SATU PERUBAHAN

Tag archive

Sabah

Sabah Beri Jaminan Pastikan Kestabilan Politik

in Terkini

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memberi jaminan akan terus komited untuk memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman. Beliau berkata kerajaan negeri juga akan berusaha mempertahan dan mengukuhkan aspek-aspek positif supaya rakyat terus mendapat manfaat di sebuah negara yang sentiasa berusaha ke arah memperbaiki…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Kota Marudu Meningkat 236 Orang

in Terkini

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu, Kota Marudu, kira-kira 130 kilometer dari sini sehingga jam 9 pagi ini meningkat kepada 236 orang daripada 102 keluarga berbanding 119 orang daripada 47 keluarga malam tadi. Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Marudu 203 orang mangsa berkenaan dipindahkan…

Teruskan Membaca

26 Mati Di Sabah Angkara Bakakuk

in Jenayah/Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – Sebanyak 193 laras senapang patah buatan sendiri atau bakakuk, dirampas menerusi 146 kes berkaitan penggunaan dan pemilikan senjata api terbabit di Sabah sejak 2013 hingga kini. Sepanjang tempoh sama, 238 individu ditahan untuk siasatan lanjut dan pendakwaan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata daripada jumlah itu, 95 ditahan bersama rampasan 71…

Teruskan Membaca

SESB Terus Fokus Beri Bekalan Elektrik Berterusan

in Terkini

KOTA KINABALU – Semua anggota kerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) digesa supaya terus fokus kepada tugas harian mereka dalam memastikan perkhidmatan bekalan elektrik berterusan di negeri ini. Menurut kenyataan SESB di sini hari ini, gesaan itu dibuat Pengarah Urusan SESB Ir Abd Razak Sallim pada perhimpunan awal tahun SESB baru-baru ini. “SESB akan terus…

Teruskan Membaca

Semua Kementerian Di Sabah Sudah Tandatangani IBR

in Terkini

KOTA KINABALU – Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah sudah melafaz dan menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Zulkefle Abdul Hamid. Beliau berkata dengan perkembangan itu, Sabah menjadi negeri pertama di negara ini yang mana semua jabatan dan agensi di bawah…

Teruskan Membaca

Libaran Lokasi Pertama UMNO Bantu Rakyat 2.0

in Politik/Terkini

SANDAKAN – Seramai 2,000 orang daripada golongan tidak berkemampuan dan pelajar di Bahagian Libaran mendapat bantuan menerusi pelaksanaan Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan UMNO pusat di sini, hari ini. Bahagian Libaran menjadi lokasi pertama pelaksanaan program itu dengan 1,000 orang masing-masing menerima hamper barang keperluan rumah bernilai RM100. Untuk penerima 1,000 pelajar…

Teruskan Membaca

Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Di Sabah

in Terkini

KOTA KINABALU – Kerajaan akan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik di Sabah bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana (M40) mampu memiliki kediaman sendiri, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor. Katanya, rakyat perlu mengambil peluang tersebut dengan mengambil tahu setiap program hari terbuka bagi acara jualan rumah seperti dianjurkan Perbadanan PR1MA Malaysia…

Teruskan Membaca

Sabah Sumbang RM6 Juta Untuk Rela Di Esszone

in Terkini

TUARAN – Sumbangan kerajaan negeri Sabah sebanyak RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) negeri bukti kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan dan jasa anggota jabatan itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Katanya beliau tidak teragak-agak untuk meluluskan jumlah yang begitu besar, khususnya dalam menjayakan penugasan pasukan Rela di kawasan Zon Selamat Timur Sabah…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Pitas Kekal 10 Orang

in Terkini

KOTA KINABALU – Mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, Kudat setakat 8 pagi ini kekal 10 orang daripada tiga keluarga sepertimana malam tadi. Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, berkata mereka ditempatkan di PPS Kampung Sinukab Kinabongan. “Setakat jam 8.46 pagi tadi paras air sungai utama di daerah itu iaitu…

Teruskan Membaca

7 Perkampungan Setinggan Di Kudat Disusun Semula

in Terkini

KUDAT – Tujuh perkampungan setinggan di kawasan pesisir pantai di Kudat yang didiami kira-kira 2,000 keluarga akan disusun semula bagi menjadikan perkampungan berkenaan lebih tersusun, indah, selesa dan selamat untuk penduduk. Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim berkata melalui penyusuan semula secara berperingkat itu, perkampungan yang sudah didiami sejak 60 tahun lepas itu juga akan mengubah…

Teruskan Membaca

Amaran Waspada Banjir Di Sabah Ditamatkan

in Terkini

KUALA LUMPUR – Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) hari ini menamatkan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) untuk Sabah berikutan keadaan cuaca di negeri itu yang bertambah baik. NDCC dalam kenyataan berkata Jabatan Meteorologi Malaysia juga meramalkan tiada jangkaan hujan lebat akan berlaku dalam tempoh terdekat di negeri itu. “Amaran cuaca yang dikeluarkan pada 4 petang,…

Teruskan Membaca

Gempa Bumi Lemah Landa Tongod, Sabah

in Terkini

KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter berlaku di Tongod, Sandakan di Sabah pada 8.40 pagi ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi yang berpusat di 37 kilometer timur Tongod itu menyebabkan gegaran boleh dirasai di sekitar kawasan Tongod. – BERNAMA

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Membakut Terus Meningkat Pagi Ini

in Terkini

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di daerah kecil Mambakut meningkat kepada 626 orang daripada 218 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 590 orang daripada 207 keluarga malam tadi. Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata peningkatan mangsa itu menyebabkan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bangunan Kafa Mambakut. “Seramai…

Teruskan Membaca

Kegiatan Gengster Kalangan Pelajar Di Sabah Terkawal

in Terkini

KOTA KINABALU – Kegiatan kumpulan gengster dalam kalangan pelajar di Sabah masih terkawal, namun pemantauan ke atas mereka akan terus dipertingkatkan bagi mengelak perkara tidak diingini. Sehubungan itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah SAC Ahmad Fadzillah Mohamed berkata pihaknya telah melantik pegawai perhubungan sekolah dalam kalangan anggota polis bagi memantau semua…

Teruskan Membaca

Cuma 5 Mangsa Banjir Di PPS Di Penampang

in Terkini

KOTA KINABALU – Hanya tinggal lima mangsa banjir daripada satu keluarga di Penampang yang masih berada di pusat pemindahan sementara di Resthouse Kompleks Lembaga Sukan Penampang setakat 8 pagi ini. Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, pusat pemindahan itu dibuka sejak 17 Dis lepas apabila beberapa kampung di daerah itu dilanda banjir. Setakat pagi…

Teruskan Membaca

7 Mangsa Banjir Penampang Masih Di PPS

in Terkini

KOTA KINABALU – Seramai tujuh mangsa banjir daripada dua keluarga di Penampang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Resthouse Kompleks Lembaga Sukan Penampang hingga 8.30 pagi tadi. Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS itu dibuka sejak 17 Dis lalu selepas lapan perkampungan di daerah itu dilanda banjir. Sementara itu, paras Sungai Moyog mencecah…

Teruskan Membaca

Macam Tragedi Ribut Tropika Greg 21 Tahun Lalu

in Terkini

KENINGAU – “Saya cuma fikir mahu selamatkan diri dan anak selepas melihat arus deras sungai bercampur lumpur mula menghakis tebing sebelum meranapkan rumah kami.” Begitu kata Ferding Asmawil, 51, yang kehilangan rumahnya di Kampung Pampang di sini, selepas dihanyutkan arus deras Sungai Pampang dalam kejadian banjir kilat, kelmarin. Dalam kejadian jam 3 petang, sebanyak 10…

Teruskan Membaca

Kota Belud Kini Terjejas Banjir Semula

in Terkini

KOTA KINABALU – Baharu pulih daripada banjir pada Jumaat lepas, Kota Belud kini terjejas banjir semula. Seramai 127 mangsa banjir daripada 67 keluarga di Kota Belud ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun Said hingga 6.30 pagi tadi. Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS Dewan Masyarakat Tun Said mula menerima mangsa…

Teruskan Membaca

Banjir Di Daerah Kota Belud Kian Pulih

in Terkini

KOTA KINABALU – Keadaan banjir di Daerah Kota Belud kian pulih, apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Tun Said ditutup secara rasmi 12.30 tengah hari ini. Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, proses menghantar pulang mangsa banjir di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2 ke kediaman masing-masing kini sedang dilaksanakan.…

Teruskan Membaca

Keupayaan Esscom Tidak Harus Diperkecilkan

in Terkini

BELURAN – Keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam mempertahankan keamanan negara tidak harus diperkecilkan oleh mana-mana pihak, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata ini kerana sejak ditubuhkan selepas insiden Tanduo pada Mac 2013, Esscom telah memperlihatkan banyak kejayaan khususnya dalam mematahkan cubaan…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Pagi Ini

in Terkini

KOTA KINABALU – Sebanyak 1,685 orang daripada 719 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga jam 8 pagi ini berbanding 1,613 daripada 692 keluarga malam tadi. Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan pagi ini berkata lima pusat pemindahan dibuka di Daerah Kota Belud iaitu…

Teruskan Membaca

120 Mangsa Banjir Kota Belud Ditempatkan Di PPS

in Terkini

KOTA BELUD – Seramai 120 mangsa daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak semalam. Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, mangsa merupakan sebahagian daripada penduduk 26 kampung di Kota Belud yang terjejas banjir akibat hujan berterusan berkenaan. Sementara…

Teruskan Membaca

Percepat Projek Jambatan Menumbok – Labuan

in Terkini

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diharap dapat mempercepat pelaksanaan pembinaan Jambatan Menumbok – Labuan kerana projek itu penting bagi menggerakkan lagi ekonomi setempat khususnya di Kuala Penyu dan Menumbok. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury berkata pelaksanaan projek pembinaan jambatan itu juga perlu dijadikan sebagai satu daripada agenda…

Teruskan Membaca

“Bekas Menteri Sabah Acu Pistol Pada Saya”

in Jenayah/Utama & Sensasi

SELEPAS kecoh kes seorang individu berstatus ‘Datuk Seri’ belasah anggota Rela pada awal bulan ini, kali ini muncul pula kes seakan-akan sama melibatkan seorang bekas menteri. Insiden terbaharu itu didedahkan seorang warga emas yang mendakwa bahawa dia telah diugut tembak oleh bekas menteri Sabah dek kerana hal yang boleh perselisihan faham yang boleh dielakkan. Lapor…

Teruskan Membaca

Pandikar Cabar Shafie: “Kita Tengok Siapa Bodoh Nanti”

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mencabar Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berbahas secara terbuka tentang sejarah penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Cabaran itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Semporna itu bahawa mereka yang mengatakan status Sabah dan Sarawak sama seperti negeri di Semenanjung adalah “bodoh”. “Hampir tersembur…

Teruskan Membaca

Projek Korek Sungai Atasi Banjir Di Kota Belud

in Terkini

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata projek khas pengorekan sungai dan pengambilan pasir serta batu di sungai-sungai tertentu bagi mengatasi masalah banjir di Kota Belud akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Yahya berkata permohonan Majlis Daerah Kota Belud bagi melaksanakan projek berkenaan bagi mengatasi masalah banjir kesan daripada kejadian gempa…

Teruskan Membaca

Pemuda BN Sabah Harus Bantu Belia Majukan Diri

in Politik/Terkini

KOTA KINABALU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah harus membantu golongan belia dengan maklumat untuk memajukan diri mereka, sekali gus membolehkan golongan itu turut serta dalam membangunkan negara. Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata keprihatinan itu akan membuatkn golongan berkenaan lebih tertarik untuk menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang. “Sampaikan maklumat…

Teruskan Membaca

Sabah Acuan Terbaik Konsep 1Malaysia

in Utama & Sensasi

KENINGAU – Sabah merupakan contoh terbaik acuan konsep 1Malaysia di negara ini, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno. Katanya amalan bersatu, bekerjasama dan saling hormat menghormati dalam kalangan kepelbagaian etnik dan anutan agama telah menjadi budaya rakyat di negeri ini sejak sekian lama. “Ini adalah contoh terbaik (bentuk) masyarakat sebagaimana…

Teruskan Membaca

JBPM Sabah Tekad Tambah Baik Perkhidmatan

in Terkini

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bertekad untuk menambah baik perkhidmatan mereka dalam menghadapi sebarang bencana mahupun kecemasan yang berlaku. Pengarahnya Nordin Pauzi berkata bagi mencapai hasrat itu, pihaknya mengalukan perkongsian maklumat dan pengalaman daripada rakan mereka di negeri lain. “Di Sabah, kita memerlukan input-input daripada perkongsian di seluruh negara. “Banyak…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Kota Belud Menurun Kepada 499 Orang

in Terkini

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Kota Belud yang ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir sehingga 8 pagi ini menurun kepada 499 orang daripada 152 keluarga berbanding 738 orang daripada 222 keluarga malam tadi. Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya hari ini, kesemua mangsa banjir berkenaan berada di pusat pemindahan banjir…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Kota Belud Menurun 2,073 Orang

in Terkini

KOTA KINABALU – Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 2,073 orang hingga 1.30 tengah hari ini. Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah satu daripada lapan pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini iaitu Dewan Gopog Taginambur ditutup 11.50 tengah hari tadi. Pusat pemindahan sementara yang masih dibuka ialah Dewan Masyarakat Tun…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Kota Belud Meningkat 2,166 Orang

in Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 2,166 orang sehingga 12 tengah hari ini dan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara. Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, pusat pemindahan sementara itu ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi…

Teruskan Membaca

Jumlah Mangsa Banjir Di Kota Belud Terus Meningkat

in Terkini

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 2,132 orang sehingga pukul 11 pagi ini berbanding 2,113 orang setakat 8 malam tadi. Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara iaitu Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said,…

Teruskan Membaca

Tebing Gunung Kinabalu Tiba-Tiba Runtuh Besar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KOTA KINABALU – Penduduk Sabah gempar apabila satu runtuhan besar dilaporkan berlaku di kawasan tebing Gunung Kinabalu secara tiba-tiba kira-kira pukul 3.15 petang Sabtu. Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kol. Mohd. Izaimi Md. Daud berkata, lokasi kejadian tersebut dikenal pasti di Ulu Sungai Masilou 2, Kampung Masilou. Kundasang. “Pihak APM Sabah…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Di Kota Belud Meningkat

in Terkini

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Kota Belud meningkat kepada 1,824 orang tengah hari ini berbanding 1,729 pagi tadi. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan berkata mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan banjir iaitu Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan SMK Agama Tun Said, SMK Taun Gusi 1, SMK Taun Gusi 2, Dewan…

Teruskan Membaca

Mangsa Banjir Kota Belud Meningkat 1,729 Orang

in Terkini

KOTA KINABALU – Sebanyak 24 kampung di Kota Belud terjejas banjir manakala lapan jalan raya masih tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air. Keadaan tersebut menjadikan bilangan mangsa banjir di enam pusat pemindahan banjir di Kota Belud setakat 7.45 pagi ini meningkat kepada 1,729 orang berbanding 1,503 malam tadi. Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan…

Teruskan Membaca

Kira-Kira 500 Warga Kerja Yayasan Sabah Lafaz IBR

in Terkini

KOTA KINABALU – Kira-kira 500 warga kerja Yayasan Sabah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini sebagai usaha membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa. Majlis ikrar itu diketuai oleh Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad dan disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Sazali Salbi. Berucap pada majlis itu, Sapawi…

Teruskan Membaca

Warga Emas Ditahan Sebabkan Kematian Penyu

in Terkini

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas ditahan pihak berkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah berhubung penemuan lapan bangkai penyu yang diterdampar di Pulau Bum Bum, Semporna. Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pantau-Pantau direman selama lima hari. Tambah beliau pihaknya sudah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang menjejaki mereka di beberapa…

Teruskan Membaca

Orang Bajau Laut Dipercayai Sengaja Bunuh 100 Penyu

in Jenayah/Terkini

KOTA KINABALU – Golongan Bajau Laut atau dikenali nomad laut dipercayai membunuh dengan kejam kira-kira 100 ekor penyu yang rangkanya ditemukan bertaburan di pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau Bum-Bum, Semporna baru-baru ini. Mengenai rangka penyu yang tular di media sosial semalam, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata pasukan…

Teruskan Membaca

Pusat Pemindahan Di Kota Belud Ditutup

in Terkini

KOTA KINABALU – Pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Tun Said di Kota Belud yang menempatkan 12 mangsa daripada lima keluarga sejak malam tadi, ditutup pagi ini dan kesemua mangsa dibenarkan kembali ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang baik. Bagaimanapun, Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt. Kol. Mohd Izaimi Md Daud…

Teruskan Membaca

1 2 3 11
Go to Top