SATU PERUBAHAN

Tag archive

penyanyi

Alif Akui Rezeki Hadir Mencurah Lepas Kahwin

in Artis/Utama & Sensasi

MULA tempa nama dalam industri hiburan negara 10 tahun lalu ketika menyertai program realiti nyanyian One In A Million, Alif Satar kini menjadi antara selebriti serba boleh yang dikenali ramai. Bagaimanapun, Alif yang menyertai pertandingan itu ketika usia 16 tahun berkata, dia kurang dikenali ramai sewaktu permulaan perjalanannya dalam industri dan nasibnya itu berubah selepas…

Teruskan Membaca

Keluarga Larang Ariff Bahran Bercinta

in Artis/Utama & Sensasi

SEMAKIN dikenali ramai dalam industri hiburan negara, penyanyi meningkat naik, Ariff Bahran mengakui bahawa keluarganya memantau setiap gerak-geri bagi memastikan dia tidak lalai dan tersasar dari tujuannya menceburi bidang itu. Ujar Ariff, kedua-dua ibu bapanya sememangnya bimbang akan keputusannya terbabit dalam bidang seni kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan isu remeh yang boleh mengganggu kerjaya…

Teruskan Membaca

Syamel Nafi ‘Pilih Bulu’ Dalam Persembahan

in Artis/Utama & Sensasi

DIKATAKAN bersikap ‘pilih bulu’ dan hanya memberikan persembahan terbaik di pentas besar, penyanyi, Syamel menafikan dakwaan yang mengatakan dia bertindak sedemikian kerana ingin menaikkan namanya melalui acara yang berprestij sahaja. Penyanyi bersuara serak basah yang lahir dari program Akademi Fantasia 2016 itu menegaskan bahawa dia tidak pernah sesekali membezakan setiap tawaran nyanyian yang diterimanya. Sebaliknya,…

Teruskan Membaca

Nabila Teruja Bakal Sambut Ramadan Di Turki

in Artis/Utama & Sensasi

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, sekiranya berkesempatan, semua orang pasti ingin menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta memandangkan suasana pada bulan tersebut sangat istimewa. Bagi penyanyi, Nabila Razali, dia yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang lakonan bakal menyambut bulan istimewa itu di negara orang sekaligus berjauhan dari keluarga buat kali pertama pada bulan puasa sepanjang…

Teruskan Membaca

Menyesal Cerita Sakit Saya Dekat Orang – Elyana

in Artis/Utama & Sensasi

KEPADA mereka yang tidak mengetahui tentang kondisi kesihatan Elyana, pasti akan anggap dia sihat walafiat tanpa sebarang penyakit jika dilihat melalui karakternya kelihatan aktif dan ceria. Ketika diumumkan tersingkir daripada program nyanyian GegarVaganza 4 pada tahun lepas, Elyana atau nama sebenarnya Emilya Elyana Emrizal mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum bahawa dia menghidap kanser Limfoma tahap…

Teruskan Membaca

“Isu Terlalu Sensitif, Banyak Hati Perlu Dijaga” – Ziana

in Artis/Utama & Sensasi

SEBELUM ini, kita dikejutkan dengan dengan berita mengenai berita mengenai penangkapan suami kepada penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain yang dituduh mencederakan anak mereka sebelum dibebaskan melalui ikat jamin. Kejadian itu menyebabkan para netizen masih tertanya-tanya akan situasi terkini pasangan suami isteri itu memandangkan kedua-duanya mengambil pendekatan berdiam diri selama ini. Jelas Ziana, kemelut yang melanda…

Teruskan Membaca

Sasha Tabah Hidup Sendirian, Jadi Ibu Tunggal

in Artis/Utama & Sensasi

BUKAN mudah membesarkan anak seorang diri. Namun, itulah situasi yang dilalui penyanyi dan pelakon, Sasah Saidin yang tabah membesarkan anak tunggalnya Adam Aryasenna Notosoemarsono sejak enam tahun lalu. Jelas Sasha, dia sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dapat memainkan dua peranan serentak iaitu sebagai ibu dan ‘ayah’ kepada anaknya yang lebih mesra dipanggil Arya itu. Selain…

Teruskan Membaca

Aziz Pilih Menetap Di Malaysia Demi Muzik

in Artis/Utama & Sensasi

MINAT mendalam terhadap muzik yang dimiliki penyanyi asal Brunei Darussalam, Aziz Harun, membuatnya terpaksa memujuk ibu bapanya supaya mengizinkan dia berhijrah ke Malaysia. Sejurus tamat pengajian A Level, penyanyi berusia 20 tahun itu meminta untuk menetap dan melanjutkan pelajarannya di negara ini bagi memudahkan perjalanan kariernya dalam industri muzik. Jelasnya, mengikut perancangan awal, dia sepatutunya…

Teruskan Membaca

Gara-Gara Diejek, Dua Lipa Tukar Kapsyen ‘Babi’

in Artis/Utama & Sensasi

BAGI seorang figura awam yang dikenali ramai, menjadi bahan lawak dan mendapat kecaman di media sosial merupakan perkara yang sudah menjadi asam garam kehidupan mereka. Dengan kemudahan yang ada sekarang, jurang antara mereka dan orang awam kini semakin mengecil, dengan media sosial menjadi platform terbaik untuk netizen berasa lebih dekat dengan artis pujaan. Namun, kadangkala…

Teruskan Membaca

As’ad Motawh Bakal Jadi Pengacara Di Indonesia

in Artis/Utama & Sensasi

SEKITAR hujung tahun lalu, penyanyi muda, As’ad Motawh menerima kecaman hebat daripada netizen selepas rakaman video dia menyanyi bersama kumpulan Armada di Indonesia yang dikatakan sumbang. Ekoran kegagalannya menyanyi dengan baik di program tersebut, As’ad menjadi bahan lawak para netizen dengan video tersebut kemudiannya tular di laman sosial. Keadaan itu diburukkan lagi apabila terdapat sesetengah…

Teruskan Membaca

Asfan Panik Dua Bulan Peti Suara ‘Rosak’

in Artis/Utama & Sensasi

SEBAGAI seorang penyanyi, masalah kesihatan merupakan antara penghalang besar yang mampu merosakkan segala perancangan untuk memberikan persembahan terbaik. Masalah tersebut menjadi lebih meresahkan bagi para penyanyi adalah apabila masalah kesihatan melanda diri mereka menjelang sesebuah acara besar. Bagi penyanyi, Asfan Shah, dia baru-baru ini berdepan detik cemas apabila mengalami gangguan peti suara selama dua bulan…

Teruskan Membaca

“Ramai BBNU, Tapi Yang Ada Kualiti Boleh Dikira” – Tomok

in Artis/Utama & Sensasi

TIDAK dapat dinafikan, industri muzik negara kini meriah dengan kehadiran penyanyi-penyanyi baharu yang muncul pada masa yang sama. Penyanyi-penyanyi seperti Aiman Tino, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Tajul, Wany Hasrita dan beberapa lagi dilihat mula menempa nama dalam industri muzik negara sekitar dua tahun lalu. Lambakan penyanyi muda ini ditambah dengan penyanyi senior yang sudah mempunyai…

Teruskan Membaca

Bukti Versatiliti, Hafiz Ingin Cuba Genre Islamik

in Artis/Utama & Sensasi

HARUS diakui, populariti penyanyi, Hafiz Suip sudah tidak seperti dahulu, malah Hafiz juga pernah mengeluarkan kenyataan mengakui akan perkara tersebut. Kemunculan penyanyi-penyanyi baru yang mewarna industri seni suara negara sedikit sebanyak menyumbang kepada perkara tersebut. Hafiz, ketika zaman kegemilangannya pernah merangkul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak dua kali menerusi lagu Awan Nano dan Bahagiamu…

Teruskan Membaca

Dicemuh Netizen, Peserta Berhijab The Voice Tarik Diri

in Artis/Utama & Sensasi

TIDAK tahan dengan cemuhan serta kecaman netizen, penyanyi wanita kacukan Perancis-Syria, Mennel Ibtissem nekad menarik diri daripada program nyanyian realiti antarabangsa, The Voice France. Mennel, yang menyertai rancangan realiti tersebut tahun ini, telah mendapat kecaman hebat di media sosial selepas status Twitter yang ditulisnya dua tahun lalu dikatakan seolah-olah menyokong keganasan. Dia yang merupakan peserta…

Teruskan Membaca

Zaiton Sameon Boleh Berjalan Depan Kaabah

in Artis/Utama & Sensasi

SUDAH berkali-kali kita mendengar tentang pengalaman indah dilalui oleh orang-orang yang pernah mendapat jemputan dari-Nya untuk ke tanah suci Makkah. Kali ini, pengalaman indah dan ajaib dikongsi penyanyi, Zaiton Sameon ketika mengerjakan ibadah umrah di Makkah baru-baru ini. Zaiton menjelaskan, sepanjang berada di Kota Makkah, dia mampu berjalan sendiri tanpa sebarang masalah sedangkan ketika memulakan…

Teruskan Membaca

Fathia Ada Bakat Jadi Penyanyi, Cuma Belum Sedia

in Artis/Utama & Sensasi

SIAPA sangka dalam kontroversi yang melanda diri pelakon Fathia Latiff, tersimpan satu bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Menurut salah seorang ahli kumpulan I Am Neeta selaku komposer lagu Bayang, Patrick Anohada akui Fathia sememangnya mempunyai ton suara yang menarik dan karakternya yang tersendiri sebagai seorang penyanyi. “Saya minta dia nyanyi hari-hari kerana untuk jadi penyanyi…

Teruskan Membaca

Hazama Akui Sering Dianggap Pencukup ‘Kuota’

in Artis/Utama & Sensasi

SETIAP kali bertanding di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hazama tidak pernah dianggap sebagai peserta pilihan. Perkara tersebut diakui Hazama sendiri sambil menyifatkan AJL merupakan medan untuk mengangkat lagu berkualiti dan bukanlah gelanggang untuk penyanyi kegemaran ramai. “Jujurnya, saya jarang dianggap sebagai calon kegemaran. Tetapi, saya yakin disebabkan lagu dan lirik yang bagus,…

Teruskan Membaca

“Pandang Positif… Saya Bukan ‘Jual’ Anak” – Hafiz

in Artis/Utama & Sensasi

MEMBUKA akaun media sosial untuk anak sering dilihat masyarakat sebagai salah satu medium meraih pendapatan oleh artis. Persepsi tersebut sering ditolak oleh artis namun bagi penyanyi, Hafiz Suip, tindakannya membuka akaun Instagram untuk cahaya mata sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri sebagai rezeki untuk anaknya itu. Jelas Hafiz, dia bukan ingin menjual ‘anaknya’ di media sosial tetapi…

Teruskan Membaca

Minat Berlakon, Khai Bahar Tangguh Dulu

in Artis/Utama & Sensasi

MULA menapak nama dalam industri seni suara sejak kira-kira dua tahun lalu, Khai Bahar kini berminat menceburi bidang lakonan, namun terpaksa menangguh hasrat itu. Ingin mengukuhkan namanya serta mengembangkan bakat yang dimiliki, Khai akui mempunyai impian untuk beraksi di hadapan kamera. “Sebelum ini, saya pernah beritahu macam tak bersedia hendak jadi pelakon. Tapi sekarang, saya fikir,…

Teruskan Membaca

Ditawar Jadi Penyanyi, Joy Masih Belum Bersedia

in Artis/Utama & Sensasi

BAGAIKAN sudah menjadi satu trend di negara kita apabila semakin ramai usahawan kosmetik ditawarkan untuk menjadi penyanyi mahupun secara suka rela bagi menceburi bidang seni. Jika sebelum ini, pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Vida telah menjadi usahawan kosmetik yang pertama bergelar penyanyi dan turut itu diikuti oleh Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat.…

Teruskan Membaca

Rozita Che Wan Bakal Jadi Penyanyi Pula!

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS bergelar pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal mencuba bidang nyanyian pula. Khabarnya, Che Ta akan menggunakan khidmat Hazami untuk menggilap bakatnya dalam seni suara. Ibu kepada tiga cahaya itu baru-baru ini mengaku dia dihimpit pelbagai perasaan antara teruja, gementar dan gemuruh memikirkan karier nyanyiannya nanti. “Dalam soal nyanyian…

Teruskan Membaca

Title ‘Artis Segera’ Buat Khai Ingin Terus Berjaya

in Artis/Utama & Sensasi

LAMBAKAN penyanyi dan pelakon baharu sekarang ni membuatkan mereka perlu bersaing antara satu sama lain untuk terus mencari makan di dalam industru hiburan masa kini. Bagi penyanyi yang mula dikenali menerusi aplikasi ‘Smule’, pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar, dia telah berjaya membuktikan ‘artis segera’ sepertinya mampu melangkah jauh…

Teruskan Membaca

Lagu Mata Gagal Ke AJL, Ayda Tak Puas Hati?

in Artis/Utama & Sensasi

SEGALA teka-teki mengenai senarai lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 32 telah pun terjawab pada Ahad lalu. Sebanyak 12 daripada 30 buah lagu telah dipilih pihak juri bagi berentap di pentas akhir AJL 32. Namun, dalam kegembiraan yang diraikan oleh kesemua finalis, nampaknya ada seorang penyanyi yang agak tidak berpuas hati dengan keputusan juri…

Teruskan Membaca

Sia Sebarkan Sendiri Gambar Bogel

in Utama & Sensasi

PENYANYI The Chandelier, iaitu Sia, dikenali mempunyai suara yang hebat dan sering menyembunyikan wajahnya di sebalik rambut palsunya ketika di atas pentas. Namun kini, Sia atau nama penuhnya, Sia Kate Isobelle Furler, telah melakukan sesuatu yang mengejutkan iaitu menyebarkan gambar bogelnya sendiri. Ia selepas Sia mendapat tahu ada pihak yang cuba menjual gambar bogelnya itu.…

Teruskan Membaca

Vokal Fattah Amin Ada Kualiti, Unik – Aizat Amdan

in Artis/Utama & Sensasi

FATTAH Amin, satu nama yang sering dikaitkan dengan ‘pelakon kayu’. Tapi kini Fattah bukan sahaja dikenali sebagai pelakon, dia juga sudah dikenali sebagai penyanyi! Mesti ramai dah tahu yang Fattah sekarang ni dah keluar dengan single keduanya yang bertajuk ‘1234U’! Single keduanya itu merupakan soundtrack bagi telefilem terbaharuna bersama Fazura yang bertajuk Wanita Terindah. Baca: Episod…

Teruskan Membaca

Penyanyi Ditahan Kerana Dituduh Guna Pasport Palsu

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI, Natalia Dzenkiv tidak menyangka rupanya yang kelihatan awet muda itu telah memberikan masalah kepadanya apabila pihak berkuasa menganggap dia menggunakan passport palsu. Kejadian berlaku ketika dia baru sampai di Ukraine dari Turki. Sebaik kapal terbang mendarat, pihak berkuasa menuduhnya menggunakan passport orang lain disebabkan muka dengan umurnya tidak sepadan, Natalia berusia 41 tahun namun…

Teruskan Membaca

“Berlakon Minat, Menyanyi Jiwa” – Kaka Azraff

in Artis/Utama & Sensasi

SEMENJAK akhir-akhir ini penyanyi lagu Bukan Hal Aku, Kaka Azraff dilihat lebih banyak berlakon berbanding nyanyian. Kaka bagaimanapun memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk serius dalam lakonan kerana fokus utamanya adalah kepada bidang nyanyian. “Pada saya berlakon itu minat, menyanyi pula jiwa jadi nyanyian tetap keutamaan saya. “Saya berlakon pun kerana ingin mencuba sesuatu yang…

Teruskan Membaca

Taylor Swift Perli Ramai Rakan Artis Dalam Video Klip

in Artis/Utama & Sensasi

WOW… Hebat sungguh penangan lagu Look What You Made Me Do, nyanyian Taylor Swift ni! Bayangkan 43 juta kali tontonan di Youtube hanya dalam masa 24 jam sahaja. Baca: Klip Video Lagu Baharu Taylor Swift Pecah Rekod Nak tahu tak sebenarnya ada rahsia di sebalik maksud video klip lagu ni. Mungkin kalau anda tak mengikuti perjalanan…

Teruskan Membaca

Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s

in Artis/Utama & Sensasi

MENDIANG Chester Bennington dan Chris Cornell terus dikenang sebilangan besar rakan-rakan selebriti mereka dalam majlis MTV Video Music Awards yang diadakan awal pagi tadi di The Forum, California, Amerika Syarikat. Aktor dan vokalis 30 Second to Mars, Jared Leto diberi penghormatan menyampaikan segmen tribute tersebut di hadapan ribuan penonton majlis anugerah itu. Dalam ucapannya itu,…

Teruskan Membaca

Keluarga Dedah Jasad Jacko Tiada Dalam Kubur

in Artis/Utama & Sensasi

HAMPIR sepuluh tahun disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong. Menurut beberapa laporan media antarabangsa, pihak keluarga Michael memang sengaja merahsiakan lokasi makam penyanyi lagu hit Beat It itu. Ibunya, Katherine Jackson, mendedahkan mayat Michael tidak ada di dalam keranda saat dimakamkan pada tahun…

Teruskan Membaca

Fauziah Latiff Dan Nassier Wahab Tunai Haji

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI Fauziah Latiff dan Nassier Wahab diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Nassier berkongsikan khabar itu menerusi perkongsian gambar di laman Instagram, memohon doa peminat agar perjalanan mereka berdua dipermudahkan selain mendapat haji mabrur. “Alhamdulillah. Bersama Gee, kami akan berlepas ke Tanah Suci, doakan semoga perjalanan kami dirahmati Allah,” tulisnya. Peminat kedua-dua…

Teruskan Membaca

Hafiz Hamidun Kumpul Bukti Permasalahan Rumah Tangga

in Artis/Utama & Sensasi

SUSULAN tindakan isterinya, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa yang memfailkan permohonan pembubaran pernikahan mereka, Hafiz Hamidun berkata dia ingin mengumpul segala bukti mengenai perkahwinan mereka sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum. Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata, “Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja…

Teruskan Membaca

3 Termasuk Lelaki Dakwa Usher Sebar Herpes

in Artis/Utama & Sensasi

BINTANG R&B terkenal Usher menjadi bahan cemuhan peminat apabila namanya terpalit dengan skandal seks dan menyebarkan penyakit kelamin iaitu herpes kepada tiga individu. People melaporkan perkara itu terdedah apabila Usher, 38, cuba menyelesaikan saman yang difailkan seorang jurugaya wanita pada 2012 dengan membayar pampasan sebanyak AS$1.1 juta (RM4.72 juta) pada Julai lalu. Menerusi saman yang difailkan, wanita…

Teruskan Membaca

Tiket Konsert Bruno Mars Habis Dalam 45 Minit

in Artis/Utama & Sensasi

BERITA sedih buat peminat di Malaysia apabila tiket konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur yang diadakan pada tahun hadapan sudah habis terjual. Menerusi laporan The Star, tiket konsert yang berharga dari RM398 hingga RM888 yang mula dijual pada pukul 10 pagi telah habis dalam tempoh hanya 45 minit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam, R. Para yang mewakili…

Teruskan Membaca

Imran Rimas Sering Diminta Nyanyi Lagu Seribu Tahun

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain memberitahu pernah berasa rimas apabila sering diminta untuk menyanyikan lagu tersebut. Walau bagaimanapun katanya, dia sedar lagu tersebut merupakan satu-satunya lagu yang membuatkan orang mengenalinya selama berada dalam industri ini. “Pernah ada masa saya tidak boleh terima bila diminta untuk menyanyikan lagu Seribu Tahun sahaja di…

Teruskan Membaca

Legenda Muzik Country Glen Campbell Meninggal Dunia

in Artis/Utama & Sensasi

WASHINGTON DC – Legenda muzik country Amerika Syarikat, Glen Campbell, yang cukup popular menerusi lagu Rhinestone Cowboy meninggal dunia pada usia 81 tahun. Campbell yang jualan albumnya pernah mencecah berjuta-juta unit sepanjang berdekad menjadi anak seni meninggal dunia akibat penyakit Alzheimer di Nashville, Tennessee. “Dengan penuh dukacita dan berat hati kami mengumumkan pemergian seorang suami,…

Teruskan Membaca

Wow… Kilafairy Berduet Dengan Sean Kingston

in Artis/Utama & Sensasi

KITA lari sekejap dengan kisah kontroversi melibatkan Aliff-Bella-Afifah-Wan Ariff. Kali ini kita bercerita mengenai kisah produk terbaharu selebriti tempatan yang boleh dikirakan membanggakan apabila dapat berduet dengan artis antarabangsa popular. Mengikut jejak langkah penyanyi Yuna dan Mizz Nina yang pernah berkolaborasi dengan Usher dan Colby O’Donis, penyanyi dan pelakon Kilafairy berjaya mendapatkan penyanyi antarabangsa terkenal…

Teruskan Membaca

Kes Raba: Taylor Swift Dijangka Hadir Bicara

in Artis/Jenayah/Utama & Sensasi

LOS ANGELES : Bintang Pop, Taylor Swift dijangka hadir ke mahkamah di Denver minggu ini untuk perbicaraan kes membabitkan seorang DJ radio yang didakwa meraba beliau pada satu konsert. Pemilihan juri bermula petang semalam dan Swift, 28, dibenar memberi keterangan terperinci mengenai serangan yang didakwa berlaku ketika sesi bertemu peminat empat tahun lalu. Swift berkata…

Teruskan Membaca

Lagi Gambar Tunang Yuna Dengan Adik Ashraf Sinclair

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI tempatan bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai mengesahkan dirinya sudah bergelar tunangan kepada pengarah iklan komersil, Adam Yousof Sinclair, 32, dalam satu majlis pertunangan yang diadakan petang semalam. Majlis pertunangan yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua pihak itu diadakan di kediaman ibu bapa Yuna yang terletak di Shah Alam, Selangor. Dalam Instagramnya @yunamusic, Yuna, 31, ada memuat…

Teruskan Membaca

Persembahan Sheila Majid Masih Menyengat!

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS kali terakhir membuat persembahan di Stadium Negara pada 26 tahun lalu, semalam Datuk Sheila Majid kembali menyinari lokasi tersebut dengan konsert dan persembahannya yang memukau menerusi ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’.  Pada usia 52 tahun, Ratu Jazz negara ini mampu mengekalkan momentumnya selepas konsert solo pertamanya yang dianjurkan tujuh tahun lalu. Dengar-dengarnya…

Teruskan Membaca

1 2 3 22
Go to Top