SATU PERUBAHAN

Tag archive

UMNO

Rozman Dicalon Semula Pertahan Kerusi Labuan

in Politik/Terkini

LABUAN – Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Rozman Isli dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi parlimen Labuan atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini. Rozman, penyandang kerusi itu selama satu penggal, dijangka ditentang calon PAS, Warisan dan seorang calon Bebas. Pencalonan Rozman diumumkan setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Rizalman…

Teruskan Membaca

16 Ahli UMNO Khianat Cuba Fail Bubar Parti Dipecat

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

TIADA MAAF… Semua maklum pembangkang kini dalam keadan tertekan sehingga terpaksa guna peguam tertentu konon pertikai urusan dalaman UMNO selain isu remeh warna bendera BN. Pakatan Harapan (PH) yang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) malah terpaksa guna lambang mata satu PKR setelah logo bersama gabungan pembangkang itu gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan. Terbaharu, sekali…

Teruskan Membaca

Ambrose Yakin Penduduk Penampang Berubah

in Politik/Terkini

PENAMPANG – Ketua Umno Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose yakin penduduk di daerah itu akan berubah untuk membuat pilihan yang bijak pada PRU14 ini. Beliau berkata, walaupun daerah itu diwakili pembangkang, namun kerajaan BN tidak mengabaikan arus pembangunan Penampang untuk keselesaan penduduk daerah itu. “Biarpun Penampang ini belum dimenangi BN tetapi saya percaya pada PRU14…

Teruskan Membaca

Shabery Anggap DAP Sebagai Parti Buta Kebenaran

in Politik/Terkini

CHUKAI – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shabery Cheek menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh mereka yang ‘buta’ kepada kebenaran dan hanya menerima sesuatu pendapat yang menyebelahi mereka sahaja. Beliau berkata ini terbukti apabila parti itu menerima Tun Dr Mahathir sebagai sekutu mereka sedangkan suatu ketika dahulu mereka bermusuhan. “Begitu juga dengan…

Teruskan Membaca

UMNO Mampu Tawan Dun Pengkalan Batu Untuk BN

in Politik/Terkini

MELAKA – Calon UMNO mampu melaksana tugas untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata berkata jenteranya telah bergerak untuk bertemu pengundi di DUN Pengkalan Batu, yang mana PRU sebelum…

Teruskan Membaca

Jangan Ulangi PRU12 Akibat Tiada Semangat Wala’

in Politik/Terkini

JERLUN – Semua anggota UMNO perlu menjadikan pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada 2008 sebagai iktibar tentang betapa pentingnya semangat wala’ bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti. Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, akibat tiada semangat itu, Kedah yang diterajui beliau sebagai Menteri Besar ketika itu juga…

Teruskan Membaca

Zahid Bayang Pertukaran Kerusi DUN Hutan Melintang

in Politik/Terkini

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang akan diberikan kepada UMNO pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Bagaimanapun, katanya, pengumuman mengenai kedudukan agihan bagi kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini bakal diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd…

Teruskan Membaca

Senarai Calon UMNO P.Pinang Sudah Dimuktamad

in Politik/Terkini

GEORGE TOWN – Senarai calon UMNO Pulau Pinang untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata UMNO akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan…

Teruskan Membaca

UMNO Masih Pilihan Rakyat Di Kepala Batas

in Politik/Terkini

KEPALA BATAS – UMNO Pulau Pinang yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berdasarkan kepada ‘DNA Pak Lah’ (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menjadi kekuatan sehingga kini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pembangunan yang telah dibawa oleh…

Teruskan Membaca

TMJ Saran Agar Kekalkan Kapal, Namun Netizen Pula…

in Politik/Utama & Sensasi

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam memberikan pendapat peribadinya secara ikhlas, yang difikirkan terbaik untuk Johor dan negara ini agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Dalam catatan panjang yang dimuat naik kira-kira jam 7.15 malam Sabtu itu, TMJ menegaskan rakyat berhak untuk memilih siapa sahaja calon yang dipertandinngkan pada Pilihan Raya Umum…

Teruskan Membaca

Lebih 5,000 Warga Bagan Datuk Terima Manfaat

in Terkini

BAGAN DATUK – Lebih 5,000 penduduk Bagan Datuk termasuk golongan ibu tunggal menerima manfaat pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Dewan Dato’ c, Sungai Sumun, di sini hari ini. Program sehari anjuran Biro Kebajikan UMNO itu menyediakan pelbagai informasi dan kemudahan mengenai pelan simpanan terbaik pendidikan yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)…

Teruskan Membaca

UMNO Semporna Masuki Pecutan Akhir Hadapi PRU14

in Politik/Terkini

SEMPORNA – Persiapan UMNO Bahagian Semporna menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah memasuki pecutan terakhir dengan tumpuan seluruh barisan jentera berpaksikan kepada usaha untuk menang, kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran. Beliau berkata dalam tempoh bila-bila masa sahaja PRU14 diumumkan, jentera UMNO Semporna telah 100 peratus bersedia. “Sejak 20…

Teruskan Membaca

Pemuda UMNO Perak Sudah Hantar Nama PRU14

in Politik/Terkini

IPOH – Pemuda UMNO Perak telah menghantar senarai nama yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri sebulan lepas. Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata, beliau tidak boleh mendedahkan secara lanjut berhubung perkara itu namun menegaskan bilangan nama yang dihantar pada kali ini lebih…

Teruskan Membaca

4 Lagi Anggota PPBM Keluar Parti, Sertai UMNO

in Politik/Utama & Sensasi

TAIPING – Empat lagi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut yang diketuai bekas Ketua Bahagian PPBM Bahagian Larut Mohd Radzi Ramli hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO. Mohd Radzi berkata tindakan itu dilakukan kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu yang hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu sahaja selain berlaku perpecahan di…

Teruskan Membaca

Program Ziarah Kasih & Bantu UMNO Maran Capai Kejayaan

in Politik/Terkini

MARAN – Program Ziarah Kasih dan Bantu UMNO Bahagian Maran berjaya membantu sebahagian besar masalah berkaitan kemiskinan dan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan pada tahun lepas. Ketuanya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata 86 peratus daripada 1,800 kes yang memerlukan perhatian berjaya diselesaikan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau berkata…

Teruskan Membaca

Himpunan Gergasi Jentera Pemuda, Puteri UMNO

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Satu himpunan gergasi peringkat nasional yang mengumpulkan jentera Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan Sabtu ini sebagai simbolik permulaan gerak kerja jentera parti menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata acara yang bakal berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh di Johor itu dijadual dilancarkan oleh…

Teruskan Membaca

RoS Lulus Permohonan Lanjutkan Pemilihan UMNO

in Politik/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan kelulusan permohonan parti UMNO untuk perlanjutan mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi bagi 2017. RoS dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17, yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan…

Teruskan Membaca

Pemuda UMNO Kedah Selar Kenyataan Mukhriz

in Politik/Terkini

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Kedah hari ini menyelar kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kejayaan kerajaan negeri yang dipamerkan pada Ekspo Muafakat Kedah adalah kejayaannya semasa menjadi menteri besar. Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata kejayaan yang dipaparkan di ekspo tersebut adalah hasil usaha dan pencapaian yang telah…

Teruskan Membaca

Dakwaan UMNO Akan Diharam Tak Benar – Ku Nan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa UMNO akan diharamkan dalam masa terdekat berikutan penangguhan pemilihan parti itu adalah tidak benar dan sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Katanya UMNO masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya. “Dakwaan…

Teruskan Membaca

PKR Gentar Dakwa UMNO Permatang Pindah Undi Polis

in Politik/Terkini

GEORGE TOWN – Dakwaan seorang pemimpin PKR di Pulau Pinang mengatakan UMNO Permatang Pauh memindahkan pengundi polis secara haram jelas menunjukkan pemimpin berkenaan kini gentar dengan gerak kerja UMNO membantu rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan yang dibuat pemimpin dan parti itu menunjukkan mereka mula ‘kecut perut’…

Teruskan Membaca

Muhyiddin Janji Tak Pulang Ke Pangkuan UMNO

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji kepada penyokong Pakatan Harapan beliau tidak akan sama sekali meninggalkan Pakatan Harapan. “Walau apa sekali pun saya dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan balik kepada UMNO,” dakwanya disambut riang penyokong Pakatan Harapan dalam satu ceramah di Puchong,…

Teruskan Membaca

50 Anggota PPBM Larut Keluar Parti Sertai UMNO

in Politik/Terkini

SELAMA – Seramai 50 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut yang diketuai bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Bahagian Larut Shafie Mohd Khairy isytihar keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Shafie berkata mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan PPBM dan merasakan parti itu hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu yang ada dalam parti.…

Teruskan Membaca

Hayati Perjuangan UMNO, BN Demi Negara – PM

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa menghayati perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kesinambungan kemajuan negara. Beliau berkata rakyat perlu bergantung kepada UMNO, parti yang mempunyai kekuatan sendiri, dan bukannya dengan parti yang bergantung dengan parti lain. “Takkan kita hendak harap parti yang bergantung…

Teruskan Membaca

UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – UMNO masih gagah bertahan selama 72 tahun dan menjadi parti yang paling lama berkuasa di dunia kerana bersifat ultra populis, kata Bendaharinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata ini kerana, UMNO peka dengan keperluan rakyat, memahami aspirasi rakyat, menjaga hubungan baik dengan parti komponen, melindungi rakyat semua kaum, membantu rakyat…

Teruskan Membaca

Perketat Undang-Undang Terhadap Berita Palsu

in Terkini

KOTA BHARU – Penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu melalui pelbagai platform media sosial perlu diperketatkan, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata kerajaan perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak ia merosakkan sistem demokrasi serta ekonomi negara yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa akibat perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah individu. “Penyebaran berita…

Teruskan Membaca

UMNO Parti Yang Sentiasa Beri Khidmat Terbaik

in Politik/Terkini

KOTA BELUD – UMNO merupakan sebuah parti politik yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Katanya, konsep kepimpinan negara ketika membentuk kerajaan adalah untuk sentiasa membantu rakyat tanpa mengira agama, bangsa mahupun wilayah. “Sebaiknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang menjadi parti…

Teruskan Membaca

Jadi Pembangkang Atau Kerajaan Campuran?

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

PAS kini hanya ada dua pilihan, sama ada terus kekal menjadi pembangkang utama di Parlimen atau bakal membentuk kerajaan campuran dengan menjadi komponen Barisan Nasional (BN). Isu itu timbul selepas hasrat PAS bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berjaya diperlekehkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan yang belum didaftarkan, Tun Dr.…

Teruskan Membaca

UMNO Sebuah Parti Istimewa, Bela Semua Golongan

in Politik/Terkini

TENOM – UMNO merupakan sebuah parti istimewa kerana ia membela semua golongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau fahaman politik, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya UMNO juga istimewa kerana ia disertai oleh pelbagai etnik bumiputera dan agama sekali gus menunjukkan keupayaan parti berkenaan untuk menyatupadukan rakyat majmuk…

Teruskan Membaca

Fasa 2 Program UMNO Bantu Rakyat Capai Sasaran

in Terkini

SANDAKAN – Fasa dua Program UMNO Bantu Rakyat dilaksanakan secara tersusun dan mencapai golongan sasaran, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata banyak penambahbaikan dilakukan untuk fasa kedua pelaksanaan program itu pada tahun ini dari segi bentuk sumbangan dan kumpulan sasaran. “Pelaksanaan fasa pertama Program UMNO Bantu Rakyat mencapai sasaran…

Teruskan Membaca

Barisan Nasional Terbaik Memimpin Negara – Najib

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu mempunyai kesedaran politik bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti terbaik untuk memimpin negara pada masa kini dan akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga pengerusi BN berkata sejak sekian lama mentadbir negara BN adalah sebuah parti yang sentiasa berjuang membina masa hadapan bagi memenuhi…

Teruskan Membaca

UMNO Pekan Desak Mahfuz Menghadap, Mohon Maaf

in Politik/Terkini

PEKAN – UMNO Bahagian Pekan hari ini, mendesak supaya anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk menghadap dan memohon maaf kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kerana memperlekehkan baginda dalam ceramah politik. Setiausahanya Datuk Ahmad Azmey Abu Talib berkata hanya permohonan maaf secara bersemuka dapat menyelesaikan kemelut dan mengurangkan kemarahan rakyat terhadap anggota Parlimen…

Teruskan Membaca

Banjir Di Pekan: Biro Ekonomi UMNO Bantu Penternak

in Terkini

PEKAN – Kesukaran yang dihadapi 40 penternak lembu dan kambing di Parlimen Pekan pada musim banjir ini mendapat perhatian pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan apabila tampil memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Biro berkenaan yang diterajui oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Zamri Ramli itu menyerahkan 80 kampit pelet makanan ternakan sebagai…

Teruskan Membaca

UMNO Teruskan Program ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’

in Terkini

DUNGUN – Program ‘Jom Bantu Rakyat 2.0’ anjuran Biro Kebajikan UMNO sudah pun dilaksanakan di 40 kawasan Parlimen dengan yang terbaharu di Parlimen Dungun, kata pengerusi biro itu, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata program itu, yang merangkumi 70 kawasan Parlimen terpilih di seluruh negara, menyasarkan bantuan diberikan kepada…

Teruskan Membaca

UMNO P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Mahathir

in Terkini

BUKIT MERTAJAM – UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis susulan pelbagai kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan cuba mempengaruhi rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pihaknya mendapati Mahathir, 92, membuat banyak kenyataan…

Teruskan Membaca

UMNO Rasah Sumbang Beg Sekolah Kepada 420 Pelajar

in Terkini

NILAI — UMNO Bahagian Rasah hari ini menyumbangkan beg sekolah kepada 420 pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan dalam kawasan Parlimen Rasah, pada program ‘Moh Poie Sekolah’. Naib Ketua UMNO bahagian itu Datuk Abdul Karim Mustafa berkata perkhidmatan gunting rambut secara percuma turut diberikan kepada pelajar yang hadir ke program itu,…

Teruskan Membaca

Senarai Konon Calon MB Cuma Sembang Kedai Kopi

in Politik/Utama & Sensasi

SHAH ALAM – UMNO Selangor menafikan buat sebarang perbincangan mengenai bakal menteri besar jika BN menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, isu itu juga sudah dipersetujui tidak akan diperkatakan langsung sehingga mereka benar-benar sudah berjaya merampas kembali negeri tersebut kelak.…

Teruskan Membaca

UMNO, BN Perlu Tawar Pakej Hebat Tarik Sokongan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menyediakan tawaran pakej hebat untuk rakyat terutama golongan pengundi muda bagi memastikan pentadbiran negara di bawahnya terus kekal relevan pada masa depan. Saranan itu disuarakan Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang menegaskan pakej itu sememangnya layak disediakan dan dinikmati rakyat pelbagai…

Teruskan Membaca

PRU14: UMNO Semporna Sedia Gerakkan Jentera IT

in Politik/Terkini

SEMPORNA – UMNO Bahagian Semporna bersedia menggerakkan jentera teknologi maklumat (IT) dengan menumpukan kepada media sosial sebagai medium kempen dalam mendekati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pemangku Ketua UMNO Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata selain itu, jentera IT bahagian itu berusaha menangkis dakyah pembangkang selain menjawab isu yang dibangkitkan parti lawan.…

Teruskan Membaca

Tirai Sudah Labuh, Tapak Jualan Di PWTC Masih Meriah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BERAKHIR… Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 melabuhkan tirainya dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC, di ibu negara, hari ini. Meskipun tirai telah dilabuhkan, namun gerai jualan di PWTC dilihat masih meriah dikunjungi pengunjung yang mengambil peluang membeli pelbagai barangan dengan harga ‘runtuh’. Dalam pada itu, peniaga-peniaga yang membuka gerai mereka…

Teruskan Membaca

Najib – Ahmad Zahid Susah Senang Diharungi Bersama

in Politik/Utama & Sensasi

SETIAKAWAN… Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan hampir setengah jam pertama ucapan penggulungan Presiden UMNO dengan penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Malahan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, Najib berkata Timbalan Perdana Menteri yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO itu disifatkan beliau sebagai seorang sahabat lama yang akrab dan setia. Perdana Menteri…

Teruskan Membaca

1 2 3 21
Go to Top