SATU PERUBAHAN

Tag archive

pelajar

3 Mayat Pelajar Dijumpai Dalam Tong Asid

in Jenayah/Utama & Sensasi

MISTERI kehilangan tiga orang pelajar di sebuah universiti Guadalajara, Mexico pada 19 Mac lalu akhirnya terjawab apabila dijumpai mati di dalam tiga tong berisi asid. Lapor AFP, mangsa, Salomon Aceves Gastelum, 25, Daniel Diaz, 20, dan Marco Avalos, 20, merupakan pelajar dalam bidang perfileman di Universiti Media Audiovisual. Saksi memberitahu, mereka telah ditahan oleh sekumpulan enam…

Teruskan Membaca

Penuntut Vokasional Dipercayai Lemas

in Utama & Sensasi

KUANTAN – Seorang penuntut Kolej Vokasional Kuantan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 16 rakan sekolejnya di tapak perkelahan Kampung Pasir Kubor, Sungai Lembing di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, mangsa Muhammad Haziq Hamdi, 19, dihanyutkan arus deras yang datang secara tiba-tiba dan tidak sempat diselamatkan rakan-rakan serta pengunjung yang berhampiran sebelum…

Teruskan Membaca

Pelajar UiTM Cipta Kenderaan Tanpa Pemandu

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

INDUSTRI automotif dunia kini giat menginovasikan prototaip kenderaan tanpa pemandu yang dijangka akan memudahkan penggunanya nanti. Usaha itu tidak hanya terhad kepada ‘pemain’ utama bidang ini di tahap antarabangsa, bahkan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga tidak ketinggalan apabila mereka berjaya mencipta kenderaan tanpa pemandu diberi nama Urban IntelligenT Mobile (Uitm) Autonomous Vehicle 1 (AV1).…

Teruskan Membaca

Pelajar Kenya Belajar, Hafal Al-Quran Guna Papan Kayu

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEBELUM kitab suci al-Quran dikumpul dan dibukukan, para sahabat semasa zaman Rasulullah telah menulis ayat-ayat al-Quran di pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain oleh kerana kertas masih belum dicipta. Manakala semasa zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pula, al-Quran telah mula dikumpulkan dalam bentuk lembaran suhuf dengan penambahan baik penulisan al-Quran pada zaman berikutnya sehinggalah…

Teruskan Membaca

Tiada Laporan Video Pelajar Dibelasah Pada Hari Lahir

in Terkini

SHAH ALAM – Polis masih tidak menerima sebarang laporan mengenai video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di bandar raya ini seakan-akan ‘merelakan’ dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Februari lepas…

Teruskan Membaca

Pelajar Berwawasan Lebih Disiplin, Bertanggungjawab

in Terkini

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah para pelajar perlu menetapkan wawasan mereka agar mampu mendidik diri menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam kehidupan. Baginda bertitah dengan itu, mereka juga akan menjadi lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melaksanakan aktiviti seharian agar ia seimbang. “Pelajar yang mempunyai wawasan…

Teruskan Membaca

Pelajar Harus Sentiasa Bermotivasi Untuk Berjaya

in Terkini

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan semua pelajar supaya sentiasa bermotivasi agar mampu berdaya saing dalam dunia pendidikan. “Motivasi merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkah lakunya serta menentukan hala dan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. “Oleh itu, pelajar perlu berperanan memastikan diri masing-masing sentiasa kekal bermotivasi terutamanya…

Teruskan Membaca

Pelajar Maut Kemalangan 4 Kenderaan

in Terkini

KULAI – Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 38.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi tadi. Dalam insiden kira-kira jam 2.50 pagi, Mohammad Fareez Mohammad Rosli, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa cedera di bahagian kepala dan badan, adalah pelajar Sekolah…

Teruskan Membaca

Whatsapp Bantu Pelajar Cemerlang SPM, IB

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RAMAI sering menyalahkan media sosial apabila gagal peperiksaan, tetapi bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir, aplikasi media sosial banyak membantunya. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak itu yang memperoleh 9A+ dalam SPM dan menerima Anugerah Kepujian dalam peperiksaan Baccalaureate Antarabangsa (IB) semester lepas di Kolej…

Teruskan Membaca

Warga Emas Selongkar Tong Sampah Untuk Bantu Pelajar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KASIHAN melihat pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian, seorang warga emas di China sanggup mengutip dan menjual barangan terpakai dari tong sampah bagi menampung kos pembelajarannya. Wang Kunsen, 86, merupakan seorang pesara tentera sering dilihat sejak lima tahun lalu, mengayuh basikal di bandar raya Hangzhou, wilayah Zhejiang, mencari barangan terbuang yang boleh dijual. Lapor sebuah…

Teruskan Membaca

Guru Di Afrika Ajar Sistem Windows Tanpa Komputer

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BAYANGKAN bagaimana kalau anda diminta mengajar tentang komputer kepada pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan dunia IT, tanpa menggunakan alat elektronik tersebut. Situasi sukar itulah yang perlu dihadapi oleh seorang guru di Ghana, Afrika yang bertungkus-lumus mengajar para pelajarnya untuk tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat. Disebabkan tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi dan kemampuan pihak…

Teruskan Membaca

411 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Positif Dadah

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Seramai 411 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikesan positif dadah bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 403 kes dikesan melalui hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)…

Teruskan Membaca

Lebih 5 Juta Pelajar Dapat Manfaat Melalui Pusat STEM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Penubuhan pusat pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dijangka memanfaatkan lebih lima juta pelajar dan 138,330 guru di seluruh negara persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata guru-guru STEM akan mendapat latihan pembangunan profesional yang berterusan bagi membangunkan…

Teruskan Membaca

Pelajar Terkejut Guru Matematik Bintang Porno

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PELAJAR-pelajar di sebuah sekolah menengah di timur Sussex, England terkejut apabila mendapat tahu guru Matematik mereka sebenarnya adalah bintang porno. Guru yang berusia 50 tahun itu muncul dalam beberapa penggambaran foto dan filem lucah, menggunakan nama panggilan Aaron Cage. Dalam satu temuramah baru-baru ini, guru itu berkata: “Porno tidak boleh dilihat sebagai kerja.” Para pelajar…

Teruskan Membaca

3 Pelajar Ditahan Polis Kerana Memukul

in Jenayah/Terkini

SHAH ALAM – Polis menahan tiga pelajar lelaki malam semalam kerana disyaki memukul seorang pelajar lelaki pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, ketiga-tiga pelajar berusia 16 hingga 17 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di Pelabuhan Klang dan Telok Gong, Klang dekat sini kira-kira pukul 8 malam. “Seorang…

Teruskan Membaca

Dibelasah Kerana Dosa Ganggu Pelajar Perempuan

in Jenayah/Utama & Sensasi

GANAS… Dua orang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah sekitar Daerah Klang, Selangor ‘tunjuk belang’ apabila bertindak samseng membelasah seorang pelajar lelaki tingkatan dua. Mangsa yang berusia 14 tahun itu dihukum sedemikian hanya kerana dituduh cuba ganggu pelajar perempuan. Dia dipukul dan ditendang oleh remaja itu sambil disaksikan beberapa individu lain yang merakam kejadian tersebut.…

Teruskan Membaca

Remaja Cemerlang, Anggap Datang Dari Planet Lain

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEKEPING gambar dimuat naik tertulis ‘lelaki dari planet lain’ oleh seorang pengguna Instagram pada Sabtu lepas telah tular sehingga mencuri tumpuan ramai untuk ketahui lebih lanjut. Hal tersebut dilakukan oleh pemilik akaun sosial berkenaan, Nur Anis Aqilah yang memberitahu bahawa lelaki yang dimaksudkan adalah rakannya sendiri, Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir, 18. Thaqif telah memperoleh…

Teruskan Membaca

Oxford? Bukan! Ini Universiti Tertua Di Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MUNGKIN Ramai yang menyangka bahawa universiti tertua di dunia adalah universiti Harvard, Universiti Cambridge atau Universiti Oxford; namun sangkaan mereka meleset sama sekali! Universiti Al-Qarawiyyin adalah universiti pertama dunia dan ditubuhkan di bandar Fez, Maghribi pada 859 Masihi semasa pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah. Pada tahun 1998, Guinness Book of World Records menetapkan Universiti Al-Qarawiyyin sebagai…

Teruskan Membaca

Tular Pelajar Terkencing Ditahan Polis

in Jenayah/Utama & Sensasi

DITANGKAP oleh pihak polis semasa menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu perkara yang memalukan. Tetapi lebih memalukan apabila terkencing kerana ketakutan apabila ditahan. Lebih malang lagi, jika polis mengambil gambar anda dengan seluar yang basah dan memuat naik gambar itu di media sosial sebagai memberi amaran dan pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan…

Teruskan Membaca

Keputusan SPM 2017 Catat Peningkatan

in Slider/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang lebih baik iaitu 4.90 berbanding 5.05 pada tahun 2016, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin. “Secara keseluruhan, keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan pencapaian calon,” katanya dalam sidang media mengumumkan analisis keputusan SPM 2017 di sini hari ini. Nilai…

Teruskan Membaca

Bimbing Pelajar Bermasalah Bukan Terus Buang

in Terkini

SEREMBAN – Pelajar yang bermasalah di sekolah haruslah dibimbing dan bukannya terus membuat keputusan untuk menamatkan persekolahan mereka, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata masalah pelajar di sekolah biarlah diselesaikan di dalam sekolah kerana jika pelajar ini dibuang, ianya akan menjadi lebih serius yang akan menyumbang kepada masalah dalam struktur…

Teruskan Membaca

Hukuman Mati Untuk Penyerang Sekolah Florida

in Jenayah/Terkini

MIAMI – Pendakwa raya Florida memohon hukuman mati ke atas Nikolas Cruz, bekas pelajar yang dituduh membunuh 17 orang dalam kes tembakan rambang di sekolah tinggi Parkland bulan lalu, menurut notis yang difailkan di mahkamah semalam. Peguam Negeri bagi daerah Broward, Michael Satz, memfailkan notis dengan pejabat Hakim Elizabeth Scherer bagi memohon hukuman mati, menjelang…

Teruskan Membaca

Pelajar Antara Ditahan Dalam Op Bersepadu

in Jenayah/Terkini

KUBANG PASU – Seorang penuntut sebuah institusi kemahiran di sini antara yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi di Plaza Tol Jitra (arah Selatan) dekat Jitra malam tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, pelajar berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas motosikal yang ditungganginya itu tidak…

Teruskan Membaca

Siasatan Pelajar Kena Mesin Rumput Akan Diumum

in Utama & Sensasi

NILAI – Hasil siasatan kes seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput bulan lepas akan diumumkan dalam tempoh dua minggu ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata pihaknya juga akan mengumumkan tindakan seterusnya yang akan diambil berdasarkan siasatan polis dan laporan jawatankuasa…

Teruskan Membaca

Insiden Tembakan: Pelajar, Guru Kembali Ke Sekolah

in Jenayah/Terkini

WASHINGTON – Pelajar dan guru membuat persiapan untuk kembali ke sekolah di Florida susulan pembunuhan beramai-ramai yang disifatkan sebagai ‘mengerikan’ dan ‘menakutkan’ serta menggesa ahli politik supaya bertindak segera menangani keganasan menggunakan senjata api. “Saya tidak dapat bayangkan secara emosi, apa yang saya dan rakan lalui pada hari itu,” kata salah seorang mangsa terselamat dalam…

Teruskan Membaca

Remaja Maut Ditikam Rakan Sekolah

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG remaja yang merupakan pelajar cemerlang di China, telah ditikam hingga mati oleh rakan sekelasnya selepas dia enggan membantu membuat kerja rumah. Mangsa, Xiao Yi, 15, ditikam di bahagian leher dengan pisau di sekolah menengah Jinshi di Fujian, China. Rakan sekelasnya merupakan seorang remaja lelaki dikenali sebagai Yan.Sebelum kejadian, dia telah ke pasar untuk membeli…

Teruskan Membaca

Tiada Unsur Jenayah Siasatan Awal Kes Pelajar Maut

in Utama & Sensasi

SEREMBAN – Siasatan awal berhubung kes seorang pelajar maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas, semalam, mendapati tidak terdapat unsur-unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Tampin, Supt. Hamazah Ab Razak. Beliau berkata walaubagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan dari segala aspek. “Kami akan bekerjasama dengan agensi…

Teruskan Membaca

Jenazah Nur Afini Selamat Dikebumikan

in Terkini

TAMPIN – Jenazah Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas pagi tadi selamat dikebumikan malam ini. Baca: Pelajar Maut Terkena Pisau Pemotong Rumput Jenazah yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Pusara Damai Sungai Kelamah, di sini 10.30 malam dibawa ke…

Teruskan Membaca

Pelajar Maut Terkena Pisau Pemotong Rumput

in Jenayah/Utama & Sensasi

GEMAS – Seorang pelajar perempuan maut manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Tampin, Supt. Hamazah Ab. Razak berkata dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali…

Teruskan Membaca

Kes Pelajar Bunuh Diri: Jangan Terus Buat Kesimpulan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihat tidak terus membuat kesimpulan berhubung kes pelajar perempuan Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Nibong Tebal, Pulau Pinang yang meninggal dunia selepas cuba membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya, baru-baru ini. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata…

Teruskan Membaca

Usul Tambah Baik Hukuman Rotan Pelajar Di PBM

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM), yang bersidang buat kali pertama bagi penggal 2017-2018, bermula hari ini dengan pembentangan usul cadangan menambah baik pelaksanaan hukuman rotan sebagai satu bentuk hukuman kepada pelajar sekolah. Cadangan itu dikemukakan anggota jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya, R. Nanthakumar (Perak). Selain itu, tiga lagi usul akan dibahaskan iaitu usul tindakan…

Teruskan Membaca

40% Pelajar Di N. Sembilan Tiada Lesen Motosikal

in Terkini

SEREMBAN – Sebanyak 40 peratus pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan didapati tidak memiliki lesen motosikal B2, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan. Beliau berkata tahap kesedaran yang rendah mengenai kepentingan memiliki lesen memandu dikenal pasti antara punca utama mereka tidak mempunyai lesen berkenaan. “Kami dapati kesedaran masih kurang mengenai bahaya memandu…

Teruskan Membaca

Pelajar SK Petagas Terima Bantuan Persekolahan

in Terkini

KOTA KINABALU – Sebanyak 654 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, dekat sini hari ini menerima bantuan khas awal persekolahan (BKAP) RM100 setiap seorang. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan Datuk Arsit Sedi berkata bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa bagi kegunaan persekolahan anak masing-masing. “Bantuan ini adalah satu daripada inisiatif…

Teruskan Membaca

Pelajar Ceria Nikmati Semula Elektrik Selepas 112 Hari

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TIDAK dapat digambarkan bagaimana gembiranya pelajar di Academia Bautista de Puerto Nuevo di Puerto Rico selepas bekalan elektrik disambungkan semula setelah 112 hari terputus akibat taufan Maria yang melanda negara itu pada 20 September lalu. Gambar-gambar dan video yang menunjukkan pelajar dan guru bersorak keriangan selepas elektrik disambung semula pada 11 Januari lalu kini menjadi…

Teruskan Membaca

Pelajar Bertudung Diserang Lelaki Di Kanada

in Jenayah/Terkini

OTTAWA – Seorang pelajar perempuan di Toronto diserang semalam oleh lelaki yang cuba menggunting tudungnya dan kemudian melarikan diri, kata polis. Pihak berkuasa menyiasat kejadian itu, yang berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan di atau sekitar sekolah Pauline Johnson di timur Toronto, kata jurucakap polis, Katrina Arrogante. “Maklumat yang kami ada setakat ini adalah…

Teruskan Membaca

Pelajar Tingkatan 4 Ditemui Mati Tergantung

in Terkini

BUTTERWORTH – Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini, malam tadi. Kejadian jam 9.30 malam, disedari ibu pelajar berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian itu dipercayai ketika ibu bapa…

Teruskan Membaca

Langgar Hingga Mati, Telefon Bimbit Pula Dicuri

in Jenayah/Utama & Sensasi

TRAGIK… Remaja berusia 16 tahun ini yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Ahmad meninggal dunia selepas dilanggar lari oleh sebuah van di Johor Bahru, semalam. Kejadian tragis kira-kira jam 2 petang itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Haryy Cylone yang kemudian dimuat naik di laman JB TRACER: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report. Menurut Harry,…

Teruskan Membaca

Perodua Beri Sumbangan Persekolahan 2,100 Pelajar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memberi sumbangan barangan persekolahan kepada lebih 2,100 pelajar sekolah daripada keluarga kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) hari ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh Said berkata, sumbangan itu terdiri daripada beg sekolah dan alat tulis bernilai RM50 serta baucer…

Teruskan Membaca

Membentuk Disiplin Remaja Dengan Kasih Sayang

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Kasih sayang adalah perkara paling asas dalam membentuk disiplin remaja termasuk pelajar dan bukannya kekerasan,” demikian ditegaskan oleh Ab Aziz Mohd Yatim, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau, yang mempunyai pengalaman lebih 13 tahun sebagai guru bimbingan serta kaunseling, berkata majoriti remaja yang terlibat dengan masalah…

Teruskan Membaca

MTD Sasar 20% Pengambilan Pelajar Bukan Melayu

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menyasarkan pengambilan 20 peratus pelajar bukan Melayu di Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk merapatkan jurang antara kaum di maktab itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Mohd Johari Baharum. Beliau berkata MTD akan bertindak proaktif pada tahun depan dengan menggerakkan beberapa siri promosi bagi mencapai sasaran berkenaan selain mendapatkan calon yang…

Teruskan Membaca

1 2 3 14
Go to Top