SATU PERUBAHAN

Tag archive

kemalangan

8 Kenderaan Kemalangan, ‘Hujan Durian’ Atas Jalan

in Jenayah/Utama & Sensasi

NAHAS membabitkan lapan buah kenderaan menyebabkan durian dibawa sebuah lori bertaburan di atas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Bahat, Johor semalam. Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi itu melibatkan lapan buah kenderaan datang dari arah Batu Pahat menghala Yong Peng termasuk lori yang membawa muatan kayu dan durian itu. Ketua…

Teruskan Membaca

Enam Cedera Kemalangan Libatkan 17 Kenderaan

in Terkini

ALOR SETAR – Enam cedera dalam kemalangan membabitkan deretan 17 kenderaan selepas dirempuh lori pasir yang breknya dipercayai gagal berfungsi di persimpangan lampu isyarat di Pekan Simpang Kuala di sini, petang ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Firdaus Isa berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira 4 petang…

Teruskan Membaca

Kemalangan 8 Kenderaan Di Jambatan P.Pinang

in Utama & Sensasi

SEKURANG-KURANGNYA lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan bertembung sesama sendiri di kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Prai, semalam. Antara kenderaan yang terlibat dalam insiden yang berlaku 3.35 pagi itu termasuklah lori tunda dan pacuan empat roda Toyota Hilux polis bantuan. Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, punca kemalangan…

Teruskan Membaca

Video: Remaja Melambung Lepas Lintas Melulu

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SUKA membelok tanpa melihat ke kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Begitulah nasib malang yang menimpa dua remaja perempuan apabila dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Menerusi perkongsian video di laman Facebook, kelihatan dua remaja perempuan itu…

Teruskan Membaca

Video: Lelaki Meraung Seret Mayat Kekasih…

in Utama & Sensasi/Video Viral

TRAGIS… Seorang lelaki tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu meratap menyalahkan dirinya apabila gadis yang dicintainya maut dalam satu kemalangan jalan raya. Dalam kejadian petang Isnin itu, mangsa yang membonceng bersama teman lelakinya dirempuh sebuah lori ketika menyeberangi persimpangan lampu isyarat di Desa Carima, Kecamatan Kahu, Jakarta. Video insiden kejadian terbabit malah menjadi tular sehingga…

Teruskan Membaca

Tengah Solat Jenazah, Tiba-Tiba Mangsa Muncul

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KELUARGA dan orang ramai di sebuah kampung di Indonesia gempar apabila seorang warga emas yang disangkakan sudah meninggal dunia tiba-tiba muncul ketika solat jenazah hendak dijalankan. Kejadian yang berlaku di Magelang, Wilayah Jawa Tengah itu menyaksikan suasana yang pada mulanya hiba bertukar menjadi gembira apabila keluarga Suharto melihat warga emas berusia 68 tahun itu masih…

Teruskan Membaca

Motosikal Buat Hal, Lori Kargo Tanggung Akibat

in Terkini

SEBUAH lori kargo kemalangan terjunam ke dalam Sungai Kerayong, ibu kota gara-gara mengelak sebuah motosikal masuk ke laluan bertentangan. Insiden tersebut berlaku ketika kedua-dua kenderaan bertembung di atas jambatan Jalan Lima, Chan Sow Lin kira-kira jam 9.15 pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian…

Teruskan Membaca

Kemalangan 4 Buah Kenderaan, 13 Cedera

in Jenayah/Utama & Sensasi

SIMPANG AMPAT – Sebuah kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan telah mengakibatkan 13 orang cedera di Kilometer 148.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Tambun, Simpang Ampat, Pulau Pinang, di sini, hari ini. Memetik portal berita tempatan, kejadian yang berlaku pada jam 8.50 pagi tadi ketika cuaca hujan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Ssang Yong,…

Teruskan Membaca

Pemandu Cuai, Bumbung Bas Kena ‘Sagat’

in Utama & Sensasi

KESILAPAN dan kecuaian seorang pemandu bas mengundang padah apabila bas ekspres dua tingkat yang dipandunya rosak teruk ketika melalui laluan bawah jejambat di Jalan Tun H S Lee menghala ke Lebuhraya Persekutuan. Ketika kejadian bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jalan Tun H S Lee menghala ke Jalan Duta pada jam 6.10 petang semalam, lapor…

Teruskan Membaca

Pelajar Maut, 2 Polis Cedera Dirempuh Lori

in Jenayah/Utama & Sensasi

TAIPING – Seorang pelajar sebuah kolej swasta maut manakala dua anggota polis cedera akibat dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan di Kilometer 223.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, dua anggota polis Koperal Khairul Zulhamie Mat Deris, 29,…

Teruskan Membaca

Kereta Api Rempuh Bas Sekolah 11 Maut, 7 Parah

in Utama & Sensasi

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut manakala tujuh lagi cedera parah pada Khamis selepas sebuah kereta api merempuh bas sekolah mereka di lintasan kereta api tidak berpagar di negeri Uttar Pradesh yang terletak di utara India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis. Nahas itu berlaku di Behpurva dalam daerah Kushinagar, kira-kira 323…

Teruskan Membaca

“Habis… Semua Motosikal Kena Sapu”

in Utama & Sensasi

LEBIH 10 motosikal yang berhenti di bahu jalan jejambat kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan telah dirempuh tanpa belas kasihan sekitar jam 2 petang semalam. Kejadian tersebut dipercayai membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah Perodua Axia terbabas ke tepi jalan merempuh sebanyak 12 buah motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi yang berhenti berteduh di bawah jejambat ketika…

Teruskan Membaca

Lembu Tak Bertuan Nahas, Sempat Disembelih

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEEKOR lembu yang dipercayai tidak bertuan telah dilanggar sehingga melambung namun sempat disembelih oleh penduduk Felda Selendang, Kuala Rompin, Pahang di lokasi kejadian semalam. Menurut seorang penduduk, Adnan Mohamad, 30, ada seorang kawannya yang menghubungi untuk datang segera ke tempat kejadian dengan membawa alatan pisau untuk menyembelih lembu seberat 300 kilogram itu. “Ketika saya sampai…

Teruskan Membaca

“Kau Yang Makan Jalan, Lepas Tu Kau Fitnah Kami”

in Jenayah/Utama & Sensasi

TULAR di media sosial rakaman dashcam sebuah kereta pacuan empat roda ‘menghentam’ kereta yang dinaiki sebuah keluarga sehingga mengakibatkan kecederaan parah buat dua warga emas. Manakala seorang lelaki dan anaknya yang juga berada di dalam kereta yang sama turut mengalamai kecederaan dalam kemalangan yang berlaku pada petang Khamis itu di Changkat Jering, Taiping, Perak. Dakwa…

Teruskan Membaca

Video: Padah Tunjuk Hebat Buat Aksi ‘Superman’

in Utama & Sensasi/Video Viral

AKSI ‘superman’ yang dipersembahkan seorang penunggang motosikal ini akhirnya memakan diri apabila terjatuh dan terseret beberapa meter di tengah jalan raya. Dalam kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasinya itu, rakaman video amatur yang dirakam dari dua rakannya itu menunjukkan mangsa pada awalnya melakukan aksi berbahaya berkenaan sambil motosikalnya dipandu laju di lorong kanan. Entah…

Teruskan Membaca

Video: ‘Anjing’ Ini Yang Langgar Pakcik Saya…

in Jenayah/Utama & Sensasi

KES langgar lari seperti tiada berkesudahan dan terima kasih kepada rakaman kamera litar tetutup (CCTV), kini lebih banyak bukti insiden kejadian itu berjaya direkodkan. Terbaharu, rakaman video menunjukkan tindakan seorang pemandu kereta yang terus ‘cabut’ melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal tersebar di media sosial. Menurut Syed Shafiq Al-Qadri, insiden terbabit berlaku pada awal…

Teruskan Membaca

Video: Musibat Punya Perangai Pemandu!

in Utama & Sensasi/Video Viral

GARA-GARA sebuah kereta berhenti mengejut di lebuhraya, dua buah lori treler mengalami kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku. Dalam kejadian yang berlaku pada 14 Mac lalu di Lebuhraya Changchun-Shenzen di wilayah Zhejiang, China, insiden cemas yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan pemandu kereta sedan terbabit berhenti secara tiba-tiba hanya kerana mahu memasuki susur keluar ke kanan.…

Teruskan Membaca

16 Pelancong China Cedera Bas Langgar Kereta

in Jenayah/Terkini

BENTONG – Dua puluh tiga penumpang termasuk 16 pelancong warga China cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 17.1 Jalan Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur, malam ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata kemalangan berlaku pada 7.24 malam ketika kedua-dua kenderaan itu dalam…

Teruskan Membaca

3 Bersaudara Parah, Kereta Dinaiki Rempuh Treler

in Terkini

SEREMBAN – Tiga bersaudara cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah treler di Km224.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, pemandu Zulkifly Ahmad, 37, penumpang depan Khairiah Abdullah, 47, dan penumpang belakang…

Teruskan Membaca

Dua Maut, Enam Cedera Van Pekerja Terbabas

in Terkini

KUANTAN – Dua warga Bangladesh maut manakala enam termasuk pemandu warga tempatan cedera selepas van pekerja dinaiki mereka terbabas di Km121.4 Lebuhraya Pantai Timur 1, arah Kuantan di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata setakat ini hanya seorang mangsa yang maut dikenal pasti iaitu Hossain Forhad, 36, yang merupakan pekerja…

Teruskan Membaca

Pemandu Rentung Kereta Meletup, Terbabas

in Terkini

JITRA – Seorang pemandu Nissan Sentra rentung apabila kereta dipandunya mengalami letupan dan terbabas ke bahu kiri jalan dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Bukit Kayu Hitam, pagi tadi. Mangsa, dikatakan sedang menghala ke Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail…

Teruskan Membaca

Pegawai Polis Nyaris Maut Kereta Dihempap

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya dipercayai dihempap muatan tanah yang dibawa sebuah lori yang terbalik di persimpangan Bukit Jalil-Puchong, di sini, pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkely Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira 10 pagi. Beliau berkata…

Teruskan Membaca

Video: Tersilap Masuk Gear, Ibu Rempuh Bayi Sendiri

in Utama & Sensasi/Video Viral

SEJAK semalam, rakaman video dashcam menunjukkan sebuah kereta mengundur laju sehingga merempuh bayi di dalam stroller di sebuah pusat beli belah telah menjadi tular di media sosial. Difahamkan, kejadian itu berlaku pada September 2016 namun disebarkan semula untuk peringatan semua pemandu khususnya golongan wanita agar berhati-hati dan tidak mengulangi kecuaian seperti yang berlaku. Menerusi rakaman,…

Teruskan Membaca

Dua Beradik Maut Motosikal Langgar 4WD

in Terkini

KOTA SAMARAHAN – Dua beradik maut apabila motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), di Jalan Datuk Mohamad Musa, di sini pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata penunggang motosikal Ronaldo Savio Nyigot, 23, maut di tempat kejadian sementara kakaknya Christina…

Teruskan Membaca

Lori Tangki Minyak Sawit Hilang Kawalan Terbalik

in Terkini

SEREMBAN – Seorang pemandu lori menghadapi detik cemas selepas lori yang dipandunya dengan muatan 25,000 liter minyak kelapa sawit hilang kawalan lalu terbalik di selekoh​​​​​​ Jalan Paroi-Senawang, di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Nurazhim Mohd Shah berkata kemalangan pada 12.16 tengah hari itu turut menyebabkan tumpahan kira-kira 10,000 liter minyak di…

Teruskan Membaca

Video: “Buat-Buat Terlanggar Ya… Kau Tunggu!”

in Utama & Sensasi/Video Viral

INI makan dia… Seorang penunggang motosikal terima padah apabila tindakannya yang sengaja mencetuskan kemalangan kecil membawa kepada kemalangan yang lebih serius ekoran cuban melarikan diri dari mangsanya. Insiden dramatik itu dirakam dashcam kenderaan mangsa pada jam 7.52 pagi, Khamis lalu di Guangzhou, China, sebelum ia menjadi tular menerusi laman sosial Weibo. Menerusi video, mangsa yang…

Teruskan Membaca

Kemalangan: Trafik Perlahan Dari Tol Ipoh Ke K.Kangsar

in Terkini

IPOH — Aliran trafik perlahan dari Plaza Tol Ipoh arah utara ke Kuala Kangsar petang ini akibat kemalangan membabitkan sebuah lori simen dan menyebabkan diesel tumpah akibat tangki minyak bocor. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kemalangan yang berlaku di Km 258.3 iaitu dua kilometer dari terowong Menora kira-kira pukul 4.20 petang tadi, membabitkan lori simen…

Teruskan Membaca

Land Rover Terbabas, 7 Anggota Polis Cedera

in Terkini

KUALA LUMPUR – Tujuh anggota polis termasuk enam wanita cedera selepas kenderaan Land Rover yang mereka naiki terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ibu negara di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kenderaan itu yang dinaiki anggota berusia 20-an hingga 30-an dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul adalah dalam perjalanan ke Ibu…

Teruskan Membaca

Bas Jatuh Gaung Di Peru 7 Maut, 40 Cedera

in Terkini

LIMA – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala kira-kira 40 lagi cedera pada Rabu selepas sebuah bas terjunam ke gaung sedalam 100 meter di daerah Puquio dalam wilayah Lucanas di selatan Peru. Datuk bandar tempatan, Wilber Valverde, memaklumkan stesen radio Peru, RPP, bahawa nahas itu berlaku pada kira-kira 7 pagi Rabu. Menurut laporan stesen radio itu,…

Teruskan Membaca

Video: Ibu Dan Bayi Hampir Digilis Kereta!

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUS semangat… rakaman video memaparkan detik cemas seorang wanita dan bayinya yang hampir digilis sebuah kenderaan menjadi tular menerusi laman media sosial baru-baru ini. Insiden yang berlaku pada jam 5.42 petang Selasa di Jalan Kulim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dirakam seorang pemandu lain sebelum ia dikongsikan menerusi akaun Facebooknya. Menurut saksi kejadian, mangsa yang…

Teruskan Membaca

Mangsa Kemalangan ‘Hilang’: Kereta Ada, Mayat Tak Ada!

in Utama & Sensasi

KAJANG – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan mencetuskan tanda tanya orang ramai kerana individu yang menjadi pemandu atau penumpang kereta itu tidak berada di sekitar lokasi tersebut. Bagaimanapun, misteri itu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa kemalangan ditemui di belakang sebuah perhentian bas di Sekolah Rendah Agama Sri Kantan 3,…

Teruskan Membaca

Video Viral: Tak Beri Signal Punya Pasal…

in Utama & Sensasi/Video Viral

OLEH kerana kecuaian pemandu kereta, dua penunggang motosikal terpaksa menanggung akibatnya apabila dirempuh pemandu terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Kemuning Shah Alam, di sini, awal pagi tadi. Menerusi rakaman video pendek yang kini giat dikongsikan oleh netizen, insiden cemas yang berlaku kira-kira  jam 10 pagi itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer. Dapat diperhatikan…

Teruskan Membaca

Vokalis Putera Band, Haziq Terlibat Kemalangan

in Artis/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Putera Band, Muhammad Haziq Putera, dimasukkan ke Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori, hari ini. Jelas ibunya, Norhaslinda Ishak, Haziq terlibat dalam kemalangan ketika sedang keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal sebelum terlibat dengan kemalangan berdekatan kawasan kediaman mereka, di Setapak, di sini.…

Teruskan Membaca

Kereta Peronda Polis Terbabas Kejar Suspek

in Jenayah/Terkini

BAGAN SERAI – Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang mereka naiki terbabas setelah dihimpit sebuah kereta sewaktu adegan mengejar pencuri di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian 4.15 pagi, dua anggota polis berpangkat koperal telah menerima…

Teruskan Membaca

Sikap Prihatin Pasukan MU Perlu Dicontohi

in Gaya Hidup/Sukan/Terkini

MELAKA – Sikap prihatin barisan pemain dan pegawai pasukan Melaka United (MU) membantu mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Muar-Pagoh malam tadi perlu dicontohi bukan hanya warga sukan malah oleh semua pengguna jalan raya, Kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi. Beliau berkata kejadian tersebut berlaku ketika kereta yang dinaiki…

Teruskan Membaca

Bas Rombongan Pengantin Terbalik: 7 Maut, 24 Cedera

in Jenayah/Utama & Sensasi

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 24 lagi cedera, sebahagian daripadanya kritikal, dalam nahas membabitkan sebuah bas yang membawa rombongan pengantin di negeri Bihar di timur India pada Selasa. Nahas itu berlaku pada malam Isnin di Patna, ibu negeri Bihar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis. ‘’Nahas jalan raya di Kampung…

Teruskan Membaca

32 Penumpang Cemas, Bas Dinaiki Masuk Parit

in Terkini

JOHOR BAHRU – Tiga puluh dua penumpang bas berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Kilometer 17, Jalan Nitar-Mersing berhampiran Ladang Felda Nitar Timur, pada 12.35 tengah malam tadi. Bas dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun itu dilaporkan dalam perjalanan dari Melaka ke Mersing. Ketua Balai…

Teruskan Membaca

SPR: 2 Ahli Parlimen DAP, 7 Pengundi Gagal Merayu

in Politik/Terkini

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman. Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata tindakan SPR berhubung urusan persempadanan semula itu merupakan tindakan…

Teruskan Membaca

Terowong Menora: Aliran Trafik Kembali Lancar

in Terkini

IPOH – Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Kuala Kangsar kembali lancar selepas berlaku kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer (km) 261.4 Terowong Menora di PLUS arah Utara, pagi tadi. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 11.45 pagi itu menyebabkan kesesakan berlaku dari Ipoh hingga Kuala Kangsar sepanjang…

Teruskan Membaca

Sudahlah Kemalangan, ‘Kantoi’ Curang Pula

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEMALAM, satu perkongsian di laman Facebook ‘Penang Kini’ melaporkan tentang kemalangan yang berlaku di jalan Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai. Dalam insiden tersebut yang melibatkan empat orang mangsa, salah seorang daripadanya telah meninggal dunia. Sebanyak empat keping gambar kemalangan yang diambil oleh mereka yang berada di tempat kejadian yang turut menunjukkan empat keping kad pengenalan…

Teruskan Membaca

1 2 3 18
Go to Top