SATU PERUBAHAN

Tag archive

Indonesia

Kantoi Kahwin Adik Sendiri Hingga Lahir 2 Anak

in Jenayah/Utama & Sensasi

WARGA penduduk di daerah Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia gempar apabila sepasang suami isteri yang telah menetap di Kampung Bukit Cincin di daerah tersebut selama 11 tahun ternyata merupakan adik beradik kandung. Pasangan tersebut yang  dikenali sebagai Arman, 40 dan Siti, 38, itu berasal daripada Jawa Barat dan dikurniakan dua orang anak masing-masing berumur 10 dan…

Teruskan Membaca

Isu Amah: Malaysia, Indonesia Bertemu Hari Ini

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Duta Malaysia ke Indonesia akan bertemu dengan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia hari ini atas rancangan republik itu untuk menghentikan penghantaran pembantu rumah di sini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan majlis pra-pelancaran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia…

Teruskan Membaca

Video: Kejamnya…. Ibu Seret Anak 300 Meter

in Utama & Sensasi/Video Viral

MEDIA sosial Indonesia sejak minggu lalu dikejutkan dengan satu rakaman tular menunjukkan seorang wanita tergamak menyeret anak perempuannya dengan motosikal sejauh 300 meter. Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Balong, daerah Klaten, Jawa Tengah itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan. Suspek yang hanya dikenali sebagai Santi, 35, dilihat menunggang…

Teruskan Membaca

Bandar Indonesia Larang Sambut Valentine

in Terkini

JAKARTA – Sambutan Hari Valentine diharamkan di beberapa bandar Indonesia hari ini ketika polis menahan pasangan kekasih asyik bermesra, tradisi disifatkan pengkritik tidak sesuai di negara majoriti Islam itu. Larangan itu dilaksanakan di tengah kebimbangan Indonesia yang dulunya mengekalkan tradisi toleransi kini berubah pantas kepada fundamentalis, menjadikan hubungan seks luar nikah termasuk gay kesalahan yang…

Teruskan Membaca

Aceh Nafi Larang Umat Islam Sambut Hari Valentine

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Masyarakat Islam khasnya pasangan kekasih remaja yang hangat bercinta di wilayah Aceh sah dibenarkan menyambut Hari Valentine tanpa sebarang masalah, lapor media tempatan. Berita gembira itu dinyatakan Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf sekali gus menafikan amaran bertulis dikeluarkan Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali yang menguatkuasakan larangan sambutan tersebut pada Jumaat lalu. “Nggak (tiada)…

Teruskan Membaca

Status Keselamatan Gunung Agung Di Bali Diturunkan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Status keselamatan Gunung Agung di Bali, Indonesia telah diturunkan daripada Tahap IV (Awas) kepada Tahap III (Siaga) pada Sabtu dan radius kawasan berbahaya juga dikurangkan daripada 6km kepada 4km, demikian menurut Kementerian Luar hari ini. Bagaimanapun, memandangkan status tersebut boleh berubah dalam masa yang singkat, pihak berkuasa Indonesia telah memberi peringatan terhadap…

Teruskan Membaca

Anjing Pengesan Pun ‘Lalok’ Syabu

in Jenayah/Utama & Sensasi

JUMLAH dadah syabu yang terlalu banyak di atas kapal yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dekat Batam, kelmarin, menyebabkan anjing pengesan turut ‘lalok’ memaksa gerakan mencari dihentikan beberapa kali. Media Indonesia melaporkan, menurut pembantu khas kepada Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Laksamana Madya Achmad Taufiqoerrochman, dua anjing pengesan yang digunakan ketika menggeledah kapal menggunakan bendera Singapura…

Teruskan Membaca

Sri Mulyani Diiktiraf Menteri Kewangan Terbaik Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati menerima anugerah sebagai Menteri Terbaik Dunia oleh pemimpin Dubai, Sheikh Mohammad bin Rashid Al Maktoum pada acara Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), pada Ahad (11 Februari). Menerusi sebuah entri di dalam akaun Instagram miliknya, @smindrawati, beliau menceritakan tentang anugerah yang diberikan setiap tahun…

Teruskan Membaca

Tertekan Dengan Permintaan 3 Isteri, Suami Bunuh Diri

in Jenayah/Utama & Sensasi

BAHANA kahwin tiga, seorang lelaki akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah dikatakan tertekan dengan permintaan isteri-isterinya. Dalam kejadian pagi Khamis lalu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Mahyudin, 36, ditemui tergantung di rumahnya di Ciledug, Tangerang, dekat Jakarta, Indonesia. Ketua Polis Ciledug, Supiyanto, berkata mayat Mahyudin ditemui tergantung bersama kain tudung di loteng rumah oleh…

Teruskan Membaca

27 Maut Kemalangan Bas Di Indonesia

in Utama & Sensasi

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan 16 lagi cedera apabila sebuah bas membawa pelancong tempatan terbabit dalam kemalangan di Pulau Jawa, Indonesia, menurut polis, semalam. Kemalangan itu berlaku apabila bas yang membawa sekurang-kurangnya 40 penumpang melanggar sebuah motosikal ketika sedang turun bukit di kawasan Subang, wilayah Jawa Barat sehingga menyebabkan kenderaan itu tergolek beberapa…

Teruskan Membaca

Lapangan Terbang Baharu Tonjol Peradaban Jogjakarta

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JOGJAKARTA – Gabenor Jogjakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono X, mahu rekaan Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta Baharu (NYIA) di Kulon Progo menonjolkan elemen peradaban Jogyakarta, lapor agensi berita Indonesia Antara. “Saya harap budaya, sejarah dan tamadun di Jogjakarta akan ditampilkan dalam semangat rekaan di setiap ruang,” katanya selepas bertemu pengarah PT Angkasa Pura I di Pejabat…

Teruskan Membaca

Budak Argentina Dilarikan Bapa Ditemui Di Indonesia

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Anak perempuan seorang warga Argentina, Elizabeth Avalos, 27, yang dilaporkan hilang sejak tujuh bulan lalu akhirnya ditemui di Indonesia, semalam. Kanak-kanak tersebut, Alum Langone Avalos, 7, berjaya dikesan hasil maklumat yang diberikan oleh orang ramai selepas hebahan berhubung berita kehilangannya disiarkan oleh media sejak dua minggu lalu. Duta Argentina ke Malaysia, Manuel…

Teruskan Membaca

Kakitangan Hotel Dibuang Kerja Lepas Minta ‘Blow Job’

in Utama & Sensasi/Video Viral

VIDEO memaparkan seorang kakitangan sebuah hotel di Bali, Indonesia meminta pelanggannya melakukan ‘blow job’ atau seks oral sekiranya mahu baki wangnya dipulangkan telah mengundang kecaman hebat netizen di media sosial. Aneta Baker, berasal dari New Zealand memuat naik rakaman berdurasi lebih lapan minit, merakam perbualan bersama lelaki tempatan berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat,…

Teruskan Membaca

Homoseksual Gangguan Mental Di Indonesia

in Utama & Sensasi

AMALAN toleransi dilihat semakin mundur di Indonesia apabila kementerian kesihatannya pada Jumaat memberitahu ia akan mengeluarkan garis panduan kesihatan yang mengklasifikasikan homoseksualiti sebagai gangguan mental. Bercakap kepada Efe News, pengarah Pencegahan dan Kawalan Masalah Mental kementerian itu berkata, menurut garis panduan badan pseudo-psikiatrik, komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berisiko mengalami gangguan mental berikutan…

Teruskan Membaca

Guru Mati Ditumbuk Pelajar Marah Pipi Diconteng

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia beberapa jam selepas ditumbuk pelajarnya ketika pembelajaran seni di sekolah, kelmarin. Menurut laporan media Indonesia, kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku selepas guru berkenaan, Budi Cahyono, menconteng pipi pelajar lelaki itu yang tidur dalam kelas dengan pewarna lukisan bagi mengejutkannya.…

Teruskan Membaca

Orang Utan Ditembak 17 Kali, Kepala Dipenggal

in Jenayah/Utama & Sensasi

DUA lelaki Indonesia telah ditahan selepas melepaskan 17 das tembakan ke atas seekor orang utan hingga mengakibatkannya mati. Mereka juga membiarkannya reput sebelum membuang bangkai orang utan itu ke dalam sungai, Lelaki terbabit yang merupakan penoreh getah mendakwa berbuat demikian sebagai mempertahankan diri dan mereka takut apabila orang utan itu berada di depan mereka. Mereka…

Teruskan Membaca

Video: “Pelacur Kau, Ambil Isteri Orang!”

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TULAR menerusi media sosial memaparkan rakaman dua wanita bergaduh di sebuah restoran sambil disaksikan oleh pelanggan lain yang tergamam melihat kejadian dramatik itu. Video insiden yang dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia itu menunjukkan, si isteri yang berbaju warna putih menyerang wanita berbaju hitam didakwanya sebagai pelacur konon cuba merampas suaminya. Lelaki berbaju hijau yang dipercayai…

Teruskan Membaca

Berharap Agar Mayat Dapat Hidup Semula

in Jenayah/Utama & Sensasi

BANDUNG – Sebuah keluarga sanggup hidup bersama mayat dua saudara yang sudah meninggal dunia dan mengeluarkan bau pelik, dengan harapan konon ia dapat hidup semula. Penemuan luar biasa itu berlaku apabila seorang pegawai perubatan yang membuat kunjungan rutin memaklumkan pihak berkuasa, Neneng Hatidjah, 77, enggan membenarkan doktor itu masuk ke dalam rumahnya. Apabila pihak berkuasa tempatan…

Teruskan Membaca

Video: Penumpang Wanita Mengamuk Payudara Diraba

in Jenayah/Utama & Sensasi

KALAU sudah gila seks, tak kira di mana jua asalkan ada peluang pasti mereka akan lakukannya. Individu seperti ini amat berbahaya dan harus dihukum. Baru-baru ini, seorang penumpang wanita bernasib malang apabila payudaranya diraba oleh seorang lelaki ketika tidur di dalam sebuah pesawat penerbangan di Indonesia. Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu itu, mangsa yang…

Teruskan Membaca

Video: Ngeri… Sang Bedal ‘Hantar’ Mayat Ke Pantai

in Utama & Sensasi

SEBAHAGIAN penduduk yang menetap di kawasan perairan pantai Nino, Nusa Tenggara Timur, Indonesia semalam digemparkan dengan satu kejadian aneh. Memetik portal Tribunew news, seekor buaya dikatakan telah ‘membantu’ bawa pulang seorang mayat lelaki yang dipercayai telah hilang sejak minggu lalu. Insiden pelik pada jam 7 pagi Sabtu itu disedari seorang nelayan yang ingin keluar menangkap…

Teruskan Membaca

Ribuan Anjing, Kucing Dibunuh Seminggu

in Jenayah/Utama & Sensasi

VIDEO mual dan ‘ngeri’ anjing dan haiwan eksotik lain dibunuh serta disalai dengan api bagi menanggalkan bulu di Indonesia, mencetuskan bantahan, terutama pertubuhan pencinta haiwan. Kumpulan Dog Meat-Free Indonesia berkempen mendesak kerajaan menutup pasar haiwan hidup yang berjaya membunuh ribuan anjing serta kucing pada setiap minggu. Video yang dirakam aktivis di pasar di Tomohon dan…

Teruskan Membaca

Kos Haji Jemaah Indonesia Naik Mulai Tahun Ini

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Kos mengerjakan haji bakal jemaah Indonesia meningkat kepada 35.8 juta rupiah tahun ini (kira-kira RM10,500), kata Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin. Beliau dipetik media tempatan memaklumkan bahawa mulai tahun 2017 lalu, kos mengerjakan haji ialah sebanyak 34,890,312 rupiah (RM10,257) tetapi tahun ini kos tersebut adalah sebanyak 35,790,982 rupiah (RM10,521). “Justeru berlaku peningkatan…

Teruskan Membaca

Akibat Dendam, Nelayan Bunuh Kawan Baik

in Terkini

AKIBAT dendam lama kerana isterinya dirampas, seorang lelaki nekad membunuh suami bekas isterinya itu ketika mereka berdua memancing ikan di Pulau Pisang, Kolaka, Sulawesi Tenggara. Lapor Tribunnews, suspek yang dikenali sebagai Sudir, 50 tahun dikatakan membunuh Suardi, 60 tahun menggunakan golok yang juga merupakan rakannya. Malah insiden itu pada mulanya berlaku apabila mangsa dikatakan melambai…

Teruskan Membaca

Fazura Dilamar Berlakon Filem Seram Indonesia

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki pujaannya, rezeki pelakon cantik manis Nur Fazura nampaknya lebih meluas. Fazura kini masih lagi sibuk menjalani penggambaran bagi filem The Legend Of PONTIANAK bersama dengan Remy Ishak, Nadia Aqilah dan ramai lagi pelakon lain. Filem baharu lakonan Fazura bersama dengan produksi dari seberang menerusi filem Ayat Ayat Cinta…

Teruskan Membaca

Terkejut Temui Ratusan Telefon Pintar Terapung

in Jenayah/Utama & Sensasi

ANEH… Penduduk di sebuah perkampungan di daerah Paritiga, Bangka Barat, Indonesia dikejutkan dengan penemuan ratusan telefon pintar yang terapung di perairan Teluk Limau. Insiden pelik itu dilaporkan berlaku pada 17 Januari lalu apabila ratusan telefon pintar daripada pelbagai jenama terkenal dijumpai beberapa nelayan tempatan ketika melakukan rutin harian mereka minggu lalu. Ia lantas membuatkan kawasan…

Teruskan Membaca

Pemuda Bertuala Selamatkan Diri Ketika Gempa Tular

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Video dan gambar seorang pemuda berusia 20-an yang hanya bertuala dan memegang berus gigi ketika kejadian gempa bumi berlaku di Jakarta semalam, tular di media sosial di Indonesia. Menerusi video itu, pemuda berkenaan memaklumkan dia berada di dalam bilik air sebelum terasa gegaran dan bertindak keluar dari apartmennya. Video dan gambar pemuda yang…

Teruskan Membaca

Video: Jurujual Parah Ditetak Sebab Casing Telefon

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Hanya kerana aksesori telefon, seorang jurujual wanita berusia 40-an parah selepas ditetak pelanggannya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Jakarta Barat, pada Sabtu lalu. Dalam kejadian ngeri kira-kira pukul 8.40 malam di Plaza Lokasari, Tamansari, mangsa iaitu Susiana Gautama, ditetak oleh suspek yang hanya dikenali sebagai Suwarno dengan menggunakan sebilah parang panjang. Kejadian…

Teruskan Membaca

Gempa 6.4 Skala Richter Di Sukabumi, Jakarta

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Gempa bumi berskala 6.4 pada skala Richter berlaku di wilayah Sukabumi, Jawa Barat pada Selasa, dan kesan gegarannya turut dirasai di ibu kota Indonesia. Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi itu yang berpusat di kira-kira 81 kilometer barat daya Lebak Banten, berlaku kira-kira 1.34 petang (2.34 petang waktu…

Teruskan Membaca

Pemandu Peribadi Racun, Cekik Majikan Hingga Mati

in Jenayah/Utama & Sensasi

BERHATIKAN syaitan, bertopengkan manusia… Itu saja ungkapan yang dapat menggambarkan perlakuan kejam dua individu di Ngawi, Indonesia yang bertindak meracun seorang wanita yang juga merupakan majikan mereka, Jumaat lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Sulasi, 53 tahun, merupakan janda kaya di kawasan itu diracun sebanyak dua kali sebelum dicekik sehingga mati setelah racun diberi tidak mendatangkan…

Teruskan Membaca

Pengantin Tinggal Pelamin, Peluk Bekas Kekasih

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GARA-GARA rakaman video menunjukkan dia memeluk bekas kekasih pada majlis perkahwinan sendiri menjadi tular, seorang lelaki di Indonesia serta merta menjadi terkenal. Nokies Febrianto, 20, melakukan adegan berani mati tersebut dengan spontan memeluk dan mencium mantan teman wanitanya, Novi yang ketika itu sedang menyanyi di hadapan ratusan tetamu. Dalam kejadian dramatik pada Rabu minggu lalu,…

Teruskan Membaca

Pawang Berjaya ‘Tumpaskan’ Buaya Putih gergasi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PENDUDUK di Desa Sukamandang, Kabupaten Seruyan, Kalimantan Tengah, digemparkan dengan penangkapan seekor buaya putih seberat lebih satu tan di Sungai Arut, beberapa hari lalu. Lapor Tribunews, buaya sepanjang lebih enam meter itu ditangkap hanya dengan menggunakan tali yang dijerut dengan bantuan penduduk dan seorang pawang buaya. Orang kampung juga turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama…

Teruskan Membaca

Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab…

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tjahjo Kumolo menggantung tugas bupati atau pegawai daerah untuk Kepulauan Talaud di Sulawesi Utara, iaitu Sri Wahyumi Maria Manalip. Tindakan disiplin itu terpaksa dilakukan bukan kerana wanita tersebut agak comel bergaya dengan fesyen menarik, namun didapati pernah pergi ke luar negeri bertemu pemimpin asing tanpa kebenaran rasmi pihak kementerian.…

Teruskan Membaca

Anjur Pesta Seks, ‘Geng Kunyit’ Dicekup Polis

in Jenayah/Utama & Sensasi

PADAH menganjurkan pesta seks sejenis di sebuah vila, sekumpulan ‘geng kunyit’ dicekup pihak berkuasa dalam satu serbuan yang dilakukan di wilayah Cianjur, Jawa Barat, lewat Sabtu lalu. Aktiviti sumbang mereka itu berjaya dikesan polis siber menerusi aplikasi Sembang LGBT susulan aduan orang ramai tidak tahan dengan aktiviti itu kerap dilakukan, termasuk membabitkan golongan bapa, guru…

Teruskan Membaca

Bursa Saham Indonesia Runtuh, Ramai Cedera

in Jenayah/Utama & Sensasi

GEMPAR… Orang ramai panik apabila satu aras di gedung Bursa Efek Indonesia (BEI) di Jakarta runtuh secara tiba-tiba jam 12 tengah hari (1 petang waktu Malaysia) menyebabkan ramai cedera. Portal berita berpengaruh tempatan, Kompas.com melaporkan di lokasi bahawa halaman kompleks bursa saham tersebut dipenuhi ramai mangsa yang sedang mendapatkan rawatan kecemasan daripada petugas paramedik. Media tempatan turut…

Teruskan Membaca

Video: Serupa Tapi Tak Sama, Eh! Buah Apa Tu?

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TIDAK kira di mana, sesiapa saja pasti menggemari durian yang dianggap raja dalam kalangan buah-buahan. Keenakan menikmati durian memang sukar digambarkan dengan kata-kata dan jika anda pandai memilih durian, sudah tentu tidak kecewa dengan rasanya. Namun mungkin ramai yang tidak tahu buah eksotik ini sebenarnya mempunyai pelbagai jenis baka yang ditanam di seluruh dunia. Menjadikan…

Teruskan Membaca

Video: Mat Motor ‘Drive Thru’ Raba Buah Dada

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Amat malang nasib seorang pejalan kaki wanita di Depok, wilayah Jawa Barat, apabila buah dadanya diraba secara tiba-tiba oleh seorang penunggang motosikal, pada Khamis lalu. Insiden mengejutkan itu namun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 2.29 petang di Jalan Kuningan Datuk, iaitu lorong sempit di jalan utama bandar raya dekat Margonda…

Teruskan Membaca

Geram Punya Pasal, Pekerja Bunuh Majikan Sekeluarga

in Jenayah/Utama & Sensasi

BERANG sering dimarahi majikan, seorang pekerja kedai runcit bertindak di luar dugaan apabila membunuh secara kejam keluarga majikannya termasuk seorang anak kecil berusia lapan tahun. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Jumaat dua minggu lalu, Ridwan membunuh majikannya, Tjisun, 45, dan isterinya, Minarni, 40, serta anak mereka, Callietos Ng di kediaman mangsa di Kecamatan Kuta Alam,…

Teruskan Membaca

Si Kecil Maut Kerana Hidu Asap Rokok Di Majlis Akikah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEPASANG suami isteri mengalami pengalaman cukup perit apabila bayi mereka yang berusia sebulan meninggal dunia kesan daripada menghidu asap rokok tetamu pada majlis aqiqahnya. Menceritakan kisah pilu itu di laman Facebook, Fitria Indah Lestari atau Indah menerusi Facebook berkata pada 17 Julai 2017 dia sekeluarga mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah untuk anak lelakinya, Muhammad…

Teruskan Membaca

Maut Ditikam Isteri Ketika ‘Goyang’ Adik Ipar

in Jenayah/Utama & Sensasi

PADAH menimpa seorang lelaki di Indonesia apabila dibunuh oleh isterinya ketika sedang asyik melakukan hubungan seks dengan adik iparnya sendiri. Dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sekata, Medan, Sumatera Utara, Khamis lalu, mangsa dikenali sebagai Hendra, 34, maut akibat ditikam di bahagian kemaluan menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya, Hajijah, 32. Lapor portal Pos…

Teruskan Membaca

Aksi Terlampau Murid Bawah Umur, Polis Buru Suspek

in Jenayah/Utama & Sensasi

GEJALA pornografi melibatkan kanak-kanak sekali lagi terjadi di Indonesia apabila tersebarnya dua video adegan ranjang dua murid lelaki sebuah sekolah rendah dengan seorang wanita dewasa. Menurut laporan dipetik daripada portal Detik.com, salah satu video yang tersebar itu menunjukkan seorang wanita turut memiliki tatu di paha kirinya telah melakukan hubungan seks bersama dengan seorang kanak-kanak lelaki.…

Teruskan Membaca

1 2 3 19
Go to Top