SATU PERUBAHAN

Tag archive

PRU14

SPR Menafikan Dakwaan Manipulasi PRU14

in Politik/Terkini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan Bersih 2.0 kononnya suruhanjaya itu memanipulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk memenangkan pihak tertentu. Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan bahawa semua proses PRU14 telah dilaksanakan dengan telus dan adil tanpa sebarang unsur manipulasi terhadap mana-mana pihak. “SPR tidak pernah bertindak campurtangan dalam semua…

Teruskan Membaca

Turunkan Bendera Parti Sebelum 23 Mei Ini

in Politik/Utama & Sensasi

PARTI-PARTI politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diberi tempoh sehingga 23 Mei ini untuk menanggalkan semua bendera atau poster parti masing-masing. Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zaidnal Muhammad Safian yang dipetik BH Online berkata, semua parti terlibat diberi tempoh selama 14 hari selepas pilihan raya untuk berbuat demikian. Jika poster atau bendera…

Teruskan Membaca

PRU14: Polis N.Sembilan Buka 2 Kertas Siasatan

in Jenayah/Politik/Terkini

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan membabitkan dua kes sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini semalam. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata kertas siasatan pertama melibatkan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikesan membawa contoh kertas undi…

Teruskan Membaca

PRU14 Mesej Jelas Rakyat Untuk UMNO, BN Muhasabah

in Politik/Terkini

SEREMBAN – Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pusat adalah mesej jelas daripada rakyat bahawa parti itu perlu bermuhasabah. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan di sini, hari ini berkata sebagai pemimpin UMNO dan BN, beliau telah mencuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. “Hari ini adalah permulaan baru…

Teruskan Membaca

Berang SPR, Netizen Tegur Tindakan Anak Datuk K

in Artis/Utama & Sensasi

PILIHAN Raya Umum (PRU) ke-14 bagaikan satu kontroversi buat Malaysia selepas banyak khabar angin terus menghimpit pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak semalam. Banyak pihak bagaikan kecewa dengan pihak SPR termasuklah anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa merangkap anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang meluahkan perasannya menerusi laman Twitternya pada pagi semalam.…

Teruskan Membaca

Tun M Harap Angkat Sumpah Jawatan PM 5 Petang Ini

in Politik/Terkini

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh sebelum 5 petang ini di Istana Negara di sini. Media dinasihati oleh Istana Negara supaya bersiap sedia untuk membuat liputan upacara itu. Terdahulu, Dr. Mahathir dalam sidang akhbar bersama para pemimpin dalam Pakatan Harapan berkata, terdapat keadaan mendesak bagi negara untuk…

Teruskan Membaca

Sultan Johor Minta Keputusan Rakyat Dihormati

in Politik/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat yang mahukan kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Justeru, baginda bertitah supaya kerajaan baharu dapat dibentuk segera, termasuk melantik perdana menteri secepat mungkin, tanpa membuang masa lagi. Melalui satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya itu,…

Teruskan Membaca

Belum Tentu Mahathir Dilantik PM Ke-7

in Uncategorized

PEMILIHAN Perdana Menteri ke-7 negara akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kata beliau, ini berikutan tidak ada mana-mana parti pun yang berjaya membentuk simple majority atau majoriti mudah di Parlimen. Beliau mengumumkan demikian melalui satu sidang media khas sebentar tadi. Tun Dr. Mahathir dijadualkan sepatutnya mengangkat sumpah…

Teruskan Membaca

Tiada Parti Boleh Bentuk Kerajaan Negeri Di Sabah

in Politik/Terkini

KOTA KINABALU – Tiada parti yang boleh membentuk kerajaan negeri secara bersendirian di Sabah berikutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menunjukkan parti-parti berkenaan tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan. Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya kurang satu kerusi untuk membolehkannya mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.…

Teruskan Membaca

PRU14: PH Tawan Johor, Melaka, Negeri Sembilan

in Politik/Terkini

PETALING JAYA – Sejarah telah tercipta dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila Pakatan Harapan (PH) buat pertama kali berjaya menawan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), awal pagi Khamis mengumumkan PH menang majoriti mudah 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor. Senario sama berlaku di Negeri Sembilan, apabila PH diisytiharkan…

Teruskan Membaca

PAS Rampas Terengganu, Kekal Di Kelantan

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan penguasaannya di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah membuat pengumuman itu dalam satu sidang media awal pagi Khamis, berdasarkan majoriti mudah kerusi yang dimenangi parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri…

Teruskan Membaca

Barisan Nasional Menang 3-0 Di Bagan Datuk

in Politik/Terkini

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam. Ahmad Zahid menang dengan majoriti 5,073 undi setelah mendapat 18,909 undi menewaskan Pakhrurrazi Arshad (PKR) yang memperoleh 13,836 undi dan calon PAS, Ata Abdul Muneim Hasan Adli (4,061 undi). Lebih bermakna, Barisan Nasional (BN)…

Teruskan Membaca

BN Terengganu Pastikan Peralihan Berjalan Lancar

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memastikan peralihan kuasa kepada PAS Terengganu berjalan dengan lancar di negeri itu. Bagaimanapun, Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta sedikit masa untuk tempoh bertenang dan membuat perancangan yang seterusnya. “Saya ingin ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Terengganu yang telah melaksanakan kewajipan mereka sebagai…

Teruskan Membaca

Cuma Dapat 90 Undi, Diva AA Tetap Jamu Rendang

in Artis/Politik/Utama & Sensasi

CALON Bebas, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang bertanding kerusi DUN Bukit Antarabangsa hanya mampu memperoleh 90 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pertembungan lima penjuru bagi DUN berkenaan menyaksikan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga penyandang kerusi itu berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti 25,512 undi. Perkara itu diumumkan…

Teruskan Membaca

DAP Dakwa Izin PKR Jadi MB Negeri Sembilan

in Politik/Utama & Sensasi

DAP mendakwa sedia membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook. Beliau berkata, ia boleh dilakukan walaupun DAP sebenarnya yang menang lebih banyak kerusi daripada PKR di negeri berkenaan sekali gus mengulangi situasi seperti PRU ke-12 pada 2008 di Dewan Undangan Negeri…

Teruskan Membaca

Kecoh Bila Kenderaan Didakwa Bawa Peti Undi Hantu

in Politik/Terkini

ISKANDAR PUTERI – Berlaku sedikit kekecohan di luar pusat penjumlahan rasmi undi Parlimen Iskandar Puteri di Dewan Bandaraya Iskandar Puteri, di sini, sebentar tadi. Kejadian pada 8 malam itu berlaku apabila sekumpulan individu cuba menghalang sebuah kereta Proton Exora memasuki kawasan dewan berkenaan kerana mendakwa kenderaan tersebut membawa peti undi hantu. Sehubungan itu mereka yang…

Teruskan Membaca

RASMI: BN Menang 10 Kerusi Parlimen, DAP 3, PKR 2

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 9 malam tadi, keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menguasai 10 kerusi Parlimen, DAP menang tiga kerusi, PKR dua kerusi dan calon Bebas satu kerusi. Bagi keputusan tidak rasmi setakat ini, BN memenangi 33 kerusi, pakatan pembangkang di 20 kerusi dan calon Bebas memenangi satu…

Teruskan Membaca

Suasana PRU14 Beri Ilham Kepada Mamat Khalid

in Artis/Politik/Utama & Sensasi

IPOH – Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid antara beberapa karyawan kelahiran Perak tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya kali ini. Mamat mengundi di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Sungai Rokam. Beliau yang sudah kali keempat mengundi bagi kawasan Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di sini, keluar mengundi…

Teruskan Membaca

Abang Polis Senyum Manis, Pengundi ‘Hilang’ Penat…

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RATA-RATA rakyat Malaysia kini berasa sangat teruja atas pengalaman mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada hari ini. Dalam penat beratur menanti giliran, ada pula seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Matilda NY telah memuat naik satu posting yang telah mencuri tumpuan ramai netizen di media sosial. elok sangat ni. at first nampak dia…

Teruskan Membaca

Tiga Pengundi Buat Laporan Nama Digunakan

in Jenayah/Politik/Terkini

KUANTAN – Tiga pengundi di Pahang membuat laporan polis setelah nama mereka digunakan untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, laporan itu membabitkan dua kes di Temerloh manakala satu kes lagi di daerah ini. “Laporan itu diterima…

Teruskan Membaca

PM Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi, Petugas

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi dan petugas pilihan raya yang menunaikan tangggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini. Ucapan serupa turut ditujukan perdana menteri kepada mereka yang bertugas menjaga keselamatan. “Terima kasih kepada semua pengundi yang turun menunaikan tanggungjawab, petugas pilihan raya yang…

Teruskan Membaca

Warga Emas Terlantar Syukur Dapat Mengundi

in Politik/Terkini

BERA – Terlantar sejak enam bulan akibat menghidap penyakit gout yang kronik, menyebabkan seorang warga emas tidak tidur lena semalam memikirkan hasrat untuk mengundi pada hari ini mungkin tidak akan tercapai berikutan keuzurannya itu. Mengenangkan keadaan itu, Musa Ismail, 68, merasa sedih memandangkan beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab itu sejak 1974 iaitu pada Pilihan Raya…

Teruskan Membaca

Pusat Pengundian Tutup 5 Petang – SPR

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 8 pagi tadi berakhir dengan kesemua 8,253 pusat pengundian di seluruh negara ditutup 5 petang ini. Pada keseluruhannya, cuaca cerah sepanjang pengundian berjalan di kebanyakan pusat mengundi kecuali hujan lebat dilaporkan di Permatang Pauh, Pulau Pinang sebentar tadi. Antara pemimpin yang mengundi pada sebelah…

Teruskan Membaca

Polis Kedah Terima 5 Laporan Gagal Mengundi

in Jenayah/Politik/Terkini

ALOR SETAR – Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam berhubung kegagalan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah ACP Ab Rahaman Arsad berkata sehingga 4 petang tadi, lima laporan telah dibuat yang empat daripadanya dibuat di Balai Polis Jitra dan satu di…

Teruskan Membaca

SPR Nafi Ada Kertas Undi Konon Tidak Dicop

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati isu kertas undi tidak dicop yang berlaku di sebuah pusat mengundi tidak benar, sebagaimana yang tular di media sosial, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah. Menurut beliau, sekiranya ada berlaku kesilapan ia adalah kes terpencil dan pengundi tidak perlu bimbang jika kertas undi berkenaan…

Teruskan Membaca

3 Kawasan Di Perak Alami Gangguan Bekalan Elektrik

in Politik/Terkini

IPOH – Tiga kawasan di Perak​​​​​​ mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan hujan lebat kira-kira pukul 2 petang tadi namun telah dibaik pulih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd Nazri Ismail berkata kawasan yang terlibat ialah Bagan Serai, Bukit Gantang dan di daerah Larut. “TNB telah menyelesaikan masalah itu yang…

Teruskan Membaca

Polis Sabah Terima Laporan 6 Kes IC Palsu

in Jenayah/Politik/Terkini

KOTA KINABALU – Polis Sabah menerima laporan enam kes melibatkan kad pengenalan digunakan individu lain semasa pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 setakat 2 petang tadi. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata tiga kes diterima di Tawau dan satu kes masing-masing di Papar, Lahad Datu dan Kota Kinabalu. “Polis telah menerima laporan tentang penggunaan kad…

Teruskan Membaca

Rentak Pengundian Perlahan, 62% Keluar Mengundi

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Pemilih masih keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun rentak pengundian di kebanyakan kawasan agak perlahan setakat 3 petang. Ini berikutan rata-rata pengundi telah menjalankan tanggungjawab pada sebelah pagi sebaik sahaja pusat mengundi dibuka pada 8 pagi. Sehingga pukul 2 petang, 62 peratus pemilih berdaftar telah keluar mengundi. Selain dua…

Teruskan Membaca

PRU14: Pak Wan Percepat Kayuhan Demi Mengundi

in Gaya Hidup/Politik/Utama & Sensasi

KOTA BHARU – Tindakan nekad pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, mempercepatkan kayuhan basikalnya menjelajah selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura berbaloi apabila sempat mengundi pada pilihan raya ke-14 (PRU14) hari ini. Mengikut perancangan asal, Wan Hashim dijadual menamatkan penjelajahan berbasikal kali ketujuh itu dengan jarak 2,800 kilometer pada 11 Mei ini…

Teruskan Membaca

Proses Pengundian Seluruh Negara Terkawal, Lancar

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung di seluruh negara setakat ini adalah terkawal dan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keadaan masih terkawal sepanjang proses pengundian dan pengundi mematuhi arahan yang ditetapkan polis…

Teruskan Membaca

Yang Dipertua Negeri Melaka Mengundi Di Bukit Baru

in Politik/Terkini

MELAKA – Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru di sini hari ini. Mohd Khalil yang memakai baju kemeja lengan pendek berwarna oren tiba kira-kira 11 pagi diiringi oleh Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan dan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka, Haelmy Mohd…

Teruskan Membaca

Rakyat Malaysia Memenuhi Pusat Pengundian

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Demokrasi di Malaysia tetap subur dengan rakyat Malaysia memenuhi pusat pengundian di seluruh negara bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tanpa sebarang laporan mengenai kejadian tidak diingini setakat ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 36 peratus pemilih berdaftar telah keluar melaksanakan hak mereka sebagai pengundi setakat 11…

Teruskan Membaca

PRU14: Tengku Puan Pahang Mengundi Di Pekan

in Politik/Terkini

PEKAN – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan untuk turut sama menyertai rakyat jelata menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Terentang, di sini hari ini. Berbaju kurung biru, baginda tiba di sekolah berkenaan kira-kira jam 10 pagi dan melakukan semakan di kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum beratur…

Teruskan Membaca

Wanita 54 Tahun Meninggal Di Pusat Mengundi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

DUNGUN – Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia meninggal dunia ketika sedang beratur menunggu giliran di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, pagi ini. Rokiah Sulong, 54, dari Kampung Pelandang tiba-tiba rebah di pusat terbabit, kira-kira jam 8.20 pagi. Anak sulong mangsa, Nur Zita Md Nor, 36, berkata dia membawa ibu itu ke…

Teruskan Membaca

PRU14: PDRM Siasat Panggilan Telefon Misteri

in Jenayah/Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat panggilan telefon misteri yang dikatakan diterima beberapa pemimpin parti politik serta pegawai kanan kerajaan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Antara yang mendakwa menerima panggilan tidak berjawab daripada nombor luar negara ialah Naib Presiden UMNO, ​​​​​​Datuk…

Teruskan Membaca

PM Arah Tindakan Segera Terhadap Panggilan Spam

in Jenayah/Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera terhadap insiden panggilan spam daripada nombor antarabangsa yang diterima ramai pemimpin Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri berkata beliau mengecam sekeras-kerasnya taktik `panggilan spam’ itu yang diterima ramai pemimpin BN sejak awal pagi tadi. “Telefon yang diserang `spam’ ini tak dapat berfungsi seperti…

Teruskan Membaca

Telefon Bimbit Pemimpin BN Terima Serangan Teknikal

in Jenayah/Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Telefon bimbit milik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menerima serangan teknikal sejak awal pagi ini. Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata pemimpin parti itu menerima panggilan dari luar negara tanpa henti. Beliau mendakwa, tindakan itu jelas bertujuan menghalang komunikasi antara pemimpin dengan jentera parti berkenaan. “Panggilan dari luar…

Teruskan Membaca

24 Peratus Keluar Mengundi Setakat 10 Pagi

in Politik/Terkini

PUTRAJAYA – Peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi sangat baik dengan 24 peratus daripada keseluruhan 14,449,200 pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 10 pagi ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata berdasarkan laporan awal yang diterimanya, proses pengundian di seluruh negara turut berjalan…

Teruskan Membaca

“Bonda Masih Marah Dengan Abang” – Nik Abduh

in Politik/Utama & Sensasi

KOTA BHARU – “Bonda masih marah dengan abang (Nik Omar Nik Aziz),” kata Nik Abduh mengenai hubungan ibunya dengan Nik Omar selepas abangnya menyertai pakatan pembangkang. Nik Abduh berkata, sejak penamaan calon pada 28 April lalu. dia dan keluarga tidak pernah bertemu dan berhubung dengan Nik Omar.  “Sejak penamaan calon saya difahamkan dia berada di…

Teruskan Membaca

Terima Hakikat, Jangan Susahkan Rakyat – Hadi

in Politik/Utama & Sensasi

MARANG – “Menang atau kalah, kena terima hakikat, jangan menyusahkan rakyat dan negara,” itu pesan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini, hari ini. Presiden PAS itu berkata, setiap calon dan parti yang bertanding perlu akur kepada keputusan dan kehendak pengundi.  “Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, selamat…

Teruskan Membaca

1 2 3 15
Go to Top