SATU PERUBAHAN

Tag archive

kemalangan maut

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Babit 4 Kereta

in Terkini

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 36, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya, dekat sini, petang semalam. Edil Azhar Abdul Rahman @ Mohamed, 39, dan isterinya Noraziah Mohamad Ali, 36, yang meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan itu difahamkan sedang dalam…

Teruskan Membaca

2 Lagi Maut Kemalangan Di Plaza Tol Batu Tiga

in Terkini

SHAH ALAM – Dua lagi pengguna Lebuhraya Persekutuan menjadi korban struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga, di sini apabila kereta yang dinaiki sepasang sahabat itu hilang kawalan dan merempuh tembok tol dalam kejadian 12.55 pagi tadi. Kemalangan maut akibat rempuhan tembok plaza tol itu adalah yang kedua di lokasi itu selepas kemalangan yang meragut nyawa…

Teruskan Membaca

4 Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Jalan Gerik-Jeli

in Terkini

GERIK – Empat maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 45.4 Jalan Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Banding di sini hari ini. Kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Nissan Frontier, Perodua Kenari dan Audi. Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata empat…

Teruskan Membaca

Mata Pisau Traktor Pemotong Rumput Ditemui

in Jenayah/Utama & Sensasi

TAMPIN – Sebilah mata traktor pemotong rumput yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Dua di padang SMK Tuanku Abdul Rahman di sini ditemukan kira-kira 300 meter dari mesin tersebut. Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Hamazah Abd Razak berkata, pasukan polis forensik menemukan objek itu selepas tiga jam insiden menyayat hati tersebut berlaku. “Kami sudah menghantar bilah…

Teruskan Membaca

Pemandu Lori Tangki Minyak Maut Dalam Nahas Di Paitan

in Terkini

BELURAN – Seorang pemandu lori tangki minyak maut selepas lori dipandunya terbalik dalam nahas jalan raya di Kilometer 150 Jalan Beluran-Paitan, hari ini. Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Lee Nyuk Fook, 53, dari Sandakan mati di tempat kejadian, manakala kelindannya Rumih bin Yosep, 18, patah kaki kiri. Shivanathan berkata…

Teruskan Membaca

2 Penunggang Motosikal Maut Nahas 3 Kenderaan

in Terkini

JOHOR BAHRU – Dua penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Felda Ulu Belitong, dekat Kluang, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata pada kejadian 8.30 malam itu, motosikal ditunggang Md Rizel Sanip, 39, dan kereta jenis Myvi dipandu Norhisyam Muhamad, 29, sedang dari arah Kluang ke Kota Tinggi…

Teruskan Membaca

Penunggang Basikal Maut Diseret Kereta

in Terkini

SITIAWAN – Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dan diseret hampir 100 meter (m) dalam kemalangan di Simpang Tiga, Pekan Gurney di sini, malam tadi. Dalam insiden jam 9.50 malam, mangsa dikenali sebagai Alam Hashim, maut di lokasi kejadian selepas basikal ditunggangnya dirempuh kenderaan itu. Difahamkan ketika kejadian, kereta…

Teruskan Membaca

Lelaki Maut, Remaja Parah Motosikal Tembung Lori

in Terkini

RANAU – Seorang lelaki maut, manakala remaja perempuan parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori enam tan di Kilometer 109, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 2.30 pagi di Jambatan Tamu Liwagu, penunggang motosikal, Sofian Ahmin, 22, maut di tempat kejadian, manakala pembonceng berusia 15 tahun patah kaki…

Teruskan Membaca

Wanita Maut Kereta Masuk Laluan Bertentangan

in Utama & Sensasi

KOTA TINGGI – Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan Proton Persona di Kilometer 34, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, semalam. Dalam kejadian jam 8.45 pagi, Sim Lee Peng, 36, maut di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Persona, Fred Edin, 31, parah. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon…

Teruskan Membaca

Anggota Polis Maut Digilis Kenderaan Di Ipoh

in Terkini

IPOH – Seorang anggota polis digilis sebuah kenderaan selepas tercampak dari motosikal yang ditunggangnya di KM284.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, konstabel berumur 25 tahun yang berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Persekutuan Ipoh mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.…

Teruskan Membaca

2 Beranak Maut Motosikal Langgar Bas

in Terkini

JOHOR BAHRU – Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah bas dalam kejadian di Jalan Pantai Lido menghala Permas Jaya dekat, sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Shahurinain Jais berkata mereka yang dikenali sebagai K. Amaran, 42 dan anak lelakinya A.Pugalenthi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian…

Teruskan Membaca

Remaja Perempuan Maut Dalam Kemalangan

in Terkini

KOTA KINABALU – Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, dekat sini semalam. Mangsa Nabila Jimos, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kemalangan kira-kira 5 petang semalam. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa yang duduk di sebelah…

Teruskan Membaca

2 Maut Kemalangan Di KM122 Jalan Jerangau-Jabor

in Terkini

KEMAMAN – Dua beranak maut dalam satu kemalangan di kilometer 122, Jalan Jerangau-Jabor, Kampung Padang Kubu selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di sini, tengah hari tadi. Dalam kemalangan itu, mangsa yang dikenali sebagai Norhayati Ali, 55, dan anak perempuannya, Nur Dini Syaqirah Abu Seman, 21, disahkan meninggal dunia di tempat…

Teruskan Membaca

Pemandu, Kelindan Maut Kenderaan Rempuh Belakang Lori

in Terkini

KUANTAN – Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepos kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 95.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata dalam kejadian 1 pagi itu, Abdul Rahman Mohammad, 30, yang memandu lori itu dan Zulfirdaus Othman, 27, maut di tempat…

Teruskan Membaca

Guru Maut, 2 Parah Dalam Kemalangan Di Telupid

in Terkini

BELURAN – Seorang guru maut dan dua yang lain parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua kereta di Km17, Jalan Telupid-Beluran malam tadi. Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata dalam kejadian kira-kira 7.19 malam itu, guru dikenal pasti sebagai Avloure Andrew Alex, 29, maut di tempat kejadian. Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum…

Teruskan Membaca

Dua Warga Asing Maut Kemalangan Di Kota Kinabalu

in Terkini

KOTA KINABALU – Dua lelaki warga asing maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Kolam berhampiran lampu isyarat Bukit Padang, dekat sini kira-kira 4.30 pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Supt George Abd Rakman berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun, seorang maut di lokasi kejadian…

Teruskan Membaca

Warga Emas Maut, Kereta Rempuh Tembok Pagar

in Terkini

SITIAWAN – Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Taman Seri Sentosa, Ayer Tawar, di sini malam tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Wong Sam, 75, dari Taman Sri Indah, Ayer Tawar, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. Ketua Polis Daerah Manjung…

Teruskan Membaca

Penunggang Motosikal Warga Malaysia Maut

in Terkini

PHATTALUNG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Petchakasem antara Hatyai dan wilayah Phattalung di selatan Thailand hari ini. Dalam kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan tadi, mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon,…

Teruskan Membaca

2 Sahabat Maut Kereta Rempuh Plaza Tol Batu 3

in Terkini

SHAH ALAM – Dua sahabat maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh tembok Plaza Tol Batu Tiga, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada 6.36 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, dan Norsya’Baniah Norhisham, 20. “Pemandu…

Teruskan Membaca

Anggota Polis Maut Kereta Dipandu Terbabas

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran susur Istana Lama di sini, tengah malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Low Nyuk Chian, 54, dipercayai memandu kereta dari Ibu…

Teruskan Membaca

Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan

in Terkini

KINABATANGAN – Seorang anggota polis yang berkhidmat di Pasukan Gerakan Am Lahad Datu maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas di jalan berselekoh dan melanggar tebing parit di Kilometer 122 Jalan Sandakan-Lahad Datu dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan A Sahak Rahmat berkata dalam kejadian 8.15 malam itu mangsa Amrishal Amat,35, yang memandu…

Teruskan Membaca

Lelaki Rentung Kereta Dipandu Terbakar

in Terkini

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Km 41.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Kulai, pagi tadi. Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Muhammad Rusdi Yakob, 29, namun, identiti sebenar belum dapat disahkan berikutan dokumen pengenalan dirinya gagal diperoleh akibat kenderaan yang terbakar keseluruhan. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi…

Teruskan Membaca

Kemalangan Maut: JKKP Keluarkan Notis Larangan Projek

in Terkini

KUCHING – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan notis larangan ke atas projek pembinaan saliran air ribut di Jalan Tun Abang Haji Openg ​​​​​, di sini semalam. Dalam satu kenyataan hari ini JKKP berkata notis larangan itu dikeluarkan selepas siasatan yang dijalankan selepas insiden kematian seorang penunggang motosikal di lokasi projek mendapati projek…

Teruskan Membaca

Penunggang Motosikal Maut Jatuh Lubang

in Utama & Sensasi

KUCHING – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara di Padang Merdeka di sini pagi tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.23 pagi sebelum sepasukan 13 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan ambulans…

Teruskan Membaca

‘Syukur Sempat Mandi, Kafankan Anak’

in Utama & Sensasi

CHUKAI – “Walaupun sedih, saya dan isteri tetap bersyukur sempat balik untuk memandi dan kafankan jenazah anak kami,” Wan Mohd Kamaruzaman Wan Muhamad, bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, semalam. Wan Mohd Kamaruzaman, 56, berkata, dia dan isteri, Rosnani Ibrahim, 53, langsung tidak menyangka dugaan berat itu menimpa ketika mereka…

Teruskan Membaca

Nahas Tiga Beradik: Ibu Bapa Pulang Ke Tanah Air

in Slider/Utama & Sensasi

KUANTAN – Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran  Kampung Batu Putih di sini, akan kembali ke tanah air hari ini untuk urusan pengebumian insan tersayang mereka. Seorang daripada saudara mangsa kemalangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Basir, berkata berita pemergian tiga beradik itu disampaikan oleh ejen pengurusan umrah yang disertai anggota keluarga mangsa. “Saya difahamkan berita…

Teruskan Membaca

Tiga Beradik Maut MPV Terbabas Ke Dalam Parit

in Terkini

KUANTAN – Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Batu Putih di sini, hari ini. Mereka yang terkorban dalam kemalangan pada kira-kira 5.45 pagi itu ialah Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Muhammad Mahathir…

Teruskan Membaca

Dua Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Di Setiu

in Terkini

SETIU – Dua pemuda maut dan tiga cedera dalam kemalangan di Kampung Saujana, kilometer 68 Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Setiu Supt Zulkifli Mat Deris berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 9.15 malam tadi itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna dan dua motosikal. “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku…

Teruskan Membaca

Seorang Maut Kenderaan 4WD Dinaiki Terbabas

in Terkini

KOTA KINABALU – Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Marintaman, Empire Emas Marketing 2, Sipitang, kira-kira 144 kilometer dari sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Nccrownley Kosmas (umur tidak diketahui) manakala mangsa yang cedera ialah Mcneely…

Teruskan Membaca

2 Rentung, Kemalangan Kereta Dengan Lori

in Terkini

PEMANDU dan penumpang kereta rentung selepas terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 202.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh 10.55 malam semalam. Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khushairy Deraman berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan rentung dan tersepit di dalam kereta selepas api berjaya dipadamkan.…

Teruskan Membaca

Dua Maut Motosikal Bertembung Di Kuala Nerang

in Terkini

KUALA NERANG – Dua penunggang maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dalam kejadian di Kilometer 16.2 Jalan Kuala Nerang-Pedu, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris berkata, kejadian pada 7.20 malam itu membabitkan mangsa seorang pelajar tingkatan tiga, Mohamad Aiman Mohd Yusof, 15, dari Kampung Lebai Saman dan Nor…

Teruskan Membaca

Ciuman Berulang Kali Anak Maut Nahas Kekal Di Ingatan

in Terkini

PARIT – Seorang ibu tidak menyangka ciuman berulang kali anaknya Sabtu lalu adalah yang terakhir dan tidak mungkin dilupakan, demikian luahan hati Aminah Jabil, 65, ibu seorang daripada mangsa kemalangan di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali dekat sini, pagi tadi. Aminah merupakan ibu kepada Norhaslina Abdul Razak, 27 yang maut bersama suaminya…

Teruskan Membaca

Pemandu, Kelindan Lori Nahas Maut Positif Dadah

in Jenayah/Terkini

PARIT – Pemandu dan kelindan lori terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pegawai khas Exco Perak, isteri dan adiknya di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali pagi tadi, positif dadah, menurut polis. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata hasil ujian urin mendapati kedua-duanya yang berumur 25 dan 27 tahun positif…

Teruskan Membaca

Keletah Ajwad Tak Mungkin Dilupakan – Bapa Saudara

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEGAMAT – “Ajwad nak mainan, Ajwad nak mainan,” keletah dan kata-kata yang sering diucapkan Muhammad Abu Ajwad Muhamad Abu Dujannah, 4, tidak akan dapat dilupakan bapa saudaranya Nizammuddin Dzulkarnain, 31, buat selama-lamanya. Muhammad Abu Ajwad meninggal dunia bersama-sama bapanya Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30, ibunya Zinnirah Abdul Hamid, 28, serta dua beradik lain Nur Maghfirah,…

Teruskan Membaca

Pegawai Khas Exco Perak Dan Isteri Maut Kemalangan

in Terkini

PARIT – Seorang pegawai khas kepada Exco Perak, isteri serta adiknya maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Bota di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin,35, pegawai khas kepada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur,…

Teruskan Membaca

Jenazah 5 Sekeluarga Maut Kemalangan Dituntut Keluarga

in Terkini

SEGAMAT – Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di sini petang semalam dituntut oleh anggota keluarga di Hospital Segamat di sini pada kira-kira 10.50 pagi ini. Nizamuddin Dzulkarnain, 31, berkata jenazah adiknya Muhamad Abu Dujanah, 30; serta adik iparnya Zinnirah Abdul Hamid, 28; serta tiga anak mereka Nur Maghfirah, 6; Muhammad Abu Ajwad, 4,…

Teruskan Membaca

5 Maut Nahas Bas Ekspres, Kereta Di Jalan Segamat

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Lima dipercayai sekeluarga yang menaiki Perodua Viva maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan persimpangan Melayu Raya, Jalan Segamat, Labis, lewat petang ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Aizad Mamat berkata seorang bayi lelaki yang turut berada di dalam Perodua Viva itu bagaimanapun…

Teruskan Membaca

Bapa 3 Mangsa Kemalangan Meninggal Dunia

in Utama & Sensasi

TAIPING – Ayah kepada tiga beradik yang terkorban dalam kemalangan lima kenderaan di Lenggong Ahad lalu meninggal dunia, awal pagi tadi. Anak sulung mangsa, Muhammad Hafiz Ismail, 27, berkata bapanya Ismail Yaacob, 53, menghembuskan terakhir kira-kira 1.40 pagi tadi di Hospital Taiping, di sini. “Saya berada di sisi arwah ayah pada saat akhir dan sempat…

Teruskan Membaca

2 Remaja Maut Tunggang Motosikal Lawan Arus

in Terkini

KANGAR – Dua remaja lelaki maut dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis berhampiran jambatan Utan Aji dekat sini, malam tadi. Mangsa, Muhammad Danial Syukur Yusri, 13, dan Muhammad Alif Asyraf Sebdil, 16, maut di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak ke atas jalan, manakala kereta jenis Honda City yang…

Teruskan Membaca

3 Maut Nahas Dekat MSRM Lenggong

in Terkini

LENGGONG – Tiga maut dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, jam 11 pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, enam mangsa terbabit dalam kemalangan itu dan tiga daripadanya meninggal dunia di lokasi…

Teruskan Membaca

1 2 3 25
Go to Top