SATU PERUBAHAN

Tag archive

GST

Harga Semua Model Kereta Proton Turun Mulai 1 Jun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

UNIK… Proton menawarkan harga rendah bagi semua model keluarannya susulan langkah pihak kerajaan memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 Jun depan. Pembeli kereta Proton malah akan menikmati pengecualian cukai berserta penjimatan hebat pada harga baharu kerana syarikat automotif itu kini sedang berusaha untuk meningkatkan nilai tambah kepada pe­langgan. Namun buat masa ini,…

Teruskan Membaca

Hapus GST 17K Pekerja Kontrak Hilang Pekerjaan?

in Politik/Utama & Sensasi

DIKATAKAN lebih 17K orang Pegawai kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka. Kenapa ini berlaku? Tentu mereka yang terlibat amat sedih kerana kehilangan pekerjaan di saat umat Islam akan menyambut bulan syawal tidak lama lagi. Ini ada kaitan dengan penghapusan GST. Janji Kerajaan Pakatan untuk hapuskan GST mesti ditunaikan. Apabila GST dihapuskan kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak…

Teruskan Membaca

Perodua Tawar Bayaran Balik GST Secara Tunai

in Terkini

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengembalikan bayaran penuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan yang membeli, melakukan servis serta pembelian alat ganti kereta jenama itu bagi tempoh 18-31 Mei, 2018, sebelum GST berkadar sifar dilaksanakan pada 1 Jun ini. Malah, bermula esok juga, para pelanggan Perodua akan menerima rebat…

Teruskan Membaca

MATTA Sambut Baik Langkah GST Sifar Peratus

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyambut baik langkah kerajaan mengurangkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018. Presiden, Datuk Tan Kok Liang berkata keputusan kerajaan itu akan memacu industri pengembaraan domestik – penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia. “Langkah itu akan menggalakkan perbelanjaan dalam…

Teruskan Membaca

GST, SST, Bahan Api, Tol, Topik CEP Minggu Depan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dijangka mengadakan perbincangan lanjut berkenaan subsidi bahan api, Cukai Barang dan Perkhidmatan, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan serta pemansuhan tol melalui beberapa siri mesyuarat yang akan diadakan minggu depan, kata Tun Daim Zainuddin. Daim yang mempengerusikan CEP, juga berkata, bahawa majlis berkenaan akan mengadakan pertemuan dengan syarikat dimiliki…

Teruskan Membaca

Pastikan Sistem Cukai Baharu Kukuh, Tanpa Kelemahan

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan perlu memastikan bahawa struktur cukai baharu yang akan dilaksana berikutan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah kukuh dan tidak mempunyai kelemahan. Ketua Pegawai Pelaburan LeInves PLT, William Ng berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula, kelemahan dalam sistem itu perlu ditangani terlebih dulu kerana ia…

Teruskan Membaca

Sistem SST Akan Kembali Ganti GST?

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BALIK ASAL… Jutaan rakyat Malaysia akan kembali kepada rejim sistem percukaian konsumer versi lama iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dimansuhkan pada 1 April 2015 lepas. Ia susulan langkah tegas Kementerian Kewangan mengurangkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada enam peratus kepada hanya sifar peratus mulai 1 Jun depan, menurut laporan media tempatan…

Teruskan Membaca

GST Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) hari ini menetapkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 0 peratus bermula 1 Jun ini, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Menurut kenyataan itu, kadar 6 peratus diturunkan kepada 0 peratus di seluruh negara sehingga pengumuman lain dibuat kelak. Penetapan ini ialah langkah kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir…

Teruskan Membaca

Impak Positif Kepada Peruncit Jika GST Dimansuh

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan memberi impak positif kepada peruncit berikutan pengguna akan mempunyai lebih banyak kuasa membeli untuk membeli makanan dan perkhidmatan, kata syarikat pegangan pelaburan, PPB Group Bhd. Pengerusi Tan Sri Oh Siew Nam berkata walaupun segmen perniagaan tani dan bijirin kumpulan itu tidak melibatkan GST…

Teruskan Membaca

Pemansuhan GST Adalah Muktamad – Zeti

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan cadangan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada 1 April 2015, adalah muktamad. “Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan. Dua ahli majlis…

Teruskan Membaca

Mampu Penuhi Keperluan Perolehan Tanpa GST

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu untuk memenuhi keperluan perolehannya walaupun selepas memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan meneliti keutamaan terhadap projek-projeknya, meningkatkan kecekapan sektor awam, mengelakkan pembaziran dan meneroka sumber pendapatan baharu, kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu juga menyatakan keyakinan terhadap ekonomi negara yang boleh dipandu…

Teruskan Membaca

Kenyataan Media Pemansuhan GST Tidak Benar

in Politik/Utama & Sensasi

GEORGE TOWN – Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun ini seperti yang tular di media sosial hari ini, menurut menterinya, Lim Guan Eng. Lim berkata tidak ada sesiapa daripada kementerian itu yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk isu pemansuhan GST memandangkan beliau masih…

Teruskan Membaca

Maaf GST Belum Dimansuhkan Lagi…

in Politik/Utama & Sensasi

KEMENTERIAN Kewangan menafikan dakwaan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan berkuat-kuasa pada 1 Jun 2018, sepertimana yang ditularkan di laman sosial hari ini. Kementerian itu dalam kemaskini terbaharu di laman Facebook berkata kenyataan yang menyalahgunakan nama kementerian itu mengenai pemansuhan cukai tersebut adalah palsu dan tidak benar. “Pada masa ini kerajaan belum menetapkan tarikh…

Teruskan Membaca

Penghapusan GST Jejas Pendapatan Negara Disangkal

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Dr. Mahathr Mohamad menyangkal dakwaan kononnya hasil pendapatan negara akan merosot sekiranya kutipan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus yang diperkenalkan pada 2015, dihapuskan. Perdana Menteri berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana kekurangan dana dalam kerajaan sekarang bukan disebabkan kekurangan hasil sumber pendapatan negara tetapi akibat salah guna…

Teruskan Membaca

GST, Kembalikan Subsidi Minyak Tak Jejaskan Ekonomi

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia. Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan oleh kerajaan itu yakin untuk memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak berikutan mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman…

Teruskan Membaca

Mahathir Bawa Malaysia Kembali Kepada Zaman SST

in Politik/Utama & Sensasi

RAKYAT Malaysia bakal berdepan suasana sistem percukaian lama yang banyak ketirisan apabila Pakatan Harapan (PH) dijangka memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ia dilakukan oleh blok pakatan longgar tersebut sebagai menunaikan janjinya konon berhasrat bagi menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti pernah dicadangkan dalam manifesto mereka sebelum ini. Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad…

Teruskan Membaca

Bos PNB Dedah Bahaya Hapus GST Diganti Balik SST

in Politik/Utama & Sensasi

MUNGKIN ramai maklum dengan manifesto pakatan pembangkang mahu hapus cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang didakwa konon tindas rakyat jika menang Pilihan Raya Umum (PRU). Malangnya tanpa disedari, blok pakatan itu tidak menyatakan apakah alternatif kepada isu tersebut di sebalik cuba momok dengan mendakwa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dimansuhkan kononnya adalah lebih baik.…

Teruskan Membaca

GST Rasional Untuk Pembangunan Negara

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkait rapat menjadikan sistem percukaian lebih cekap dan menyeluruh, telus dan berkesan bahkan turut bertujuan mengelakkan ketirisan serta cukai bertindih melalui Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunakan sebelum ini. Diperkenalkan sejak 1 April, 2015 bagi menggantikan sistem SST, kerajaan terlebih dahulu telah menjalankan pelbagai…

Teruskan Membaca

GST Dibangkitkan Semasa Daim Jadi Menteri Kewangan

in Politik/Utama & Sensasi

BERA – Cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya telah dibangkitkan semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malah Ismail Sabri berkata Daim turut terlibat dalam kajian mengenai pelaksanaan cukai itu. “Mungkin dia (Daim) pun sudah lupa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pejabat…

Teruskan Membaca

GST: Daim Dulu Cadang, Kini ‘U-Turn’ Kata Lain Pula!

in Politik/Utama & Sensasi

ALAHAI… Bagi yang mudah terlupa, imbas balik pada 2014 lalu, Rafizi Ramli pernah dedah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mencadangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu malahan mendakwa, Menteri Kewangan selepas Daim, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun enggan melaksanakan cukai baharu itu kerana konon tidak mahu membebankan rakyat. “Semak…

Teruskan Membaca

Jangan Terpedaya GST Konon Akan Naik – Najib

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan pembangkang yang memfitnah kononnya kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan kepada sembilan peratus sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Justeru Perdana Menteri mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan fitnah jahat tersebut yang disifatkannya sebagai pembohongan besar oleh pihak…

Teruskan Membaca

Pembangkang Terus Fitnah GST Naik Lepas PRU14

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

PEMBANGKANG terus menyebarkan fitnah yang kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar GST selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Kempen fitnah terang-terangan ini dijalankan oleh PH untuk menakutkan orang ramai supaya tidak mengundi BN. Walaupun sudah dijawab berkali-kali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri, Pakatan Harapan (PH) masih tidak…

Teruskan Membaca

GST Selamatkan Bilion Ringgit Ketirisan SST

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Setelah tiga tahun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan, ia terbukti berjaya mengatasi masalah ketirisan berbilion ringgit yang sebelum ini memberi kesan terhadap kerancakan pembangunan ekonomi negara. Sejak diperkenalkan pada April 2015 bagi menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), GST dilihat mampu menyelamatkan rakyat dan negara daripada terus menjadi mangsa kerakusan…

Teruskan Membaca

Pelaksanaan GST Tidak Bebankan Rakyat – Mohd Irwan

in Terkini

ALOR GAJAH – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan rakyat kerana ia tidak dikenakan ke atas barangan keperluan asas, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Beliau berkata sebaliknya pelaksanaan GST memberi banyak kesan positif secara menyeluruh kepada rakyat yang dipulangkan kerajaan dalam pelbagai bentuk pembangunan kemudahan atau infrastruktur…

Teruskan Membaca

Penghapusan GST Boleh Bawa Risiko Ketara Ekonomi

in Terkini

KUALA LUMPUR – Cadangan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh pembangkang Pakatan Harapan (PH) akan memberi risiko ketara kepada ekonomi sekiranya tiada langkah menjana hasil yang mengimbanginya, walaupun ia digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum ini. HSBC Group berkata GST diperkenalkan pada 2015, apabila dividen dan royalti berkaitan minyak jatuh…

Teruskan Membaca

Kadar GST Tidak Naik Selepas PRU14 – Zahid

in Slider/Utama & Sensasi

BAGAN DATUK – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengiraan yang dibuat kerajaan mendapati kadar sedia ada mencukupi dan mampu memberi pendapatan lebih RM40 bilion kepada negara. Dalam pembetangan Bajet…

Teruskan Membaca

Usaha ‘Spin’ Projek ECRL Tiada GST Terbongkar

in Politik/Utama & Sensasi

KANTOI LAGI… Umum maklum bahawa pada 11 April lalu, Perdana Menteri mendedahkan sebab kontraktor dari China dipilih untuk membangunkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Ini kerana tawaran pinjaman yang diberikan adalah kadar terendah di dunia. Lebih unik, Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan tawaran tersebut datang dari kerajaan China sendiri dan bukannya pihak syarikat terlibat.…

Teruskan Membaca

Muhyiddin Berdehem 10 Kali Dalih Jawab Isu GST!

in Politik/Utama & Sensasi

EHEM… Tan Sri Muhyiddin Yassin berdehem hampir 10 kali hanya dalam tempoh 3 minit 47 saat semasa beri alasan mengapa beliau mengetuai kempen anticukai barang dan perkhidmatan (GST) baru-baru ini. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berdehem setiap kali mahu mengemukakan alasan dalam cubaannya menepis kritikan orang ramai terhadap beliau yang menyokong dan memuji…

Teruskan Membaca

Tol Dalam Bandar Kekal, GST Mansuh Secara Berperingkat

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kenyataan beliau menolak manifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan tol semalam hanya merujuk kepada tol dalam bandar. Dakwa beliau, keputusan sebenar Pakatan Harapan jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tol di kawasan bandar akan dikekalkan mengikut kontrak. “Saya nak terangkan kenyataan saya pasal…

Teruskan Membaca

Siasatan Lagu Anti-GST: Keterangan Lim Dirakam Polis

in Terkini

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang hari ini mengambil keterangan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi membantu siasatan kes yang mendakwa beliau mengindoktrinasikan kanak-kanak dengan politik kebencian apabila mengejek Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam parodi lagu ‘A, B, C’ baru-baru ini. Peguam Lim, RSN Rayer berkata anak guamnya memberi kerjasama yang baik dan proses…

Teruskan Membaca

Mansuhkan GST Bukan Tugas Mudah – Bank Dunia

in Terkini

KUALA LUMPUR – Memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi tugas yang mudah berikutan ia memerlukan kenaikan cukai lain, mengurangkan perbelanjaan atau berlakunya defisit, kata Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler. “Anda perlu melihatnya secara menyeluruh dan lihat sama ada anda benar-benar perlu memansuhkan GST kerana cukai itu merupakan…

Teruskan Membaca

Jangan Salah GST Semata-Mata Kos Hidup Tinggi

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kenaikan kos hidup tidak boleh disalahkan semata-mata hanya kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim. “Ia hanya untuk mengalihkan tumpuan. Kadang-kadang GST tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya semasa ditanya mengenai persepsi umum bahawa kos hidup tinggi adalah disebabkan pelaksanaan cukai tersebut. “Pendapatan rakyat…

Teruskan Membaca

GST Bukan Asing Kepada Kebanyakkan Negara Di Dunia

in Terkini

SINGAPURA – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), juga dikenali sebagai Cukai Tokokan Nilai (VAT), telah dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia sebagai sumber hasil negara. Oleh itu, Malaysia tidak terkecuali. Bergantung kepada negara, kadar boleh dikenakan sehingga setinggi 28 peratus dan Malaysia merupakan antara negara yang melaksanakan cukai penggunaan itu pada 1 April, 2015, pada…

Teruskan Membaca

GST Bukan Faktor Harga Barang Naik – Hamzah

in Terkini

BATU KURAU – Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) semata-mata malah pelbagai faktor lain turut mempengaruhi sehingga menyumbang kepada masalah kos sara hidup. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai,…

Teruskan Membaca

Ahli Perniagaan Terima Wang Haram Lebih RM1.4j

in Jenayah/Terkini

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 38 pertuduhan menerima wang hasil pengubahan wang haram berjumlah lebih RM1.4 juta dan menjalankan perkhidmatan wang tanpa lesen, antara 2012 dan 2016. M. Meyyappan, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin. Mengikut…

Teruskan Membaca

Kerajaan Terus Laksana GST Kerana Terbukti Berkesan

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Kerajaan Barisan Nasional akan terus melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana sistem cukai tersebut terbukti berkesan untuk Malaysia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, GST yang telah dilaksana di lebih 170 negara itu boleh membantu menghapuskan ekonomi gelap, iaitu kegiatan transaksi perniagaan yang tidak boleh dikesan dan…

Teruskan Membaca

GST: Harga Barang Naik, Peniaga Sabotaj Kerajaan

in Terkini

SEREMBAN – Harga barangan termasuk barangan keperluan asas yang semakin meningkat, sebenarnya antara lain berpunca daripada tindakan sesetengah peniaga yang sengaja menaikkannya demi meraih keuntungan berlebihan. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegaskan perkara itu berkata peniaga kemudiannya mengalihkan perhatian dengan menyatakan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah menyebabkan kenaikan harga…

Teruskan Membaca

“Tak Masuk Akal Hapus GST” – Ramlee Marahaban

in Terkini

SEMPORNA – Cadangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka menang pilihan raya umum ke-14 disifatkan tidak masuk akal kerana cukai itu dilaksanakan untuk negara dan rakyat. Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata penghapusan GST yang merupakan antara pengisian dasar fiskal negara akan menghasilkan lompang besar kerana cukai jualan…

Teruskan Membaca

Malaysia Jadi Negara Defisit Tanpa GST – PM

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menjadi negara defisit tanpa kutipan hasil RM45 bilion melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Tanpa GST, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negara tidak mungkin mampu mengutip hasil sebanyak RM45 bilion setahun yang kemudian dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, bantuan…

Teruskan Membaca

Singapura Naik GST, Malu Pembangkang ‘Gigit Jari’!

in Slider/Utama & Sensasi

SINGAPURA baru sahaja mengumumkan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 9 peratus semasa pembentangan Belanjawan 2018 semalam. Kenaikan itu bukan hendak dilaksanakan serta merta tetapi hanya akan berkuat kuasa antara 2021 sehingga 2025 nanti. Bayangkan kalau pengumuman seumpama ini dibuat oleh kerajaan Malaysia. Silap haribulan ada yang melompat melalak sampai…

Teruskan Membaca

1 2 3 14
Go to Top