SATU PERUBAHAN

Tag archive

Guru

Video: Guru Minta Maaf Lepas Lempang Pelajar?

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG guru tampil memohon maaf di laman sosial selepas mencetuskan kontroversi menampar sembilan orang pelajarnya yang hanya lewat 30 minit masuk ke kelas di sebuah sekolah di Jawa Tengah, Indonesia. Lapor Tribun News, Lukman Septiadi, 27 tahun, memuat naik video bagi memberi penjelasan berkenaan tindakannya itu dan mengumpulkan kesemua sembilan orang murid yang ditampar di…

Teruskan Membaca

Guru Perlu Berfikiran Kelas Dunia Didik Modal Insan

in Terkini

KOTA BELUD – Golongan guru perlu berfikiran kelas dunia dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah kemajuan yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat dunia. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini selaras dengan transformasi pendidikan negara yang bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga…

Teruskan Membaca

Polis Tahan Guru Sekolah Dipercayai Penagih Dadah

in Jenayah/Terkini

PARIT – Seorang guru sekolah menengah ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di Taman Changkat Lada Raya, Kampung Gajah, di sini, lewat tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata guru lelaki berumur 45 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.45 tengah malam. “Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah…

Teruskan Membaca

Guru AS Tuntut Kenaikan Gaji, Dana Pendidikan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

AKIBAT rasa tidak puas hati berhubung pembiayaan pendidikan disekat sejak beberapa tahun lalu, seramai 30,000 guru berarak mengadakan tunjuk perasaan di Kentucky dan Oklahoma 2 April lalu. Menurut laporan akhbar tempatan, kebanyakan guru di Amerika Syarikat (AS) menuntut bayaran gaji lebih tinggi dan peruntukan dana yang besar diberikan pihak berkuasa kepada sekolah-sekolah awam. Ilham demonstrasi…

Teruskan Membaca

Guru Di Afrika Ajar Sistem Windows Tanpa Komputer

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BAYANGKAN bagaimana kalau anda diminta mengajar tentang komputer kepada pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan dunia IT, tanpa menggunakan alat elektronik tersebut. Situasi sukar itulah yang perlu dihadapi oleh seorang guru di Ghana, Afrika yang bertungkus-lumus mengajar para pelajarnya untuk tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat. Disebabkan tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi dan kemampuan pihak…

Teruskan Membaca

Pelajar Terkejut Guru Matematik Bintang Porno

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PELAJAR-pelajar di sebuah sekolah menengah di timur Sussex, England terkejut apabila mendapat tahu guru Matematik mereka sebenarnya adalah bintang porno. Guru yang berusia 50 tahun itu muncul dalam beberapa penggambaran foto dan filem lucah, menggunakan nama panggilan Aaron Cage. Dalam satu temuramah baru-baru ini, guru itu berkata: “Porno tidak boleh dilihat sebagai kerja.” Para pelajar…

Teruskan Membaca

Murid Ini Didenda Jilat Mangkuk Tandas Sebab…..

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SETIAP orang pasti pernah melalui pengalaman semasa zaman persekolahan iaitu didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Lazimnya, kita akan didenda oleh guru dengan hukuman seperti dirotan atau berdiri di dalam bilik darjah, betul tak? Biarpun ia bukan perkara yang disukai ramai pihak, tindakan merotan ini sebenarnya merupakan insentif untuk memperbetulkan sahsiah dan tingkah laku buat…

Teruskan Membaca

KPM Terbuka Pandangan Kurangkan Beban Guru

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan sentiasa terbuka menerima pandangan dan maklum balas daripada kira-kira 500,000 warga pendidik dalam usaha mengurangkan beban tugas golongan itu. Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian memahami beban ditanggung para guru dan sentiasa mencari jalan terbaik dalam menangani masalah berkenaan. “Semasa lawatan menteri dan timbalan menteri juga, kita sentiasa mengambil…

Teruskan Membaca

Atas Isu Keselamatan, Guru AS Diajar Menembak

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUSULAN insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di Parkland, Florida yang mengorbankan 17 orang termasuk tiga pendidik, sekumpulan guru di sini mula mempelajari teknik menggunakan pistol. Kaitan: Trump Cadang Guru Bawa Senjata Api Di Sekolah Latihan mengendalikan senjata api di bandar Irving, Amerika Syarikat (AS) telah disertai seramai 16 guru dan kakitangan sekolah di utara negeri…

Teruskan Membaca

Pertukaran 16,000 Guru ‘Duka Lara’ Diluluskan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah meluluskan hampir 16,000 permohonan pertukaran kes guru ‘duka lara’ daripada 30,000 keseluruhan permohonan kategori itu bagi tempoh 1 Disember 2015 hingga 1 Januari 2018. Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata 7,000 permohonan lagi akan diproses sebelum penempatan baharu dilaksanakan pada Jun depan. “Program atas dasar kemanusiaan ini kita…

Teruskan Membaca

Guru Jalin Hubungan Seks Dengan Pelajar

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG guru wanita yang telah bertunang, dipenjara selama tiga tahun selepas menjalinkan hubungan seks lesbian dengan pelajar perempuan di sekolahnya yang berusia 13 tahun. Brooke Rosendale, 27, dari Bloomdale, Ohio, mengaku salah atas tuduhan terlibat dalam hubungan seksual dengan pelajarnya. Ketika hukuman dijatuhkan, pelajar berkenaan berada di dalam mahkamah. Dua lagi dakwaan tambahan telah digugurkan…

Teruskan Membaca

10 Guru Korea Mengajar Di Pulau Pinang

in Terkini

GEORGE TOWN – Sepuluh guru dari Republik Korea dipilih untuk mengajar di lima sekolah di negeri ini menerusi Program Pertukaran Guru Korea-Malaysia 2018 (KOMTEP 2018). Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Mohd Jamil Mohamed berkata guru tersebut akan mengajar beberapa mata pelajaran antaranya Sains Sosial, Bahasa Inggeris, Muzik dan Pendidikan Seni selama tiga bulan.…

Teruskan Membaca

Pendidik Gigih Sebelah Tangan Aktif Di Sekolah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA KRAI – Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di sini, yang kudung kedua-dua kaki dan tangan kiri sejak lahir, pernah dikeji dan diejek layak menjadi pengemis jalanan saja. Namun, ejekan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar cita-cita dan berjaya seperti insan normal lain. Mungkin sukar untuk membayangkan kehidupan Hashim Mohamad, 29, yang…

Teruskan Membaca

Sirhajwan Guru Hebat Harumkan Nama Malaysia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SIAPA sangka seorang guru berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. Mohd Sirhajwan Idek, 30, yang merupakan guru dari Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menandingi tujuh peserta lain dalam peringkat akhir sempena Global Educational Supplies and Solutions (GESS) Education Awards. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk…

Teruskan Membaca

Trump Cadang Guru Bawa Senjata Api Di Sekolah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercadang untuk membekalkan senjata api kepada guru bagi menangani kejadian tembakan rambang di sekolah di negara itu. Beliau berkata demikian pada pertemuan dengan mangsa yang terselamat dalam kejadian tembakan yang mengorbankan 17 mangsa di sebuah sekolah tinggi di Florida baru-baru ini. Pada masa sama, Trump berjanji untuk memperketatkan…

Teruskan Membaca

Cikgu ‘Kaki Vandalisme’ Dinding Sekolah Jadi Viral

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

VANDALISME biasanya dikaitkan dengan aktiviti merosakkan harta awam, namun lain pula kisahnya dengan seorang guru di Johor yang menerima pujian ‘melambung’ daripada warganet kerana menconteng dinding sekolahnya. Doodle lukisan Sarah Muhammad Fauzi, yang dilukis menggunakan pen papan putih pada dinding SK Sri Pulai Perdana, Johor Baru, bukanlah contengan pertamanya, namun dia masih belum puas melakukan ‘vandalisme’ pada dinding salah sebuah bilik di sekolahnya. Menurut guru Bahasa…

Teruskan Membaca

Guru Mati Ditumbuk Pelajar Marah Pipi Diconteng

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia beberapa jam selepas ditumbuk pelajarnya ketika pembelajaran seni di sekolah, kelmarin. Menurut laporan media Indonesia, kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku selepas guru berkenaan, Budi Cahyono, menconteng pipi pelajar lelaki itu yang tidur dalam kelas dengan pewarna lukisan bagi mengejutkannya.…

Teruskan Membaca

Guru Dapat Balik Iphone, Tapi Pelajar Dituduh Curi Maut

in Jenayah/Utama & Sensasi

PILU… Pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang yang dituduh curi telefon bimbit iPhone milik seorang gurunya menghembuskan nafas terakhir awal pagi Khamis. Remaja terbabit yang hanya dikenali sebagai Vasanthapiriya meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi selepas lebih seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ). Presiden Tamilar…

Teruskan Membaca

Isu Tatatertib: Bincang Dengan Sekolah Sebelum Lapor Polis

in Terkini

JOHOR BAHRU – Ibu bapa dinasihati berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu sebelum bertindak membuat laporan polis dalam isu guru mengenakan tindakan disiplin terhadap anak mereka. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata walaupun menjadi hak ibu bapa untuk membuat laporan polis, konsultasi dengan pihak terlibat adalah lebih baik sebelum melibatkan pihak berkuasa.…

Teruskan Membaca

Guru ‘Amuk’ Mesyuarat Diarahkan Pindah Ke PPD

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Seorang guru di sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang mengamuk ketika mesyuarat hingga tular di media sosial telah ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baru. Dalam satu kenyataan media di sini hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, tindakan guru dikenali sebagai Tan Hong Lian didapati adalah jelas tidak melambangkan imej profesionalisme sebagai…

Teruskan Membaca

“Dia Comot, Pakai Tudung Tutup Dahi” – Guru Prihatin

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEGELINTIR pelajar di sekolah rendah mahupun menengah bukan semunya bernasib baik dan menjalani kehidupan yang selesa. Masih ada lagi pelajar daripada keluarga miskin yang terpaksa melalui kehidupan sukar dan serba kekurangan. Lebih perit lagi apabila ibu bapa sudah bercerai, percayalah bukan mudah seseorang pelajar itu membesar dengan hanya bergantung kepada sebelah pihak sahaja. Kisah yang…

Teruskan Membaca

Guru Dibenarkan Berpolitik Tetapi Bersyarat – KPPA

in Utama & Sensasi

KUCHING – Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010, namun mereka terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai dengan syarat-syarat…

Teruskan Membaca

Halang Pintu Elak Suami Ditinggal Tren

in Jenayah/Utama & Sensasi

BEIJING – Seorang guru digantung tugas selepas video menunjukkan dia menghalang pintu kereta api laju bagi memberi masa kepada suaminya untuk menaiki gerabak, tular di media sosial. Xin’an Evening News melaporkan, Luo Haili bersama suami dan anak perempuannya tiba lewat untuk menaiki kereta api laju dari Hefei di wilayah Anhui untuk ke Guangzhou pada Jumaat…

Teruskan Membaca

19 Februari Sebutan Semula Kes Guru Pukul Murid

in Jenayah/Terkini

JAWI – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes seorang guru yang didakwa mencederakan muridnya Ogos tahun lalu. Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan tarikh itu semasa sebutan semula kes Noor Idzahril Ahmad, 52, selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Uzair Abd Munir memohon tarikh baharu untuk penyerahan laporan perubatan…

Teruskan Membaca

Kalau Guru Didera Pelajar Pulak Bagaimana?

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JIKA dahulu guru diberi kepercayaan penuh oleh ibu bapa dalam mendidik anak bangsa di sekolah dan ini termasuklah hukuman jika murid itu nakal. Namun jauh berbeza sekarang apabila golongan pendidik ini seakan-akan tidak lagi diberi ‘mandat’ daripada segelintir ibu bapa yang berfikiran kolot. Malahan kini guru tidak boleh bertindak dengan sesuka hati lagi kerana bimbang…

Teruskan Membaca

Guru Mangsa Pertama Banjir Di Sarawak

in Utama & Sensasi

MIRI – Seorang guru wanita sebuah sekolah rendah di Limbang menjadi korban pertama banjir di Sarawak dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bakol, Jalan Batu Danau Limbang awal pagi ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang Edmund D. Mahai Amboh berkata mangsa yang terkorban dikenali sebagai Norsiah Yusok, 52, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tedungan, Limbang manakala…

Teruskan Membaca

Polis Belum Lengkapkan Siasatan Guru Hina Islam

in Jenayah/Terkini

MIRI – Polis masih belum melengkapkan siasatan terhadap seorang guru yang didakwa menghina Islam dalam akaun Facebook pada 16 Dis lepas, kerana beliau kini tidak berada di Sarawak. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata guru sekolah rendah itu yang mengajar di salah sebuah sekolah di bandar Miri adalah dari Sabah, dan belum…

Teruskan Membaca

Guru Disiasat Kerana didakwa Hina Islam Di Facebook

in Jenayah/Terkini

MIRI – Seorang guru sekolah rendah di sini disiasat oleh polis kerana dipercayai memuat naik satu komen di Facebook yang dikatakan telah menghina umat Islam ketika memberikan komen berkaitan Islam dan Baitulmuqqadis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata setakat ini dua laporan polis dibuat di Kuching dan di sini selepas komen…

Teruskan Membaca

Guru Maut Serangan Jantung Ketika Memandu

in Utama & Sensasi

ALOR SETAR – Seorang guru maut dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang memandu berdekatan lampu isyarat di Jalan Sultanah, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.59 pagi tadi, mangsa, Muhammad Zulkurnain Mat, 58, sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) di lorong kanan menghala…

Teruskan Membaca

KPM Luluskan 11,606 Permohonan Guru Duka Lara

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan meluluskan sebanyak 11,606 permohonan pertukaran guru ‘duka lara’ dari Januari 2016 hingga Januari 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata kelulusan permohonan itu dibuat selepas mengambil kira empat kriteria utama iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan, keperluan opsyen di negeri serta daerah…

Teruskan Membaca

Pemberian Tablet Kepada Guru Selesai Tahun Depan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pengagihan tablet percuma untuk dijadikan alat bantuan mengajar bagi keperluan 430,000 guru di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Jun tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata sehingga ini sebanyak 182,712 unit tablet itu yang bernilai RM152 juta telah diagihkan kepada guru-guru di beberapa negeri…

Teruskan Membaca

“Kepada Pemilik Kereta, Saya Minta Maaf” – Pelajar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BUKAN mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, malah bukan mudah juga bagi segelintir individu untuk mengaku bersalah serta memohon maaf. Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Hafidz Hakimy memuat naik status beserta gambar sekeping nota daripada seseorang memohon maaf daripadanya kerana tidak sengaja menyebabkan keretanya calar. Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Hafidz memberitahu insiden itu…

Teruskan Membaca

Guru Mengamuk! Belasah Murid Macam Orang Gila

in Utama & Sensasi/Video Viral

JAKARTA – Seorang guru lelaki dirakam membelasah seorang murid secara bertubi-tubi dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Warga Kota, Bogor, di sini. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada minggu lalu itu, mangsa mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan termasuk bengkak pada bahagian muka akibat dibelasah guru lelaki terbabit. Rakaman berdurasi 37 saat yang…

Teruskan Membaca

900 Guru Di Sarawak Ikuti Seminar Bahasa Inggeris

in Terkini

SIBU – Lebih 900 guru Bahasa Inggeris di Sarawak akan menghadiri seminar tiga hari bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Menteri Muda Pendidikan, Penyelidikan Sains dan Teknologi, Dr Annuar Rapaee berkata seminar anjuran kementeriannya akan diadakan mulai esok di Kuching dan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata beberapa…

Teruskan Membaca

Bekas Murid Belanja 65 Gurunya Cuti Luar Negara

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Pengetua Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Pekalongan yang hanya mahu dikenali sebagai Sulikin pernah didatangi bekas pelajarnya, Fredy Candra pada Julai lalu. Uniknya, Fredy yang merupakan alumni sekolah tinggi tersebut dan lulusan pada tahun 1993, kembali ke situ bagi tujuan mengajak seluruh guru yang pernah mengajarnya ketika itu untuk berjalan-jalan di sekitar Eropah.…

Teruskan Membaca

Bimbang Kantoi Curi, Murid Hentak Guru Tengah Solat

in Jenayah/Utama & Sensasi

LAHAD DATU – Seorang guru wanita sekolah rendah menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar berusia 13 tahun yang cuba curi wang miliknya, di sini, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari, guru terbabit dikatakan sedang menunaikan solat Zohor di salah sebuah surau sekolah rendah di daerah ini. Pesuruhjaya…

Teruskan Membaca

Guru Wajib Pupuk Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum

in Terkini

TANJONG MALIM – Para guru mempunyai pengaruh kuat untuk memupuk semangat muhibah dalam kalangan pelajar berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum dan budaya yang seterusnya akan memastikan kekuatan serta kestabilan negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah maka itu guru-guru wajib terus memberi keutamaan memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum walaupun negara telah mencapai…

Teruskan Membaca

Wujud Kod Etika Ibu Bapa, Elak Guru Diserang

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini mencadangkan kementerian berkaitan bekerjasama mewujudkan kod etika untuk ibu bapa bagi mengelakkan berulangnya kejadian guru diserang. Usul itu antara cadangan yang dikemuka pada Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP ke-21, di sini. Mengulas perkara itu kepada pemberita hari ini, Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak berkata kod etika…

Teruskan Membaca

Guru Baharu Tak Patut Minta Tukar Sebelum Sah Jawatan

in Utama & Sensasi

SERDANG – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menasihati guru baharu yang belum disahkan dalam jawatan agar tidak memohon bertukar sekolah untuk mengikut pasangan masing-masing. Ini kerana katanya walaupun bersimpati dengan guru terbabit, keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka. “Kadang-kadang guru ini baharu ditempatkan selama…

Teruskan Membaca

“Kami Tunggu Tetapi Cikgu Tak Kunjung Tiba”

in Utama & Sensasi

MARANG – “Kami tunggu cikgu untuk mengajar kelas tambahan, tetapi dia tak kunjung tiba. Rupa-rupanya cikgu terkorban dalam kemalangan,” kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Awang Jabar, Jambu Bongkok, di sini, Muhammad Abdin Syakirin Ahmad Yusop, 17, selepas gurunya, Zaimah Abdul Rahman, 54, maut dalam kemalangan pagi semalam. Dalam kejadian…

Teruskan Membaca

1 2 3 8
Go to Top