SATU PERUBAHAN

Tag archive

pesawat

Polis Tahan Wanita Buang Bayi Dalam Pesawat

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAKARTA – Polis Indonesia semalam menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada seorang bayi yang ditemui mati di dalam tandas sebuah pesawat di lapangan terbang antarabangsa Jakarta. Ketua polis lapangan terbang, Ahmad Yusef berkata, Hani, 37, yang berasal dari Cianjur, Jawa Barat ditahan tidak lama selepas tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dari Bangkok pada jam…

Teruskan Membaca

Pasangan Diraja Britain Tempah Kelas Ekonomi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEPERTI pasangan lain, menjelang ambang 2018, Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle telah meluangkan masa bercuti bersama. Tentunya tidak semua pasangan merpati dua sejoli dapat berkunjung ke French Riviera, tetapi mereka telah melakuannya. Tetapi apa yang menariknya, lapor The Telegraph, kedua-dua personaliti yang sering menjadi tumpuan ramai ini hanya menempah kerusi kelas ekonomi untuk ke…

Teruskan Membaca

Pesawat C130 Hercules TUDM Buat Pendaratan Cemas

in Terkini

LABUAN – Sebuah pesawat angkut C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas selepas menghadapi masalah peralatan kekaki (landing gear) di Lapangan Terbang Labuan, hari ini. TUDM, dalam kenyataan, berkata pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas tanpa tayar pada jam 5.15 petang, setelah enam jam berlegar-legar di ruang udara Labuan bagi…

Teruskan Membaca

Bintang Bola Sepak China Dan Isteri Digari

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BINTANG bola sepak China, Li Lei dan isterinya, telah mengejutkan ramai apabila video mereka dipaksa turun dari pesawat dengan tangan digari, telah tersebar di media sosial negara berkenaan. Pasangan itu dikatakan telah bergaduh dengan kru pesawat dan enggan turun dari pesawat yang telah dibatalkan penerbangan itu. Ketika kejadian mereka menaiki penerbangan Air China dari Haikou…

Teruskan Membaca

Penumpang ‘Bertuah’ Naik Pesawat Seorang Diri

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG penulis warga Scotland yang membayar hanya £46 (RM256) untuk penerbangan ke Greece ‘mendapat’ kesemua 189 kerusi di dalam pesawat itu. Peluang yang mungkin sekali seumur hidup itu selepas penumpang lain yang membuat tempahan bagi penerbangan itu tidak tampil sewaktu berlepas. Karon Grieve mengambil gambar swafoto menunjukkan barisan kerusi yang kosong dalam penerbangan Jet2 dari…

Teruskan Membaca

MH1 Ke KL Dijadual Semula Kerana Masalah Sistem Air

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) ke sini semalam terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang London Heathrow disebabkan masalah sistem bekalan air di dalam pesawat. Menurut kenyataan syarikat penerbangan kebangsaan itu, penerbangan MH1 berpatah balik kira-kira sejam setelah berlepas untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur. Masalah berkenaan bagaimanapun berjaya diatasi oleh…

Teruskan Membaca

Bangkai Pesawat Akan Dikeluarkan 2 Minggu Lagi

in Terkini

MELAKA – Bangkai pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini pada 14 Okt lepas dijangka akan dikeluarkan dari dasar sungai berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi. Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai Datuk Hassan Abd Rahman berkata usaha mengeluarkan bangkai pesawat tersebut mengambil masa disebabkan beberapa…

Teruskan Membaca

Panel Pesawat KLM Jatuh Hempap Kereta Di Jepun

in Utama & Sensasi

TOKYO – Sekeping panel seberat 4.3 kilogram dari sebuah pesawat terjatuh sehingga memecahkan tingkap sebuah kereta yang sedang melalui sebuah jalan raya. Kejadian berlaku sejurus pesawat KLM Royal Dutch Airlines Boeing 777 yang membawa 321 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai menuju ke Amsterdam pada Sabtu lalu. Menurut media NHK, tiada kecederaan dilaporkan namun…

Teruskan Membaca

Juruterbang Silap Bawa Pasport, Penerbangan Tunda

in Gaya Hidup/Terkini

LEBIH 150 penumpang terkandas selama 15 jam di lapangan terbang Chengdu Shuangliu di China selepas pesawat ke Los Angeles terpaksa dibatalkan disebabkan juruterbang tersilap membawa passport. Sebelum itu, mereka terkandas di dalam pesawat Hainan Airline selama sejam dan disebabkan kesilapan juruterbang, mereka diminta turun dari pesawat dan menunggu pesawat lain. Berdasarkan jadual, Hainan Airline dijadualkan…

Teruskan Membaca

5 Dikhuatiri Hilang, Pesawat Ringan Terhempas

in Terkini

CARACAS – Lima penumpang sebuah pesawat ringan dikhuatiri hilang selepas pesawat dinaiki dipercayai terhempas di sebuah perkampungan Naiguata, utara Vargas. Menteri Dalam Negeri dan Keadilan, Nestor Reverol berkata, pesawat Learjet 25 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar terletak 21 kilometer dari pusat bandar Caracas dan dalam perjalanan menuju Barcelona ibu negeri Anzoategui. Pesawat itu…

Teruskan Membaca

2 Pesawat Bergesel Sayap Di Lapangan Terbang Toronto

in Terkini

MONTREAL – Dua pesawat penumpang bergesel sayap dan rosak teruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, malam tadi. Jurucakap Air Canada, Peter Fitzpatrick yang mengesahkan kemalangan itu hari ini berkata, pesawat Kanada sedang bergerak ke arah pintu pendaratan dan terlanggar pesawat Poland yang ketika itu berada di landasan. “Tiada kematian atau kecederaan akibat nahas itu…

Teruskan Membaca

Serpihan MH370 Ditemui Di Seychelles?

in Jenayah/Utama & Sensasi

DUA serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada 2014 ditemui di Seychelles, sebuah pulau peranginan di Lautan Hindi. Penguasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) berkata semalam, serpihan itu ditemui ahli sains yang menjalankan penyelidikan burung dan kura-kura di Farqhar iaitu satu daripada pulau di Seychelles. “Berdasarkan aliran arus, serpihan ini berkemungkinan besar hanyut dari arah…

Teruskan Membaca

Pesawat Mendarat Cemas Akibat Amuk 3 Penumpang

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEBUAH pesawat dalam penerbangan dari United Kingdom ke Sepanyol terpaksa melakukan pendaratan cemas susulan amuk tiga penumpang. Penerbangan Thomson dari Glasgow ke Alicante terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Brsitol berikutan kebimbangan terhadap kelakuan tiga lelaki terbabit. Ketiga-tiga suspek ditahan polis sejurus selepas pesawat mendarat. Beberapa gambar yang tersebar menunjukkan beberapa kenderaan polis berhampiran pesawat, dan…

Teruskan Membaca

Wanita China Baling Syiling Ke Enjin Pesawat

in Utama & Sensasi

SHANGHAI – Seorang penumpang yang berpegang kuat kepada kepercayaan karut melambatkan jadual penerbangan dari Shanghai, selepas membuang syiling ke dalam enjin pesawat kerana percaya ia akan membawa tuah. Pegawai China berkata, wanita warga emas itu ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, susulan insiden pelik itu yang memaksa 150 penumpang dipindahkan dari pesawat menuju…

Teruskan Membaca

Pesawat Susi Air Ditembak Di Papua New Guinea

in Jenayah/Utama & Sensasi

JAYAPURA, INDONESIA – Sebuah pesawat penumpang milik Susi Air dilaporkan ditembak di Papua New Guinea Jumaat lalu. Pesawat berkenaan terkena tembakan di bahagian roda ketika melakukan penerbangan dari Lumo menuju ke Mulia, lapor CNN. Ketika kejadian, pesawat jenis Pilatus PC-6 itu membawa lapan penumpang termasuk lima anggota tentera. Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah…

Teruskan Membaca

Bangkai Pesawat Hawk 108 Sudah Ditemui

in Utama & Sensasi

RANGKA pesawat pejuang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam nahas mengorbankan dua juruterbangnya semalam sudah ditemui pagi tadi. Menerusi satu kenyataan, usaha operasi mencari dan menyelamat oleh TUDM menggunakan pesawat helikopter EC725 berjaya mengesan kedudukan rangka pesawat yang terhempas semalam berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada jam 10.27 pagi. “Sepasukan…

Teruskan Membaca

Pesawat Pejuang Hawk TUDM Dari Kuantan Hilang

in Terkini

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang, pagi tadi. Markas Tentera Udara mengesahkan pesawat pejuang TUDM itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada pukul 11.30 pagi. Menurutnya, pesawat tersebut dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di kawasan persempadanan…

Teruskan Membaca

3 Ditahan Sebut ‘Bom/Bahan Letupan’ Dalam Pesawat

in Jenayah/Utama & Sensasi

BERLIN – Tiga penumpang lelaki ditahan petang semalam di Cologne, Jerman selepas pesawat easyJet dinaiki mereka dari Ljubljana, Slovenia ke London melakukan pendaratan cemas di bandar raya itu, kata polis dalam satu kenyataan. Ia mendarat di Cologne selepas penumpang melaporkan terdengar mereka bercakap mengenai ‘hal pengganas’, menurut kenyataan. Ketiga-tiganya tidak dikenal pasti. Polis melancarkan pemeriksaan…

Teruskan Membaca

Pesawat Tentera Myanmar Hilang Ditemui, 120 Maut

in Jenayah/Utama & Sensasi

YANGON – Serpihan dipercayai milik pesawat tentera Myanmar yang dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu ditemui di Laut Andaman berhampiran lokasi terakhir pesawat itu dikesan. Sumber tentera udara Myanmar berkata, kapal tentera laut dan pesawat kini dikerahkan ke lokasi berkenaan untuk menjalankan operasi pencarian. Menurut laporan AFP, kebanyakan penumpang pesawat terbabit adalah terdiri daripadsa wanita…

Teruskan Membaca

3 Selamat Pesawat Ringan Terhempas Di Linkedua

in Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Sebuah pesawat ringan terhempas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai, di sini, Ahad, namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata kejadian berlaku pada 10.15 pagi tadi membabitkan pesawat Piper PA28. “Pesawat kendalian Kelab Penerbangan Elite itu dilaporkan…

Teruskan Membaca

MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental

in Jenayah/Slider/Utama & Sensasi

MELBOURNE – Suspek yang cuba mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB)  Penerbangan MH128  dipercayai mengalami masalah mental, menurut polis Australia. Jurucakap polis berkata, insiden itu tiada kaitan dengan aktiviti pengganas dan suspek yang berusia 25 tahun itu telah ditahan. “Ia merupakan insiden terpencil  dan kami percaya suspek mengalami masalah mental,” kata jurucakap polis…

Teruskan Membaca

Pesawat Indonesia Bawa 146 Penumpang Terbabas

in Terkini

SEBUAH pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Bandaraya Rendani, Manokwari, Wilayah Papua, pagi tadi. Kompas.com melaporkan jurucakap Kementerian Pengangkutan, J. Adravida Barata berkata, pesawat Indonesia yang membawa 146 penumpang terbabas dari landasan basah di lapangan terbang tersebut kira-kira jam 8.51 pagi (waktu tempatan). Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera…

Teruskan Membaca

Penerbangan MAS Dari KL Ke Perth Ditunda

in Terkini

KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH127 yang sedang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di (KLIA) Sepang menuju ke Perth Australia tidak meneruskan penerbangan kerana disyaki sebuah tayar pesawat itu pecah. MAS dalam satu kenyataan di dalam Facebook dan Twitternya berkata bagi menjaga keselamatan penumpang, kapten penerbangan membuat keputusan untuk tidak terus…

Teruskan Membaca

Tayar Pesawat MAS Kempis Selepas Mendarat Di KLIA

in Terkini

SEPANG – Dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini. Insiden pada 7.13 pagi itu membabitkan pesawat Boeing 738 menyebabkan Landasan 2 di KLIA ditutup. Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini berkata penumpang dan anak kapal selamat turun dari pesawat dan dipindahkan ke…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Tertinggal Anak Dalam Pesawat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BEIJING – Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku. Bagaimanapun, satu keluarga di China mengejutkan kakitangan sebuah pesawat apabila mereka tertinggal anak mereka. Kejadian berlaku baru-baru ini apabila sepasang suami isteri turun dari sebuah pesawat tanpa anak mereka selepas mereka tiba dari Chengdu. Kakitangan pesawat Southern Airlines terpaksa menelefon pasangan berkenaan untuk…

Teruskan Membaca

Insiden Penumpang Diheret ‘Dahsyat’ – Trump

in Gaya Hidup/Terkini

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan insiden penumpang United Airlines dipaksa keluar dari sebuah pesawat baru-baru ini sebagai ‘dahsyat’. Beliau juga menggesa syarikat penerbangan menaikkan jumlah bayaran pampasan kepada penumpang yang diminta memberikan tempat duduk sekiranya berlaku lebihan tempahan dalam penerbangan. Memetik laporan Wall Street Journal, Trump berkata: “Mereka patut menaikkan lagi. Tetapi apabila…

Teruskan Membaca

Turki Airlines Sambut Bayi Lahir Dalam Pesawat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan dilahirkan dalam pesawat TK538 Turki Airlines yang sedang dalam perjalanan dari Conakry (Guinea) ke Ouagadougou (Burkina Faso) pada Isnin, menurut Turki Airlines dalam satu kenyataan. Anak kapal membantu Nafi Diaby yang hamil 28 minggu untuk melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Kadiju. Sejurus pesawat Boeing B737-900 mendarat di Lapangan…

Teruskan Membaca

Biro Siasatan Diarah Kenal Pasti Punca Kegelinciran

in Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca pesawat Malaysia Airlines MH2718 tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sibu pada Sabtu lepas. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan segera berkata kerajaan memandang serius kejadian tersebut. “Langkah-langkah sewajarnya hasil…

Teruskan Membaca

Ramai Tidak Tahu Penerbangan Hari Ini Dibatal

in Terkini

SIBU – Ramai penumpang yang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Sibu ke destinasi lain mendakwa mereka tidak mengetahui mengenai pembatalan semua penerbangan hari ini. Tinjauan Bernama mendapati mereka hanya mengetahui mengenai pembatalan penerbangan sebaik tiba di lapangan terbang. Berikutan itu ada yang meminda penerbangan kepada hari esok manakala ada yang mengambil keputusan berlepas daripada Lapangan…

Teruskan Membaca

Dilarang Pakai ‘Legging’ Dalam Pesawat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

NEW YORK – Sekurang-kurangnya dua penumpang perempuan yang memakai ‘legging’ tidak dibenarkan menaiki penerbangan United Airlines pada Ahad lalu. Ini kerana mereka tidak mematuhi kod pakaian penumpang, kata operator penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu dalam satu kenyataan di Twitter. Menurut satu siri kenyataan penumpang lain di Twitter, yang memperkenalkan diri sebagai pengasas kumpulan penyokong kawalan…

Teruskan Membaca

TUDM Secara Rasmi Terima Pesawat Terbaru A400M

in Terkini

LANGKAWI – Pesawat tentera keempat dan terakhir Airbus A400M secara rasmi diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh syarikat Airbus hari ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima pesawat A400M itu daripada Ketua Pesawat Tentera, Airbus Defence and Space, Fernando Alonso dalam acara sampingan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017…

Teruskan Membaca

Malindo Air Pertama Guna Pesawat Boeing 737 Max

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Malindo Air akan menjadi syarikat pertama menggunakan pesawat jenis Boeing 737 MAX dalam perkhidmatan penerbangan komersial. Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Malindo Air berkata pada masa ini syarikat itu menggunakan jet jenis Boeing 737 Next-Generation dan akan menerima sehingga empat unit Boeing 737 MAX, tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo…

Teruskan Membaca

Atlet Rusia Diusir Pesawat Kerana Terlalu Tinggi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG atlet bola tampar Rusia yang memiliki ketinggian 210 sentimeter diusir daripada sebuah pesawat penerbangan tambang murah di Rusia kerana tubuhnya yang terlalu tinggi. Anak kapal Pobeda Airlines mendakwa Alexander Kimerov, 20, menghalang lorong di dalam kabin penumpang kerana kakinya yang terlalu panjang. Kimerov menaiki pesawat itu dari Noby Urengoy, Siberia untuk ke Moscow sebelum…

Teruskan Membaca

Selimut Punca Pesawat Dilencongkan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

LOS ANGELES – Tindakan seorang penumpang yang berang kerana diminta membayar AS$12 (RM53) untuk sehelai selimut, menyebabkan penerbangan dari Las Vegas ke Honolulu terpaksa dilencongkan ke Los Angeles, semalam. Jurucakap polis di lapangan terbang Los Angeles, Rob Pedregon, berkata ia berlaku sebaik pesawat Hawaiian Airlines berlepas dari Las Vegas sebelum seorang penumpang lelaki berusia 66…

Teruskan Membaca

Lempeng, Jeruk Sayur Lebih 15kg Masuk Pesawat

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

ALKISAH seorang lelaki dari China dihalang daripada melepasi kaunter pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou gara-gara bagasi yang dibawanya terlebih muatan. Menurut laman berita tempatan negara tersebut, insiden pada Khamis itu berpunca apabila individu lelaki itu yang terlebih membawa muatan sebanyak 15 kilogram. Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berasal dari Nanjing difahamkan membawa lempeng…

Teruskan Membaca

Putera Saudi Beli Tiket Pesawat Bawa 80 Helang

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

DUBAI – Seorang putera diraja Arab Saudi dilaporkan sanggup membeli tiket jet penumpang untuk menempatkan 80 burung helang peliharaannya. Gambar yang disiarkan menerusi laman Reddit segera menjadi tular, menunjukkan sekawan helang yang ditutup mata diletakkan dalam kapal terbang, setiap daripadanya diikat dengan selamat di kerusi. Pengguna Reddit menulis: “Seorang rakan saya mengirimkan gambar ini. Putera…

Teruskan Membaca

Kru Kabin BA, Tube London Mogok Februari Ini

in Jenayah/Utama & Sensasi

KRU kabin British Airways (BA) dan kakitangan kereta api bawah tanah London merancang untuk melancarkan mogok pada awal Februari ini. Keputusan pekerja Tube London itu dibuat kerana tidak berpuas hati berikutan penutupan dua pejabat jualan tiket baru-baru ini. Mereka menetapkan mogok selama 16 jam dari pukul 6 petang pada 5 Februari hingga 10 pagi pada…

Teruskan Membaca

AirAsia X Dibenarkan Terbang Ke Amerika Syarikat

in Gaya Hidup

KUALA LUMPUR – AirAsia X menerima kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan untuk penerbangan ke Amerika Syarikat (AS). Ia sekali gus menjadikan AirAsia X sebagai syarikat penerbangan tambang rendah Asia pertama yang memperoleh kelulusan untuk mengendalikan penerbangan penumpang berjadual ke negara berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun berkata kelulusan tersebut membolehkan syarikat penerbangan…

Teruskan Membaca

Pesawat American Airlines Mendarat Cemas Di Portugal

in Terkini

MADRID – Sebuah pesawat milik American Airlines, yang dalam perjalanan ke Barcelona dari New York terpaksa membuat pendaratan cemas di barat laut Portugal selepas mengalami teknikal. Pihak berkuasa lapangan terbang Sepanyol dan Portugal ketika memberitahu The Associated Press semalam, berkata kejadian itu berlaku apabila juruterbang pesawat AAL66 meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas. Pesawat itu…

Teruskan Membaca

Malaysia, China & Australia Lakukan Terbaik Cari MH370

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia bersama-sama Australia dan China telah berhempas-pulas mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sejak ia dilaporkan hilang pada 2014, kata pakar geostrategi Prof Dr. Azmi Hassan. Beliau berkata bukan mudah bagi ketiga-tiga negara itu, yang tidak mempunyai pengalaman kehilangan pesawat, untuk duduk semeja dan membincangkan usaha mencari pesawat malang itu di…

Teruskan Membaca

1 2 3 7
Go to Top