SATU PERUBAHAN

Tag archive

mahkamah

Masuk Malaysia Tanpa Pas Sah, 11 Etnik Uighur Didakwa

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seramai 11 etnik Uighur China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah. Zakaria Arman, Salehudin Ali, Jaefar Amin, Osman Abbas, Alim Osman, Asen Ziyali, Taher Kasim, Ibrahim Rexiti, Nurudin Muhammad, Abdul Kader dan Yusof Ahmed, yang kesemuanya berusia antara 20…

Teruskan Membaca

‘Datuk’, Rakan Didakwa Lagi Kes Perdaya Kos Bayaran

in Jenayah/Terkini

KAJANG – Baharu sahaja didakwa empat hari lepas di Mahkamah Selayang dekat sini bagi pertuduhan memperdaya sembilan individu berhubung kos bayaran pindah milik tanah yang tidak wujud, hari ini lelaki bergelar ‘Datuk’ dan seorang rakannya didakwa pula di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama. Datuk Nor Hasnal Hashmi, 49, dan Sayyid Walid Hasuana, 31,…

Teruskan Membaca

Kes Bakar Pusat Tahfiz: Lebih 50 Saksi Akan Dipanggil

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan memanggil lebih 50 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang ditetapkan pada 30 Mei di Mahkamah Tinggi di sini. Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memaklumkan demikian semasa sebutan semula kes itu di hadapan…

Teruskan Membaca

Pekerja Kilang Didakwa Tipu Tawaran Kontrak

in Jenayah/Terkini

MELAKA – Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menipu dengan menawarkan kontrak membekal beras yang tidak wujud melibatkan kerugian sebanyak RM100,000, dua tahun lepas. Ng Ngui Kee, 44, dari Kuching, Sarawak didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Ng Choon Wee, 54, di Public Bank…

Teruskan Membaca

Perbicaraan Bekas Pengarah & 3 Lagi Ditangguh Ke Mei

in Terkini

KOTA KINABALU – Perbicaraan kes pengubahan wang haram melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan tiga individu lagi ditangguhkan ke bulan depan. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak pendakwaan dan pembelaan menerima surat bertarikh 28 Mac daripada Mahkamah Sesyen di sini…

Teruskan Membaca

Kematian 2 Beranak Kejadian Tidak Dapat Dielak

in Terkini

KUANTAN – Mahkamah Koroner di sini hari ini, memutuskan kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 sebagai kejadian yang tidak dapat dielakkan. Koroner Dazuki Ali berkata penganjur perlumbaan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merancang perlumbaan dengan baik walaupun terdapat perubahan lokasi dan arah laluan perlumbaan di litar baharu di…

Teruskan Membaca

Nahas Duke: Kanak-Kanak Dipanggil Beri Keterangan

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada Mei 2015 untuk memberi keterangan di mahkamah sama ada mereka mahu tinggal bersama nenek mereka, Wirda Syamsuddin atau ibu saudara, Yusnidah Hussain. Dua kanak-kanak tersebut iaitu Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 10,…

Teruskan Membaca

Pengubahan Wang Haram: Pemilik Syarikat Didakwa

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat tekstil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan pengubahan wang haram, berjumlah RM300,000 tahun lepas. Bagi semua pertuduhan itu, M.Kumaraguru, 46, didakwa menerima wang berjumlah RM300,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun RHB Bank Berhad milik Mentari Maju Textiles yang tertuduh merupakan…

Teruskan Membaca

29 Mac Keputusan Inkues EIMARace 2016

in Jenayah/Terkini

KUANTAN – Keputusan inkues kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini akan diketahui pada 29 Mac ini. Hakim Mahkamah Sesyen Sazlina Safie menetapkan tarikh itu semasa kes disebut di hadapannya kerana Koroner Dazuki Ali yang mendengar prosiding inkues tersebut berkursus selama tiga hari…

Teruskan Membaca

Bekas Pentadbir Jualan Pecah Amanah Didakwa

in Terkini

PETALING JAYA – Seorang bekas pentadbir jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang milik majikannya berjumlah hampir RM13,000, Oktober tahun lalu. Siti Diyana Awang, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah. Ibu dua anak itu didakwa…

Teruskan Membaca

Waspada Sindiket Guna Nama Dan Logo Mahkamah

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA — Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) meminta orang ramai berwaspada terhadap kegiatan sindiket yang menghantar dokumen palsu secara rambang mendakwa mewakili mahkamah berkaitan kes saman dan pewarisan harta. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar berkata sindiket itu juga menggunakan nombor talian am mahkamah untuk menghubungi mangsa dengan mengatakan mereka berhutang…

Teruskan Membaca

Lelaki Didenda RM4,000 Tuduhan Alihkan Wang

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengalihkan wang berjumlah RM9,798.38 milik seorang konsultan teknologi maklumat, tahun lepas. Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairil Najmi Ahmad Puzi, 34, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadapnya. Dia didakwa dengan curangnya melakukan…

Teruskan Membaca

Lelaki Hadapi Pertuduhan Cuai Tembak Rakan

in Jenayah/Terkini

GERIK – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan dengan cuai melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang rakannya pada 18 Feb lalu. Tertuduh Mohd Fitri Osman, 26, yang bekerja sendiri mengangguk faham dan mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin. Mengikut pertuduhan, tertuduh melepaskan tembakan menggunakan…

Teruskan Membaca

Pemandu Lori Sebabkan Kematian Didakwa

in Jenayah/Utama & Sensasi

GERIK – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian empat sekeluarga di Km 31.3 Jalan Kuala Kangsar – Gerik di sini, pada 10 Disember lalu. Ketika dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin, tertuduh, Muhammad Readha Adenan, 25, bagaimanapun meminta untuk dibicarakan semula. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pemandu lori yang…

Teruskan Membaca

Bunuh 2 Beradik, 2 Lelaki Didakwa

in Jenayah/Terkini

PETALING JAYA – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh dua beradik dalam kejadian majlis sambutan hari jadi pada 11 Februari lalu. Pembantu stor, K. Pirabu, 33, dan pemandu lori, S. Thinagaran, 35, hanya mengangguk tanda faham selepas kedua-dua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Salamiah…

Teruskan Membaca

Mahkamah Batal Saman RM14 Bilion Puncak Niaga

in Jenayah/Utama & Sensasi

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dua yang lain hari ini berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman hampir RM14 bilion yang difailkan Puncak Niaga Holdings Bhd. (Puncak Niaga) berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir membenarkan permohonan Abdul Khalid…

Teruskan Membaca

3 Sekeluarga Didakwa Bekal Susu Bayi Tiruan

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Tiga sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membekalkan susu rumusan bayi yang menggunakan cap dagangan palsu, tahun lepas. Yap Kai Chai, 59, berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu satu kes bersama adik iparnya Ling Mei Nar, 42, dan dua kes bersama anak lelakinya, Yap Chang Hong, 26. Kesemua…

Teruskan Membaca

Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah Ambil Ganja

in Artis/Jenayah/Utama & Sensasi

PELAKON, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11-Nor Delta 9 Tetra Hydrocannobil) ke dalam badan pada 6 Februari lalu. Memetik laporan mStar Online, pelakon yang terkenal dengan tagline ‘Wa Kasi Sengat’ itu minta dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya pada Selasa.…

Teruskan Membaca

Rantai Anak: 15 Mac Tarikh Pengurusan Kes

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUANTAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mac depan sebagai tempoh akhir pengurusan kes penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang lehernya dirantai pada tong gas memasak Oktober tahun lalu. Hakim Datuk Unaizah Mohd membuat keputusan itu berikutan pihak pendakwaan masih belum mendapatkan laporan perubatan mangsa daripada Hospital Tengku Ampuan…

Teruskan Membaca

Mahkamah UK Kekal Waran Tangkap Assange

in Jenayah/Terkini

LONDON – Seorang hakim British mengekalkan waran tangkap ke atas pengasas WikiLeaks, Julian Assange semalam tetapi menangguhkan keputusan permohonan lanjut peguamnya untuk membatalkannya sehingga minggu depan. “Saya tidak yakin waran itu perlu ditarik balik,” kata Hakim Emma Arbuthnot memberitahu mahkamah di London. Arbuthnot menjelaskan, ini kerana Assange melanggar syarat jaminannya pada tahun 2012. Bagaimanapun permohonan…

Teruskan Membaca

Mahkamah: Ibu Didakwa Aniaya Anak Lelaki

in Terkini

MELAKA – Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya semasa anak lelakinya itu berumur lima tahun, sembilan tahun lepas. Tertuduh, 40, yang ditangkap semalam, didakwa melakukan penganiayaan itu dengan cara memukul anak kedua daripada empat beradik itu menggunakan rotan sehingga menyebabkan kecederaan…

Teruskan Membaca

Sivarasa Gagal Rujuk Isu Perlembagaan Ke Mahkamah

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan Anggota Parlimen Subang R.Sivarasa bagi merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan, berkaitan pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di laman Facebooknya, dua tahun lepas. Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas…

Teruskan Membaca

Pengarah Syarikat Didakwa Lupus Harta Syarikat

in Jenayah/Terkini

TAWAU – Seorang pengarah sebuah syarikat pembekal produk akuakultur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melupuskan sebahagian besar harta syarikat bernilai RM800,000 tanpa kebenaran syarikat. Wilfred Lee Vui Ming, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud. Mengikut kertas pertuduhan, Wilfred iaitu…

Teruskan Membaca

Pemerdagangan Manusia: Mahkamah Khas Kendali Kes

in Jenayah/Utama & Sensasi

BAGAN DATUK – Proses pendakwaan dan perbicaraan kes pemerdagangan manusia yang tertunggak dapat diselesaikan menerusi penubuhan mahkamah khas bagi mengendalikan isu tersebut tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata penubuhan mahkamah khas itu sangat penting untuk membuktikan keseriusan dalam membicarakan kes pemerdagangan manusia sama ada ia dilakukan oleh…

Teruskan Membaca

2 Lelaki Mengaku Tak Salah Urus Rumah Persundalan

in Jenayah/Terkini

KOTA KINABALU – Dua lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengurus rumah persundalan. Tay Leong Hee, 52, dan Tay Tian Chuan,45, dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 2, hotel Promenade, No.4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, kira-kira 8.44 malam, pada 23 Nov lalu. Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 373 (1)(a) Kanun…

Teruskan Membaca

Kes Bunuh Sepupu Disebut Semula 18 Januari Depan

in Jenayah/Terkini

TEMERLOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 18 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes melibatkan seorang pencuci kereta yang didakwa membunuh sepupunya di Taman Temerloh Makmur, di sini 21 Oktober lalu. Majistret Najwa Hashim menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar permohonan Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof bagi membolehkan laporan berkaitan kes termasuk…

Teruskan Membaca

Zurin Sekali Lagi Dituduh Tipu Pelanggan

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang pelanggannya hingga kerugian RM5,000, Mac lepas. Bagaimanapun, Zurina Ahmad Zundi, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias. Mengikut pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana…

Teruskan Membaca

Langgar Suami Isteri Hingga Maut, Denda RM7,000 Aje

in Utama & Sensasi

MEMANG diakui tiada siapa yang dapat menghalang kemalangan atau kecelakaan yang berlaku di atas jalan raya meskipun ia berpunca daripada kelalaian manusia sendiri. Namun wajarkan kesalahan yang dilakukan hanya diselesaikan dengan wang ringgit semata-mata? Kalau begitu fa’elnya, murah sungguhlah nyawa manusia ini kan… Baru-baru ini, seorang kontraktor hanya didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang atas kesalahan…

Teruskan Membaca

Drama ‘Sakit’ Speaker Cuba Tangguh Bicara

in Gaya Hidup/Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Bekas Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto sekali lagi berdrama di mahkamah semalam apabila cuba menangguhkan perbicaraannya bagi tuduhan rasuah. Tokoh politik tempatan itu memberi alasan konon terlalu lemah untuk meneruskan prosiding akibat cirit-birit, sekali gus mencetuskan cemuhan orang ramai. Kejadian itu yang terbaharu dalam beberapa siri ‘dramanya’ termasuk kecederaan akibat kemalangan sebelum ini…

Teruskan Membaca

2 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Sertai Abu Sayyaf

in Terkini

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan adik iparnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan masing-masing menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas berkenaan. Warga tempatan Hajar Abdul Mubin, 25, dan adik iparnya Abdul Syamir Dabilin, 25, rakyat Filipina, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke…

Teruskan Membaca

Frekuensi Radio: Peniaga Dihadap Ke Mahkamah

in Jenayah/Terkini

GEORGE TOWN – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyebabkan pancaran radio yang boleh menyebabkan frekuensi radio di sesuatu kawasan terganggu daripada alat komunikasi yang tidak standard dan tiga pertuduhan menggunakan alat kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui. Abdul Jabbar Mohamad Sulaiman, 57, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah…

Teruskan Membaca

2 Lelaki Samun Pengurus Kedai Antik Didakwa

in Terkini

KUALA LUMPUR – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan samun berkumpulan ke atas pengurus kedai barangan antik, awal bulan ini. Tai Kok Hoo, 43, dan Hasselhoff Nonis, 30, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan samun berkumpulan dengan melarikan mata wang lama dan setem lama milik…

Teruskan Membaca

2 Rakan Didakwa Merompak Warga Myanmar

in Terkini

KUALA LUMPUR – Dua rakan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga Myanmar pada bulan lepas. Nazri Abdullah, 28, dan Richard, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong. Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama tiga suspek yang masih bebas merompak telefon bimbit dan…

Teruskan Membaca

Tiga Beranak Mengaku Salah Dera Dua Beradik

in Jenayah/Terkini

TAIPING – Tiga beranak hari ini mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan kepada dua beradik di Selama sejak dua tahun lalu. Suri rumah Habibah Mat Desa, 44, serta dua anaknya, iaitu anak perempuan berusia 15 tahun dan anak lelaki berusia 16 tahun, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan…

Teruskan Membaca

Penulis Blog ‘Sang Kelembai’ Didakwa Kes Jelik

in Jenayah/Politik/Utama & Sensasi

KLANG – Penulis blog ‘Sang Kelembai’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya menggunakan aplikasi Facebook, Oktober tahun lepas. Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 65, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.…

Teruskan Membaca

Seramai 20 Lelaki Didakwa Anggota ‘Geng Pak Su’

in Jenayah/Terkini

ALOR SETAR – Seramai 20 lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Pak Su’, yang aktif dalam kegiatan penyeludupan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, antara 2015 hingga tahun ini. Kesemua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Amernudin Ahmad. Namun, tiada pengakuan direkodkan…

Teruskan Membaca

Mahkamah Majistret Beri Peluang Ibu Jatuh Hukuman Anak

in Terkini

  KOTA BHARU – Mahkamah Majistret Kota Bharu memberi peluang kepada seorang ibu untuk menjatuhkan hukuman terhadap anaknya hari ini. Majistret Nik Habri Muhamad memberi peluang itu kepada Rahimah Abdul Rahman, 52, sebagai pengajaran kepada anaknya, Adam Abdullah, 28, selepas tertuduh bertindak melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya dengan mengacukan sebilah gunting bermaksud hendak menakutkan mangsa.…

Teruskan Membaca

Jong Nam: Hari Ke-2 Masih Jadi Tumpuan Media

in Terkini

SHAH ALAM – Perbicaraan hari kedua, dua suspek wanita yang menghadapi pertuduhan membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan asing. Lebih 10 agensi pengamal media asing antaranya dari Korea Selatan, Korea Utara, Indonesia dan Jepun mendaftar di kaunter masuk khas di perkarangan…

Teruskan Membaca

Perbicaraan Kes Bunuh Jong-nam Bermula

in Jenayah/Terkini

SHAH ALAM – Dua wanita warga asing yang dituduh membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, kira-kira jam 8 pagi tadi. Tertuduh, warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, yang tiba dengan memakai baju-T berwarna hitam serta berseluar gelap termasuk vest hitam…

Teruskan Membaca

2 Remaja Didakwa Bunuh 21 Pelajar, 2 Guru Tahfiz

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Dua remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, dua minggu lalu. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Kedua-dua remaja…

Teruskan Membaca

1 2 3 10
Go to Top