Pengarah…

Teruskan Membaca

Bomba Sasar 50% Anggota Lulus Ujian Kecergasan

in Terkini

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 50 peratus anggotanya lulus ujian kecergasan fizikal menjelang akhir tahun ini. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata aspek kecergasan adalah penting kerana ia akan mempengaruhi reputasi dan masa bertindak seseorang anggota, sekali gus membantu meningkatkan mutu kerja anggota pada masa akan datang.…

Teruskan Membaca

Bomba Periksa Pusat Mengundi, Pastikan Keselamatan

in Politik/Terkini

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 778 buah pusat mengundi di seluruh negara telah di periksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) . Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Sri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata sehingga hari ini pemeriksaan keselamatan kebakaran juga dilakukan ke atas 34 buah…

Teruskan Membaca

Maut Akibat Lemas Tinggi Berbanding Kebakaran

in Jenayah/Utama & Sensasi

KOTA BHARU – Rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukkan kematian akibat lemas di dalam air lebih tinggi berbanding akibat kes kebakaran pada tahun lepas. Ketua pengarahnya, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata sepanjang 2017, sebanyak 700 kes kematian akibat kecuaian di dalam air direkodkan di seluruh negara berbanding 150 kes kematian akibat…

Teruskan Membaca

Elaun Khas RM200 Untuk Anggota Bomba Mulai 1 April

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Seramai 13,342 anggota bomba dan penyelamat seluruh negara bakal menerima elaun khas RM200 sebulan berkuat kuasa 1 April depan. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata perkara itu adalah hasil keprihatinan dan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata bayaran elaun itu akan…

Teruskan Membaca

Bidang Forensik Tingkat Kemampuan Bomba

in Terkini

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan sahaja berperanan memadam api atau mengawal kebakaran tetapi juga cuba mengenal pasti punca kebakaran. Untuk tujuan ini, JBPM mempunyai pasukan khas forensik yang turut mempunyai latar belakang sains serta bidang elektrikal dan mekanikal. Forensik kebakaran melibatkan siasatan kebakaran yang dilakukan secara saintifik. Ia bagi menentukan…

Teruskan Membaca

Pakar Ular Bomba Maut Akibat Bisa Tedung

in Slider/Utama & Sensasi

TEMERLOH – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang juga penjinak ular terkenal Abu Zarin Hussin, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) tengah malam tadi. Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata Abu Zarin yang juga dikenali sebagai Wira Penyelamat meninggal dunia 12.54 tengah malam selepas tiga hari berada…

Teruskan Membaca

Perit ‘Anu’ Tersangkut Dalam Botol Mineral

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SAKITNYA baca tajuk, sakit lagi ‘azab’ seorang warga emas ini yang terpaksa menahan kesakitan selepas kemaluannya membengkak akibat tersangkut pada muncul sebuah botol air mineral. Dalam kejadian awal pagi ini di Sibu, Sarawak, mangsa yang merupakan lelaki berusia 73 tahun terpaksa dirujuk ke hospital selepas usahanya mengeluarkan kemaluan dari botol itu gagal sehingga menyebabkannya membengkak.…

Teruskan Membaca

Bomba Selangor Periksa Pusat Undi, Pengiraan Undi

in Terkini

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor akan mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas semua pusat mengundi dan pengiraan undi di negeri ini bermula Isnin depan, sebagai langkah persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi. Pengarahnya Azmi Othman berkata pemeriksaan berkenaan bertujuan memastikan semua pusat mengundi dan pengiraan undi…

Teruskan Membaca

Abam Bomba Penjinak Ular Kritikal Dipatuk King Cobra

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG anggota bomba yang begitu dikenali ramai, Abu Zarin Hussin, 33, kritikal selepas dipercayai dipatuk seekor ular tedung dalam kejadian di Bentong, Pahang semalam. Menurut laman Facebook Friends of Bomba Malaysia, mangsa masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi Hospital Bentong dan difahamkan telah dirujuk ke Hospital Temerloh. “Dukacita dimaklumkan sehabat…

Teruskan Membaca

2 Rumah, 3 Gerai Musnah Dalam Kebakaran

in Terkini

KOTA KINABALU – Dua rumah dan tiga gerai jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Abai, dekat Kampung Sembirai, Kota Belud, awal pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 3.27 pagi sebelum menggerakkan tiga pasukan bomba sukarela dari…

Teruskan Membaca

Tak Dapat Kereta Baru, Wanita Bakar Kereta Suami

in Jenayah/Utama & Sensasi

HULU SELANGOR – Gara-gara berang dengan kenderaan suaminya yang sering rosak, seorang wanita bertindak melulu dengan membakar kereta tersebut di hadapan rumahnya di sini. Difahamkan, wanita berkenaan bertindak di luar jangkaan selepas suaminya menolak permintaannya yang mahukan kereta baharu selepas serik dengan kereta jenama Perodua Kancil itu. Ini selepas kenderaan tersebut kerap rosak yang mengakibatkan…

Teruskan Membaca

2 Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan

in Terkini

SEREMBAN – Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah bas di Jempol, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi di Jalan Serting Hulu, pemandu dan penumpang kereta terbabit, masing-masing berusia lingkungan 30an, meninggal dunia di tempat kejadian. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Sri Jempol Mohd Fahmi Abdullah…

Teruskan Membaca

Wanita Gagal Cubaan Bunuh Diri

in Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – Cubaan seorang wanita terjun dari jambatan disyaki untuk membunuh diri gagal apabila sempat diselamatkan oleh orang awam yang berada di jambatan berhampiran sebuah bangunan pusat beli belah, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, wanita berusia 38 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1…

Teruskan Membaca

Elaun Khas Dicadang Buat Pasukan Bomba Sukarela

in Terkini

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta kerajaan supaya menimbangkan untuk menyediakan elaun khas buat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dalam cadangan meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan pindaan itu perlu disokong semua pihak kerana ia membolehkan PBS didaftarkan terus menerusi Jabatan Bomba…

Teruskan Membaca

Cadang Pasukan Bomba Sukarela Diberi Elaun Khas

in Terkini

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan kerajaan memberi elaun khas kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS). Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata elaun berkenaan sejajar dengan sumbangan yang diberikan PBS dalam memberi bantuan awal sebelum pasukan bomba tiba. “Dengan elaun ini, ia secara tidak langsung dapat menyuntik semangat anggota PBS…

Teruskan Membaca

Hubungi Bomba Dahulu Sebelum Ambil Gambar

in Utama & Sensasi

LUMUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta orang awam untuk menghubungi jabatan itu terlebih dahulu berbanding mengambil gambar sesuatu kejadian bagi memastikan operasi penyelamatan dapat dijalankan pada kadar segera. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata tindakan orang ramai yang suka mengambil gambar sebelum menghubungi bomba antara faktor pasukan penyelamat…

Teruskan Membaca

Kebakaran Rumah, Stor Di Perumahan Awam Karentina

in Terkini

TELUK INTAN – Sebuah rumah dan stor musnah dalam satu kebakaran di Perumahan Awam Karentina, Perak, pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Kira-kira 50 hingga 80 peratus fasiliti rumah dan stor tersebut telah musnah dijilat api. Pihak Bomba menerima panggilan sekitar jam 12 tengah hari dan bergegas ke lokasi tersebut. Menurut Ketua Operasi Balai…

Teruskan Membaca

Bomba Ambil Masa 10 Jam Padam Api 7 Kilang Terbakar

in Terkini

IPOH – Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 jam untuk mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran yang memusnahkan tujuh kilang berasingan di Taman Menglembu Impiana Park di sini, awal pagi tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamed Hariri Ahmad Shaibi berkata pihaknya bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang mudah merebak itu berikutan faktor…

Teruskan Membaca

Bomba Mampu Kesan Punca Awal Kebakaran

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan hanya diukur pada ketangkasan mereka berdepan situasi kebakaran, malah juga pada kebolehan mereka menghidu punca awal kebakaran dalam tempoh enam jam selepas kejadian. Oleh itu kewibawaan dan kepakaran Bahagian Penyiasatan Kebakaran (BPK) JBPM memang tidak dinafikan dalam menjawab persoalan punca sesuatu kejadian kebakaran itu…

Teruskan Membaca

3 Beranak Melecur Dalam Kebakaran Di Keningau

in Terkini

KOTA KINABALU – Tiga orang melecur termasuk seorang bayi selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Mempias, Jalan Sinua, kira-kira 80 kilometer dari bandar Keningau, terbakar malam tadi. Mereka yang cedera dalam kejadian berkenaan dikenali sebagai Yesmin Jubilik, 26, yang melecur di kaki, isterinya Petronella Jems, 38, melecur di tangan dan kaki serta bayi mereka…

Teruskan Membaca

Kilang Kayu Hampir Musnah Dalam Kebakaran

in Terkini

PUTATAN – Sebuah kilang papan yang beroperasi sejak 20 tahun lalu hampir musnah dalam kebakaran di sini malam tadi. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas dikerahkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada…

Teruskan Membaca

Bomba Bina 180 Rumah Di Bawah NBOS

in Terkini

KUALA PILAH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membina 180 rumah melibatkan kos keseluruhan RM7.24 juta di seluruh negara dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak tahun 2012 sehingga 2017. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Amer Yusof berkata dalam tempoh yang sama pihaknya juga telah membaiki 139 rumah dengan kos RM1.6…

Teruskan Membaca

252 Penghuni Rumah Panjang Hilang Tempat Tinggal

in Terkini

BINTULU – Seramai 252 penghuni dari 36 pintu sebuah rumah panjang di Jalan Sebauh Pandan, Bintulu hilang tempat tinggal dalam kebakaran malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohd Meramit berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran rumah panjang tersebut yang dikenali Rumah Nyipak kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri. “Bomba menerima panggilan…

Teruskan Membaca

Operasi SAR Di Batu 6, Port Dickson Ditamatkan – Bomba

in Terkini

SEREMBAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah berenang menuju ke tengah laut dari pantai Teluk Kemang, Port Dickson menggunakan pelampung ditamatkan petang, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang Mohd Kamal Mohd Timar berkata operasi tersebut yang dijalankan di sekitar perairan Batu 6, telah ditamatkan kira-kira 5.50…

Teruskan Membaca

Terpaksa Bersalin Di Pintu Helikopter

in Utama & Sensasi

GUA MUSANG – Seorang wanita Orang Asli yang sedang sarat mengandung bersalin di atas pengusung sejurus sebelum dibawa naik ke helikopter untuk diterbangkan ke Hospital Gua Musang (HGM) petang semalam. Arnie Bah Leman, 30, tinggal di Kampung Pahong, Pos Bihai melahirkan anak lelaki jam 4.30 petang disambut bidan kampung dan ditemani suaminya, Iman Along, 35.…

Teruskan Membaca

60 Premis Di N. Sembilan Tiada FC Tahun Lepas

in Terkini

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengenal pasti 60 premis di negeri ini tidak mempunyai sijil perakuan bomba (FC) pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan berbanding 30 kes pada 2016. Pengarahnya Norazam Khamis berkata premis terbabit melibatkan bangunan kilang, hotel dan pasar raya. “Daripada 60 premis itu, ada yang dalam proses pendakwaan, ada…

Teruskan Membaca

2 Beradik Berpeluk Erat Atas Pokok, Elak Ajal

in Utama & Sensasi

DUNGUN – Dua beradik lelaki terpaksa memanjat pokok untuk menyelamatkan diri daripada lemas apabila terperangkap ketika air pasang besar selepas mencari ketam di Kampung Limbung Darat Kubur di sini, semalam. Mohd Zaidanie Amsyar Zaidi, 6, dan adiknya Mohd Zaidanie Ammar Zaidi, 4, dikatakan hilang ketika keluar mencari ketam di kawasan paya berdekatan rumah tanpa pengetahuan…

Teruskan Membaca

Murid Tahun 1 ‘Rentung’ Peluk Beg Sekolah

in Jenayah/Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – “Dia suka ke sekolah dan seronok masuk tahun satu, sampaikan meninggal pun masih lagi peluk beg sekolah.” Mohd. Azmi Raji, 51, sukar menahan air mata bercerita mengenang cucunya, Siti Halaidah Abdullah, yang ditemui rentung dalam kebakaran rumah didiami 10 sekeluarga di Kampung Tembongon di Putatan hari ini, Kebakaran bermula kira-kira pukul 3.30…

Teruskan Membaca

Bomba Sabah Terima 5,807 Panggilan Kecemasan

in Terkini

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 5,807 panggilan kecemasan sepanjang tahun lepas, kata Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan JBPM Mohammad Hamdan Wahid. Beliau berkata jumlah yang dicatatkan itu menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2016 yang merekodkan sebanyak 7,059 panggilan kecemasan. “Daripada 5,807 panggilan kecemasan pada tahun lepas, sebanyak…

Teruskan Membaca

2 Beradik Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Tali Air

in Terkini

PASIR SALAK – Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sebuah tali air di Peringkat 10 Felcra, Changkat Lada di sini, tengah hari tadi. Mohamad Raihan Abd Samad dan Lokman, 20, dipercayai dihanyutkan air yang berpusar semasa mandi manda bersama-sama seorang lagi anggota keluarga mereka, Kamarudin, 18. Ketua Polis…

Teruskan Membaca

Bomba Iktiraf Jasa ‘Wira’ Jururawat HSA, Pelajar Tahfiz

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur yang menjadi wira dalam kejadian kebakaran, menerima penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Norsuhaily Suleiman, 24, dan Ahmad Ihsan Husin, 16, antara 23 penerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd…

Teruskan Membaca

1 2 3 11
Go to Top