SATU PERUBAHAN

Tag archive

Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib Selesai Beri Keterangan Kali Kedua Di SPRM

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. di ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini. Najib berkata pihak SPRM telah melakukan kerja dengan professional dan baik ketika beliau memberikan keterangan hampir tujuh…

Teruskan Membaca

Siasat Najib Boleh, Tapi Mesti Ikut Undang-Undang

in Politik/Utama & Sensasi

KOTA BHARU – UMNO tidak mempunyai masalah dengan siasatan yang dilakukan ke atas pucuk pimpinannya selepas pembentukan kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, prinsip ‘rule of law’ atau keluhuran undang-undang perlu sentiasa dipraktikkan dalam apa-apa bentuk siasatan dan pendakwaan. Jelasnya, sebarang siasatan terhadap seseorang itu tidak…

Teruskan Membaca

Kes SRC: Najib Beri Keterangan Kali Kedua

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 9.45 pagi tadi. Beliau hadir bagi memberi keterangan untuk kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Terdahulu, Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna…

Teruskan Membaca

Najib Bertolak Ke Ibu Pejabat SPRM Pagi Ini

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini pada jam 9.23 pagi ini untuk ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Beliau menaiki Toyota Vellfire putih yang sertai dua kenderaan lain, dipercayai membawa peguamnya, serta diiringi dua polis bermotosikal. Bekas perdana menteri itu…

Teruskan Membaca

Najib Perlu Hadir Di Ibu Pejabat SPRM 10 Pagi Esok

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikehendaki hadir untuk kali kedua di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 10 pagi esok bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama berkata Najib, yang juga Anggota…

Teruskan Membaca

Najib, Rosmah Belum Tarik Semula Saman Rafizi

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor belum menarik balik kes saman yang dikeluarkan mereka terhadap Rafizi Ramli atas dakwaan memfitnah. Sebaliknya, peguam yang mewakili mereka, Nor Emelia Mohd. Ishezam berkata, masih belum ada keputusan muktamad mengenai penarikan semula saman terhadap Naib Presiden PKR itu. Justeru, Nor Emelia…

Teruskan Membaca

Shafie Tidak Kisah Hilang Jawatan Bila Tegur Najib

in Politik/Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak bimbang hilang jawatan dalam kabinet apabila menasihatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyiasat isu berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kerajaan pimpinan Najib berkata beliau…

Teruskan Membaca

SRC International: Najib Disiasat SPRM Lebih 4 Jam

in Politik/Utama & Sensasi

DATUK Seri Najib Tun Razak keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 3.15 petang hari ini setelah disiasat lebih empat jam. Bekas Perdana Menteri itu diambil keterangan berhubungan kes SRC International Sdn. Bhd. yang bermula sejak jam 10 pagi sehingga 2.15 petang. Najib ketika ditemui media berkata, beliau akan kembali…

Teruskan Membaca

Hanya 3 Menteri Berani Bersuara Terhadap Najib

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata langkah itu susulan hasil siasatan SPRM pada 2015…

Teruskan Membaca

SRC International: Najib Tak Akan Ditahan SPRM

in Politik/Utama & Sensasi

DATUK Seri Najib Razak yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini, hanyalah untuk melengkapkan siasatan, bukan untuk ditangkap. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata bekas perdana menteri itu hanya hadir memberikan keterangan yang membabitkan siasatan skandal SRC International Sdn. Bhd. “Bukan nak tangkap, kehadiran beliau (Najib) hari ini…

Teruskan Membaca

Selepas Sejam, Najib Masih Memberi Keterangan

in Politik/Terkini

PUTRAJAYA – Proses mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. dipercayai masih berlangsung selepas satu jam bekas perdana menteri itu tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini. Najib yang tiba pada 9.42 minit pagi tadi diiringi peguam belanya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden masih…

Teruskan Membaca

Najib Tiba Di Ibu Pejabat SPRM Untuk Beri Keterangan

in Politik/Terkini

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. Najib yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire itu tiba pukul 9.42 pagi dengan kawalan ketat daripada anggota polis. Difahamkan hanya Anggota Parlimen Pekan itu akan…

Teruskan Membaca

SRC International: Dua Peguam Najib Tarik Diri

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Harpal Singh Drewal menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Harpal mengesahkan perkara itu ketika dihubungi selepas meninggalkan kediaman Najib di Langgak Duta, Taman Duta di sini pada 10.40 malam ini. Harpal berkata seorang lagi peguam, M. Athimulan turut menarik diri untuk…

Teruskan Membaca

Najib Sindir PH Tiba-Tiba Ajaib Ada Rizab RM430 Bilion

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

BONGKAR… Di celah-celah kehangatan isu pihak polis geledah di rumahnya di ibu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat juga balik ke kawasan Parlimen beliau di Pekan, Pahang semalam. Bekas perdana menteri itu menghadiri tiga acara penting termasuk pada sebelah petang merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan. Itu…

Teruskan Membaca

Najib Mesti Hadir Beri Keterangan SPRM Esok

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sekiranya gagal hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya esok untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata notis telah diserahkan kepada…

Teruskan Membaca

Gambar Tular Konon Harta Mewah Najib Disahkan Palsu

in Jenayah/Utama & Sensasi

FITNAH… Tindakan netizen pro-Pakatan Harapan (PH) biadab menularkan gambar palsu konon harta mewah milik Datuk Seri Najib Tun Razak dirampas polis akhirnya ‘memakan’ diri sendiri! Malah beberapa foto yang tular menunjukkan pelbagai jam tangan, beg tangan mewah, jongkong emas dan sejumlah wang tunai yang kononnya berjaya disita dari kediaman bekas perdana menteri itu kini disahkan…

Teruskan Membaca

Najib Luah Rasa Hati Ulas BN Kalah Akibat Fitnah

in Politik/Utama & Sensasi

PEKAN – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, buat pertama kali ‘meluahkan rasa hati’ di khalayak ramai berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya. Najib mengakui terkilan, ralat dan terasa hati apabila kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas bukan disebabkan…

Teruskan Membaca

Anwar Minta Najib Cari Peguam Bela Terbaik

in Politik/Utama & Sensasi

JAKARTA – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata siasatan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International Sdn. Bhd., akan dilakukan secara adil dan bebas. Anwar meminta semua pihak tidak menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang-undang dipatuhi sepenuhnya. Namun nasihatnya kepada Najib: “Kepada…

Teruskan Membaca

Lawatan Najib Ke Pekan Disambut Amat Meriah

in Politik/Utama & Sensasi

BERJIWA RAKYAT… Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman pekarangan Bangunan UMNO Bahagian Pekan di Pahang hari ini disambut dengan laungan kata-kata semangat oleh orang ramai. Ahli Parlimen itu membuat penampilan kali pertama di khalayak untuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan sejak kediamannya di ibu negara diserbu pihak polis pada malam 1 Ramadan lalu.…

Teruskan Membaca

Hidup Rosmah Kini Lebih Tenang Lepas PRU

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUSULAN kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor kini lebih tenang selepas tidak lagi memikul tanggungjawab sebagai isteri pemimpin negara. Jelas pasangan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, hidupnya kini berbeza selepas keputusan mengejut tersebut namun beliau tenang berdepan segala ujian dan dugaan…

Teruskan Membaca

Sekatan Perjalanan Perlu Ikut Undang-Undang

in Politik/Utama & Sensasi

SEBARANG larangan perjalanan dan penyiasatan terhadap seseorang individu termasuklah bekas perdana menteri perlulah dijalankan mengikut proses undang-undang. Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata, adalah penting untuk pihak berkuasa menangani perkara tersebut mengikut proses yang termaktub dalam undang-undang. “Apa pun keputusan yang dibuat berhubung dengan larangan perjalanan dan penyiasatan mesti mengikut…

Teruskan Membaca

Najib Keluar Dari Kediaman Hadiri Program Di Pekan

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, pagi ini dipercayai bagi menghadiri beberapa program rasmi di Pekan, Pahang. Anggota Parlimen Pekan itu menaiki kereta Toyota Vellfire keluar pada kira-kira 9.20 pagi dengan diiringi oleh kenderaan polis. Semalam, media tempatan melaporkan yang…

Teruskan Membaca

Mata Wang Asing Lama, Sijil Perkahwinan Dalam Peti Besi

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini telah berjaya dibuka dan di dalamnya tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya. Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam ini, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib…

Teruskan Membaca

Kediaman Najib Terus Jadi Tumpuan Pemimpin UMNO

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini terus menjadi tumpuan anggota UMNO negeri sejak awal pagi tadi. Antara yang hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Melaka, Datuk Ghazale Muhamad dan bekas anggota exco Melaka, Datuk…

Teruskan Membaca

Najib Mesti Dilayan Secara Bermaruah – Daim

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi layanan secara bermaruah dan kesamarataan sebagaimana warga negara Malaysia yang lain sungguhpun ditengah-tengah operasi penggeledahan oleh pihak berkuasa di kediaman peribadi beliau sejak 48 jam yang lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin. “Semua orang harus dihormati dan diperlakukan seperti manusia terutama bekas…

Teruskan Membaca

72 Beg Berisi Wang Tunai, Barang Kemas Dirampas

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis merampas sebanyak 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi. Selain itu, polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin. Bercakap pada sidang di lobi kondominium…

Teruskan Membaca

Najib Diminta Hadir Ke Pejabat SPRM Selasa Depan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa depan bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. Sumber SPRM berkata Najib diminta memberi keterangan berhubung kes berkenaan. “Sepasukan pegawai SPRM telah menghantar notis berkenaan. Setakat ini, beliau diminta hadir pada Selasa depan…

Teruskan Membaca

Mahdzir, Azalina Antara Kunjungi Najib

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Dua Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mahdzir Khalid antara individu yang dilihat mengunjungi kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini hari ini. Kenderaan jenis Range Rover yang membawa Azalina yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan…

Teruskan Membaca

Operasi Pencarian Di Kediaman Mewah Najib

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan operasi pencarian di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan, di sini, malam ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu. “Saya hanya…

Teruskan Membaca

PDRM Jumpa Peti Besi Berusia 20 Tahun

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membuka sebuah peti besi berusia 20 tahun bagi membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal peti besi itu tidak dapat dibuka oleh pihak polis kerana kunci peti besi yang ditemui di kediaman peribadi…

Teruskan Membaca

Nurul Izzah Tak Setuju Serbuan Polis Waktu Malam

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

SEJURUS menunaikan solat sunat terawih bagi menyambut kedatangan Ramadan semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kejutan besar apabila polis menyerbu dan geledah kediamannya. Tindakan pihak polis yang memulakan operasi khas tersebut pada lewat malam yang membawa hingga ke waktu pagi nyata membuatkan orang ramai tidak bersetuju dengan perkara itu. Baca: Polis Dikecam Geledah Rumah Tidak…

Teruskan Membaca

“Kenapa Tak Bagi Saya Jumpa Najib?” – Rakan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tindakan polis melarang seorang individu yang dipercayai rakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melawatnya disifatkan sebagai tidak munasabah dan melanggar prinsip demokrasi. Lelaki tersebut, Abdul Rahim Abdul Rahman, 65, yang merupakan ahli UMNO mempersoal tindakan polis itu memandangkan dia hadir ke kediaman bekas perdana menteri itu untuk memberikan sokongan moral kepada…

Teruskan Membaca

Polis Dikecam Geledah Rumah Tidak Hormat Najib

in Politik/Utama & Sensasi

“INI sesuatu yang tidak wajar, kenapa tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) juga perlu bersiap untuk bersahur.” Demikian kenyataan satu sumber mempertikaikan tindakan polis menyerbu dan menggeledah kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi. Menurut sumber Malaysiakini yang dikatakan rapat dengan Najib itu berkata, pihaknya mengecam tindakan polis yang…

Teruskan Membaca

Polis Terus Lakukan Carian Di Rumah Najib

in Terkini

KUALA LUMPUR – Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini sejak malam tadi, masih berada di lokasi setakat 12 tengah hari ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan…

Teruskan Membaca

Polis Rampas Beg Tangan, Pakaian Dari Rumah Najib

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini awal hari ini. Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal ketika ditemui sejurus keluar dari rumah itu pada kira-kira 4.20 pagi tadi berkata, bagaimanapun tiada…

Teruskan Membaca

Polis Sahkan Geledah Kediaman Najib

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tiada tangkapan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak setakat pukul 2 pagi ini. Menurut sumber polis, serbuan yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu bertujuan mencari dokumen berkaitan bagi membantu siasatan. Media tempatan melaporkan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri…

Teruskan Membaca

Kediaman Bekas Perdana Menteri Masih Dikawal Ketat

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini masih menerima kunjungan beberapa individu sejak awal pagi ini. Hampir 50 kenderaan dilihat memasuki perkarangan kediaman bekas perdana menteri itu untuk tempoh masa yang berasingan. Tinjauan Bernama mendapati kawasan kediaman bekas perdana menteri itu juga…

Teruskan Membaca

Fazley, Isteri Doa Rosmah Terbuka Hati Terima Mereka

in Artis/Utama & Sensasi

CEF selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor terbuka hati menerima dirinya dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sebagai ahli keluarga. Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob menjelaskan dia dan isteri tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap wanita itu walaupun teruk…

Teruskan Membaca

Kediaman Peribadi Najib Terus Jadi Tumpuan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Lebih 50 orang mengunjungi kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini, sejak pagi ini. Tinjauan Bernama mendapati anggota Najib Razak Kelab 11 (NRC11) merupakan antara yang pertama mengunjungi kediaman itu untuk menemui Najib bagi bertanya khabar pagi tadi. Pasukan polis juga masih mengawal ketat…

Teruskan Membaca

Kediaman Najib Dikawal Ketat Polis, Jadi Tumpuan Media

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan luar negara sehingga hari ini. Kira-kira 20 pengamal media yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera ‘berkampung’ berhampiran kawasan kawalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunggu sebarang…

Teruskan Membaca

1 2 3 25
Go to Top