SATU PERUBAHAN

Tag archive

SPRM

Jual Sijil Palsu: Reman 3 Lelaki Dilanjutkan

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Tempoh reman tiga lelaki termasuk seorang warga India disambung dua hari lagi bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran sijil akademik menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta di negara ini. Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan reman ketiga-tiga suspek dilanjutkan mulai esok hingga Ahad selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini…

Teruskan Membaca

Jangan Cuba Ugut SPRM Dengan Peluru Hidup!

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan amaran tegas kepada pihak yang cuba mengugut pegawai kanannya dengan menghantar peluru hidup serta nota berbaur ugutan ke rumah mereka. Ketua Peseruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkafli Ahmad berkata, beliau mahu mereka yang melakukan perbuatan itu menghentikannya kerana pada SPRM tindakan itu adalah tindakan pengecut. “Ia tidak…

Teruskan Membaca

Pasukan Petugas Siasat Kes Ugut Pegawai SPRM

in Terkini

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat kes ugutan terhadap dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata ini adalah susulan daripada dua laporan yang diterima pihaknya hari ini berhubung ugutan berkenaan. Dalam satu kenyataan, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat…

Teruskan Membaca

SPRM Lapor Polis Pegawai Kanan Terima Ugutan

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius perbuatan individu yang cuba mengugut seorang pegawai kanan agensi itu dengan meletakkan peluru hidup serta satu nota amaran berbaur ugutan di dalam peti surat rumahnya semalam. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. “SPRM percaya…

Teruskan Membaca

Sindiket Jual Sijil Palsu: 3 Lelaki Direman 5 Hari

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Tiga lelaki termasuk seorang warga India direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran sijil akademik menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini. Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad mengeluarkan perintah reman hingga Jumaat ini (20 Mac) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Didakwa Kemukakan Invois Palsu

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan cenderahati berjumlah RM91,500, tahun lepas. Mohd [email protected] Radzi Kasdi, 51, seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan dan Norlela Surip, 49, bekas kerani di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim…

Teruskan Membaca

Senarai Calon BN Disaring SPRM, PDRM, Insolvensi

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) telah menghantar senarai calon berpotensi untuk setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Insovensi. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pendekatan BN menghantar senarai yang melibatkan antara tiga dan lima calon berpotensi di…

Teruskan Membaca

Projek Terbengkalai Ijok: 2 Lelaki Bebas Reman

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Dua lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah, dibebaskan daripada tahanan reman hari ini. Majistret Siti Nabilah Abd Rashid membenarkan kedua-dua lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin di Mahkamah…

Teruskan Membaca

PRU14: Hanya BN Hantar Nama Calon Disaring – SPRM

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Hanya Barisan Nasional (BN) yang menghantar senarai nama calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disaring setakat ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah calon yang telah disaring dan menjangkakan lebih banyak nama akan dihantar menjelang hari penamaan calon PRU14…

Teruskan Membaca

PRU14: SPRM Wujud Bilik Gerakan Tangani Rasuah

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Bilik Gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa oleh calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu…

Teruskan Membaca

Projek Terbengkalai Mukim Ijok: 2 Lelaki Direman 4 Hari

in Terkini

PUTRAJAYA – Dua lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung Jawatakuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah direman empat hari bermula hari ini. Kedua-dua mereka merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing berusia 75 dan…

Teruskan Membaca

Projek Terbengkalai Mukim Ijok, 2 Ditahan SPRM

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua suspek lelaki disyaki menerima rasuah berhubung jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah. Kedua-dua mereka yang ditahan merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing…

Teruskan Membaca

Penolong Pegawai Pertanian Ditahan SPRM

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang penolong pegawai pertanian di sebuah badan berkanun persekutuan kerana disyaki terlibat rasuah berhubung program tanam semula getah. Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 47 tahun itu, berkhidmat di Negeri Sembilan dipercayai mencadangkan isterinya menjayakan program itu di bawah Skim Bantuan Tanam Semula. “Amaun…

Teruskan Membaca

Perbicaraan Bekas Pengarah & 3 Lagi Ditangguh Ke Mei

in Terkini

KOTA KINABALU – Perbicaraan kes pengubahan wang haram melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan tiga individu lagi ditangguhkan ke bulan depan. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak pendakwaan dan pembelaan menerima surat bertarikh 28 Mac daripada Mahkamah Sesyen di sini…

Teruskan Membaca

Peneroka Tanah Ijok Buat Laporan Kepada SPRM

in Slider/Utama & Sensasi

SHAH ALAM – Jawatankuasa Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengesyaki berlaku penyelewengan oleh beberapa individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian penyelesaian berhubung kes tanah berkenaan di Mahkamah Persekutuan. Pengerusi jawatankuasa itu, Mohd Fadzil Ibrahim berkata pihaknya mengesyaki individu terbabit ada menerima suapan untuk kompromi…

Teruskan Membaca

Ikrar Heret Pesalah Rasuah Ke Muka Pengadilan

in Jenayah/Terkini

PEKAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi mengulangi ikrarnya untuk terus mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan. Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kes rasuah dan salah guna kuasa berpunca daripada perasaan tidak amanah yang seterusnya menafikan hak rakyat. “Hak rakyat tidak sampai menyebabkan mereka kecewa dan marah…SPRM akan menyiasat dan mengheret…

Teruskan Membaca

Wanita Perlu Lebih Sensitif Rasuah, Salah Guna Kuasa

in Jenayah/Terkini

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu golongan wanita supaya lebih peka dan sensitif terhadap perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di sekeliling mereka. Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata sikap seperti ini amat penting kerana ia boleh membantu membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja dalam keluarga sendiri…

Teruskan Membaca

Pengarah Veterinar Antara Dua Ditahan SPRM Perlis

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa. Pengarah berusia 44 tahun itu dikatakan telah meluluskan lesen ‘Perladangan Unggas dan Aktiviti Lain’ atas nama dua syarikat haiwan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Menurut sumber, turut ditahan bagi membantu siasatan adalah…

Teruskan Membaca

Kes Jual Tanah Ijok: Datuk Direman 7 Hari

in Terkini

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok, Selangor kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion. Perintah reman sehingga 28 Mac itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret,…

Teruskan Membaca

Skandal Air: Mahkamah Tetapkan Bicara Pada 3 April

in Jenayah/Terkini

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 April perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan tiga lagi selepas menolak permohonan seorang daripada mereka untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya. Menurut Timbalan Pendaftar Dana Arabi Wazani, Hakim Datuk Nurchaya Arshad memutuskan keputusan itu dalam kamar selepas mendapati tidak ada merit dalam permohonan…

Teruskan Membaca

Terowong: Datuk Seri Dibebas Dengan Jaminan RM150,000

in Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan RM19 juta bagi menutup kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion dibebaskan hari ini. Majistret Lee Hong Shi membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM150,000 berserta seorang penjamin. Suspek berumur 37 tahun itu direman selama…

Teruskan Membaca

SPRM Perlis Lancar G-War Didik Wanita Cegah Rasuah

in Jenayah/Terkini

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini melancarkan Gerakan Wanita Anti Rasuah (G-WAR) untuk mendidik kaum wanita memerangi jenayah rasuah. Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Mohd Shukor Mahmud berkata, G-WAR yang julung kali diadakan itu memberi tumpuan khusus kepada wanita selaras hasrat SPRM untuk mendekati masyarakat. “Wanita adalah penyumbang penting pembangunan negara. Justeru,…

Teruskan Membaca

SPRM Reman 2 Pegawai RAPID Pengerang

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mereman dua pegawai Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang bagi siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM25,000. Perintah reman selama empat hari bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Saufee Afandi selepas mendapat permohonan daripada pegawai penyiasat SPRM. SPRM menahan…

Teruskan Membaca

Projek Terowong: ‘Datuk’ Bebas Tahanan Reman

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang direman berhubung kes menerima rasuah RM3 juta, kononnya bagi mempengaruhi penutupan siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang, dibebaskan hari ini. Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan lelaki berusia 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM370,000 oleh seorang penjamin di Mahkamah Majistret, di…

Teruskan Membaca

MISC Akan Kerjasama Penuh Bantu Siasatan SPRM

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR — Syarikat maritim berkaitan kerajaan, Malaysia International Shipping Corp. Bhd. (MISC), akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan siasatan berhubung dakwaan rasuah, baru-baru ini. Laporan sebelum ini menyatakan MISC menjadi tumpuan siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan tuntutan palsu membabitkan nilai kira-kira RM109 juta. “Syarikat…

Teruskan Membaca

SPRM Tahan 2 Pegawai Di RAPID Pengerang

in Jenayah/Terkini

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik restoran. Penahanan itu dibuat kira-kira 3 petang tadi di RAPID Pengerang, menurut sumber. Sumber itu berkata kedua-dua lelaki yang berusia 44 dan 49 tahun tersebut merupakan pegawai…

Teruskan Membaca

SPRM Siasat Syarikat GLC Terlibat Rasuah RM108.5 Juta

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa melibatkan lebih US$27.8 juta (RM108.5 juta). Menurut sumber, SPRM menerima maklumat terdapat pegawai syarikat itu disyaki bersubahat dengan beberapa kontraktor bagi mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja penyelenggaraan kapal-kapal milik GLC berkenaan sedangkan…

Teruskan Membaca

Suami Isteri Ditahan Kes Terima Rasuah RM361,000

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurutera sebuah syarikat minyak dan isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM361,000 dalam projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Sipitang, Sabah, tiga tahun lepas. Menurut sumber SPRM, suami isteri tersebut masing-masing berusia 58 dan 49 tahun ditahan di rumah mereka di Shah Alam pukul…

Teruskan Membaca

Bila Melawan Sebab Kepentingan Dan Kuasa

in Politik/Utama & Sensasi

DALAM politik, ada masanya kesetiaan dan permusuhan boleh berubah secara tiba-tiba apabila kepentingan diri menjadi lebih penting atau survival menuntut mengubah kesetiaan. Kepentingan ini ada masanya ialah kepentingan yang perlu dipelihara dan diperjuangkan, dan bukan hanya kepentingan yang singkat dan bersifat peribadi. Tetapi yang paling teruk ialah berubah-ubah beberapa kali demi kepentingan diri semata-mata, menyokong…

Teruskan Membaca

Kes Terowong: Reman ‘Datuk Seri’ Disambung 5 Hari

in Jenayah/Terkini

PUTRAJAYA – Tempoh reman ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang dipercayai menerima RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang dilanjutkan lima hari lagi bermula esok. Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tempoh reman suspek itu hingga 10 Mac ini.…

Teruskan Membaca

Ketua Jabatan Perlu Teliti Garis Panduan Terima Hadiah

in Jenayah/Terkini

KOTA BHARU – Semua ketua jabatan Persekutuan di negeri-negeri diminta merujuk garis panduan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebelum menerima sebarang hadiah daripada mana-mana pihak. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusof berkata ia bagi mengelak penjawat awam terpalit dengan aktiviti rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang merupakan kesalahan di bawah…

Teruskan Membaca

Anggota SPRM Ditempatkan Di Unit Integriti Felda

in Terkini

JOHOR BAHRU – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menempatkan beberapa pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Unit Integriti agensi itu bagi memastikan ia telus dan bebas daripada gejala rasuah. Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata langkah itu dibuat susulan cadangan daripada SPRM dalam usahanya membantu Felda menangani isu rasuah.…

Teruskan Membaca

Projek Terowong: Seorang Lagi ‘Datuk’ Ditahan SPRM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ disyaki menerima rasuah RM3 juta, kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. Suspek berumur 64 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’…

Teruskan Membaca

SPRM Buru Individu Ke-2 Rasuah Tutup Kes Terowong

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu kedua yang disyaki menerima sejumlah wang bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata individu kedua itu bukan Anggota Parlimen dari UMNO. Ditanya sama ada ahli politik berkenaan…

Teruskan Membaca

SPRM Beku Akaun Bank RM3.6 Juta, Sita Kereta

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan empat akaun bank syarikat milik seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan semalam, bernilai RM3.6 juta. Menurut sumber, SPRM turut menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta serta tiga buah…

Teruskan Membaca

Polis Melaka Nafi Ketua Balai Ditahan SPRM

in Terkini

MELAKA – Polis Melaka hari ini menafikan penahanan seorang ketua balai dalam daerah Melaka Tengah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lepas. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata penahanan itu melibatkan timbalan ketua balai berkenaan yang berpangkat sarjan berumur 52 tahun itu dan telah dibebaskan semalam selepas SPRM mengambil kenyataan beliau.…

Teruskan Membaca

SPRM Tahan Ahli Perniagaan Kes Rasuah RM19 Juta

in Jenayah/Terkini

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan disyaki menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. Suspek yang berumur 37 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang…

Teruskan Membaca

Sahabat Cilik SPRM Dilancar Di Seluruh Negara

in Terkini

KEPALA BATAS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Sahabat Cilik SPRM secara serentak di 14 sekolah di seluruh negara untuk menyebar luas mesej anti rasuah dalam kalangan murid sekolah rendah. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Sahabat Cilik SPRM yang menyasarkan murid sekolah rendah itu diperkenalkan susulan pelancaran Sahabat Gerakan…

Teruskan Membaca

Isu Terowong: SPRM Akan Lantik Perunding Bebas

in Jenayah/Terkini

KEPALA BATAS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang dalam proses mendapatkan khidmat perunding bebas untuk membuat penilaian berhubung kos kajian kebolehlaksanaan bagi projek melibatkan tiga jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihak SPRM sedang berbincang dengan beberapa perunding bebas dan masih…

Teruskan Membaca

Tanah Ijok: SPRM Gesa Orang Ramai Beri Maklumat

in Jenayah/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak yang mempunyai maklumat tentang isu tanah di Ijok, Selangor supaya mengemukakan maklumat berkenaan kepada pihaknya. Timbalan Ketua Pesuruhjayanya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM sedang memeriksa dokumen berkaitan tanah itu yang dirampas daripada lima syarikat, termasuk sebuah firma guaman Rabu lepas. Memandangkan siasatan tentang…

Teruskan Membaca

1 2 3 21
Go to Top