SATU PERUBAHAN

Tag archive

Wanita

PRU14: Mungkinkah Calon Wanita Di Sabah Bertambah?

in Politik/Terkini

KOTA KINABALU – Trend penglibatan golongan wanita di negara ini dalam pentas politik tidak dapat disangkal lagi sehingga ada antara mereka menjadi figura hebat yang diangkat sebagai calon mewakili sesebuah parti untuk bertanding sekali gus menyumbang kemenangan pada setiap pilihan raya. Penyertaan golongan wanita dalam arena politik juga dapat dilihat sebagai mengiktiraf dan memartabatkan lagi…

Teruskan Membaca

Manusia Tertua Berumur 117 Tahun Meninggal Dunia

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MANUSIA tertua di dunia, Nabi Tajima yang berasal dari Jepun telah menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 117 tahun. Jurucakap kesihatan dan kebajikan, Susumu Yoshiyuki berkata, wanita yang dilahirkan pada 4 Ogos 1900 itu meninggal dunia di tempat asalnya di Pulau Kikai, Kagoshima kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) ketika berada di hospital. “Tajima tinggal…

Teruskan Membaca

Tembak Wanita Wajah Seiras Untuk Curi Identiti

in Jenayah/Utama & Sensasi

KEJAM… Seorang wanita, Lois Riess, 56, telah membunuh wanita lain yang seiras dengannya lalu mencuri identiti wanita tersebut dan melarikan diri, selepas membunuh suaminya sendiri. Lois, membunuh Pamela Hutchingson, 59, beberapa jam selepas berkenalan dengan mangsa. Dia menembak tepat mengenai jantung Pamela. Wanita kejam itu kemudiannya mencuri kereta, kad pengenalan dan kad bank milik mangsa.…

Teruskan Membaca

Siapa Wanita Cantik Ikon Parti Warisan Sabah Ini?

in Politik/Utama & Sensasi

MEMPUNYAI rupa yang cantik pasti akan menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi apabila golongan ini menduduki kerusi dalam kancah politik negara. Terdahulu, beberapa ahli politik wanita yang mempunyai kedudukan dalam parti yang berbeza iaitu antara Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar dengan pemimpin Sosialis Muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menjadi buah mulut orang ramai.…

Teruskan Membaca

Wanita 42 Tahun Menyamar 20-An Untuk Tipu Lelaki

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG wanita berusia 42 tahun, mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang iaitu dengan menyamar sebagai wanita yang berusia 20-an dengan taktik solekan dan menipu lelaki. Wanita itu, Li Daqing, dari Shenzhen, China, berjaya menipu teman lelakinya yang lebih muda dan melarikan duit sebanyak RM3.6 juta. Malah ketika ditangkap, kekasihnya itu tidak mengenali Li kerana wajahnya…

Teruskan Membaca

Manifesto BN: Buka Peluang Wanita Tingkatkan Ekonomi

in Politik/Utama & Sensasi

KANGAR – Perancangan dirangka Barisan Nasional (BN) untuk memperkasakan wanita yang disifatkan sebagai ‘ratu hati negaraku’, bukan sahaja mengangkat martabat kaum ibu, malah membuka peluang untuk mereka bergiat lebih aktif dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan negara. Naib Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perlis, Datin Fadzilah Abu Bakar berkata setiap inisiatif khusus untuk ibu…

Teruskan Membaca

12 Tahun Dirantai Dan Dikurung Ibu Sendiri

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

APA yang berlaku kepada Wang Zhiqiang ini mengejutkan penduduk di China. Ibunya, Yue Rong, 77, mengaku dia terpaksa merantai anaknya sejak 12 tahun lalu kerana mahu mengelakkan anaknya daripada mencederakan orang lain. Dia pernah dihantar ke sekolah khas ketika kecil namun Wang mengalami masalah psikologi selepas dibuli oleh rakan sekelas. Wang dihantar balik ke rumah.…

Teruskan Membaca

Wanita Hilang Anak Akibat Denggi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUNAK – Seorang ibu yang kehilangan anak perempuan berusia sembilan tahun pada 15 Mac lepas akibat denggi berdarah, hari ini tampil menasihati masyarakat khususnya di sini, agar lebih peka dengan bahaya penyakit itu. Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 36, wanita itu berkata selama ini dia sendiri tidak pernah mengendahkan tentang bahaya nyamuk aedes apatah lagi…

Teruskan Membaca

Noorizan Mohamad: Buat Lelaki ‘Kecut Perut’

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles SEPERTI yang dijadualkan, pada pagi itu sekumpulan anggota tentera telah siap berbaris di hadapan kem mereka untuk mendengar arahan dan taklimat terakhir sebelum bergerak ke kawasan latihan. Selepas segala-galanya selesai dan arahan keluar baris diberikan, masing-masing menyerbu ke arah beberapa buah trak tiga tan yang sedang menanti sambil membawa peralatan…

Teruskan Membaca

Ibu Pejabat YouTube Ditembak, 5 Cedera

in Jenayah/Utama & Sensasi

SATU insiden tembakan rambang berlaku di ibu pejabat YouTube, San Bruno, Amerika Syarikat disyaki daripada seorang wanita yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera. Lapor Astro Awani, Ketua Polis San Bruno, Ed Barberini berkata suspek bagaimanapun telah mati di tempat kejadian akibat kecederaan yang dilakukan sendiri. “Kami menjumpai mayat seorang wanita dengan kesan kecederaan sendiri.…

Teruskan Membaca

Kerajaan Rancang Gubal Undang-Undang Hak Wanita

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk menggubal rang undang-undang berkaitan hak-hak wanita seperti Rang Undang-Undang Kesaksamaan Gender bagi mengimbangi peranan lelaki dan wanita dalam pembangunan negara. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata penggubalan akta itu dijangka dapat merapatkan ketidaksamaan gender yang wujud antara wanita dan lelaki dengan memasukkan prinsip…

Teruskan Membaca

Isteri Berguling Sejam Atas Jalan Elak Suami Ditahan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GARA-GARA tidak mahu suaminya ditangkap polis, seorang wanita di China tiba-tiba ‘sawan’ berguling-guling di hadapan kereta peronda polis. Menurut laporan Astro Awani, wanita yang dikenali sebagai Quan melakukan perangai pelik demikian selepas suaminya mahu diheret ke balai polis gara-gara gagal mengemukakan lesen memandu atau dokumen pendaftaran motosikalnya. Manakala anak perempuan yang bersamanya pula tidak berhenti…

Teruskan Membaca

Wanita Perlu Lebih Sensitif Rasuah, Salah Guna Kuasa

in Jenayah/Terkini

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu golongan wanita supaya lebih peka dan sensitif terhadap perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di sekeliling mereka. Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata sikap seperti ini amat penting kerana ia boleh membantu membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja dalam keluarga sendiri…

Teruskan Membaca

Akibat Kecuaian Hospital, Wanita Kehilangan Bayi

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG wanita terpaksa menanggung kepedihan apabila kehilangan anak yang dikandungkan berbulan-bulan disebabkan kecuaian pihak hospital di daerah Chhatarpur, India. Lapor media tempatan, wanita terbabit yang menunggu masa untuk bersalin dibiarkan selama berjam-jam tanpa pengawasan kerana kesemua kakitangan hospital sibuk menyambut ketibaan pegawai kesihatan yang mahu melakukan pemeriksaan di hospital tersebut. “Dia menangis kerana menahan kesakitan…

Teruskan Membaca

Wanita Dengan Tanda Lahir Di Muka Bertukar Wajah

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

NAMA Goar Avetisian bukan asing lagi di Rusia malah jurusolek ini mempunyai kira-kira 4.5 juta pengikut dalam Instagram. Goar terkenal kerana dia sering menawarkan untuk menyolek wanita yang tidak pernah melakukan solekan. Ia termasuk mangsa penderaan rumah tangga dan wanita yang mempunyai kesan parut atau luka terbakar. Baru-baru ini, Goar telah menyolek seorang wanita yang…

Teruskan Membaca

Wanita Kudung Ditetak Suami Dapat Tangan Bionik

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG ibu kepada dua anak, Margarita Grachyova, 25, yang hilang sebelah tangan kanan selepas ditetak oleh suaminya, kini mendapat tangan bionik. Dia diterbangkan dari Rusia ke Jerman untuk mendapatkan tangan baru tersebut. Dengan tangan ala robot itu, Margarita kini dapat memeluk anak-anaknya. Pada masa sama, Magaita terpaksa menjalani sesi pemulihan untuk tangan kirinya, yang turut…

Teruskan Membaca

Hasrat Wanita Ke Arah TN50 Akan Diserah Kepada PM

in Terkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menghimpunkan hasrat dan impian wanita Malaysia ke arah menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50). Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kesemua itu akan dikumpul dan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hujung tahun ini. “Sempena Hari Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos,…

Teruskan Membaca

Ibu Gigih Riba Anak Sambil Jawab Soalan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KEGIGIHAN wanita Afghanistan ini yang terpaksa membawa bersama bayinya yang berusia dua bulan ketika menduduki peperiksaan untuk memasuki universiti di Kabul telah menjadikan dia sebagai tajuk utama media dunia. Lebih menggembirakan, kesungguhan Jahan Jaab, 22, itu berbaloi apabila dia lulus peperiksaan berkenaan. Jahan mendapat 152 mata dan akan mengambil jurusan pengajian sains sosial. Gambar Jahan…

Teruskan Membaca

MAHA 2018: Iktiraf Wanita Dalam Pertanian

in Terkini

SERDANG – Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) akan mencatat sejarah sebagai program terbesar negara yang mengiktiraf peranan wanita dalam sektor pertanian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. MAHA 2018 yang bertemakan ‘Segalanya Wanita’ akan diadakan selama 11 hari bermula 22 November di Taman…

Teruskan Membaca

Masalah Jerawat Selama 15 Tahun Berakhir

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG blogger mendedahkan dia berjaya mengatasi masalah jerawat yang dialaminya selama 15 tahun dengan mengamalkan diet sihat dan tidak mengambil gula. Amy Saunders, 27, dari Brighton, sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi jerawat adalah dengan mengambil ubat hormon. Dia hanya berusia 11 tahun ketika mula ditumbuhi jerawat selepas menggunakan krim pelindung…

Teruskan Membaca

Wanita Maut Dirempuh Uber Tanpa Pemandu

in Jenayah/Utama & Sensasi

ARIZONA – Kereta tanpa pemandu perkhidmatan Uber melanggar mati seorang wanita yang sedang melintas jalan di Arizona, kata polis semalam. Ia menjadikan kematian pertama disebabkan kenderaan tanpa pemandu dan menjadi tamparan kepada teknologi yang dijangka dapat membaharui sistem pengangkutan. Elaine Herzberg, 49, sedang menuntun basikalnya di luar lintasan pejalan kaki di jalan raya empat lorong…

Teruskan Membaca

Wanita Mabuk Kencing Dalam ‘Photo Booth’

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

APABILA dah mabuk, dunia pun jadi tunggang terbalik. Ini yang berlaku kepada seorang wanita setelah kencing dalam photo booth selepas menyangka ia adalah tandas. Aksi memalukan itu dirakamkan oleh seorang lelaki yang turut berada di sebuah kelab malam, Tom Mitchell di Aberdeen, Britain. Dia kemudian memuat naik gambar berkenaan dalam Snapchat. Menceritakan mengenai insiden itu,…

Teruskan Membaca

Barbie Punya Pasal, Sanggup Keluar Wang Besarkan Mata

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG wanita yang mengaku dirinya adalah `patung manusia’ sanggup belanja RM15,600 semata-mata untuk melakukan pembedahan membesarkan kelopak mata bagi menjadikan dirinya Barbie. Ophelia Vanity, 30, dari Los Angeles, Amerika Syarikat merupakan campuran Cina dan barat. Disebabkan matanya agak sepet maka dia mahu membesarkan mata untuk kelihatan seperti idolanya iaitu anak patung itu. “Saya sering dibuli…

Teruskan Membaca

Op Gegar: 18 PATI Warga Thailand, Laos Ditahan

in Jenayah/Terkini

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand dan Laos dalam Op Gegar di dua lokasi berasingan di sekitar Kulim dan Sungai Petani, hari ini. Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata operasi disertai 17 anggota imigresen yang bermula 12 tengah malam hingga 3 pagi itu melibatkan pemeriksaan di dua kafeteria…

Teruskan Membaca

Ingin Popular Di YouTube, Wanita Dipenjara 6 Bulan

in Jenayah/Utama & Sensasi

CHICAGO – Hakim di Minnesota menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas wanita kerana menembak mati teman lelakinya dalam aksi ngeri yang diharapkan menjadi tular. Monalisa Perez, 20, ibu kepada dua anak, percaya teman lelakinya, Pedro Ruiz, dilindungi buku tebal ketika menembak mangsa pada jarak dekat Jun lalu di depan ramai orang yang melihat aksi…

Teruskan Membaca

Wanita Dipenggal Kepala Kerana Enggan Lakukan Seks

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG ahli perniagaan wanita yang berusia 29 tahun, telah dibunuh manakala kepalanya dipenggal selepas dia enggan melakukan seks dengan bekas kekasihnya. Kejadian mengejutkan itu berlaku di Ukraine. Mayat Anna Ergieva ditemui oleh ibu bapanya yang mengunjungi rumah wanita itu selepas mereka gagal menghubunginya. Hanya badan Anna sahaja ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumah itu sementara…

Teruskan Membaca

Wanita Bersalin Dalam Laut Merah Jadi Perhatian

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PENGUNJUNG di Laut Merah di Mesir dikejutkan dengan kejadian di mana seorang pelancong Rusia melahirkan anak di dalam air. Mereka terkejut bapa wanita itu naik ke darat sambil memegang bayi yang bertali pusat. Tidak lama kemudian wanita itu pula naik ke darat. Imej wanita itu bersama bapa, bayi dan pasangannya kemudian dirakamkan dan menjadi viral.…

Teruskan Membaca

Wanita Arab Saudi Boleh Terlibat Seni Perfileman

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BARU-BARU ini beberapa orang pelajar berkesempatan menggunakan kamera miliknya setelah Arab Saudi memansuhkan pengharaman operasi panggung wayang selepas 35 tahun. Sama Kinsara, pelajar tahun pertama Universiti Effat, Jeddah antara pelajar yang mengambil jurusan produksi visual dan digital mendapat peluang mempelajari cara penggambaran, membuat filem dan penceritaan. “Semuanya akan berubah,” katanya kepada agensi berita antarabangsa Reuters.…

Teruskan Membaca

Kes Kepala Manusia Tanpa Badan Sudah Terjawab

in Jenayah/Utama & Sensasi

MISTERI kes kepala manusia yang ditemui tidak berbadan di Sungai Batang Lupar sudah terjawab setelah pihak polis melakukan siasatan susulan. Identiti sebenar mangsa yang terpaksa dirahsiakan, diketahui merupakan seorang wanita berketurunan Cina dan dianggarkan berusia 31 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, identiti mangsa diperoleh selepas penahanan seorang lelaki yang dipercayai…

Teruskan Membaca

Hasil Kerja Tangan Pengukir Kayu Wanita

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BESUT – Di sebalik raut wajah dan gerak-gerinya yang lemah-lembut, tentu ramai tidak menyangka ibu kepada dua anak ini betah bermain dengan pahat dan tukul di bengkelnya setiap hari. Tidak janggal bergelumang dengan habuk kayu, Ruwaida Baharudin, 31, berbangga menjadikan bidang ukiran kayu sebagai kerjaya pilihannya sejak 10 tahun lepas. Walaupun bidang itu lazimnya dipelopori…

Teruskan Membaca

Hanya Belanja RM5,000 Kembara Solo Ke NZ

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Bekas jurutera kimia Maslinda Supandi hanya belanja RM5,000 semasa mengembara berbasikal secara solo ke South Island, New Zealand selama tiga bulan pada Mac 2016, dan RM10,000 dari China ke Itali bermula Ogos 2016 sehingga Mac 2018. Bagi Maslinda, 31, atau lebih dikenali sebagai V, wang dan keselesaan bukan penghalang baginya untuk mengembara,…

Teruskan Membaca

70 Sertai Asian Women’s Force Ride 2018

in Terkini

PUTRAJAYA – Seramai 70 penunggang wanita dari negara Asia termasuk Malaysia hari ini menyertai konvoi bermotosikal Asian Women’s Force Ride 2018 bersempena dengan semangat Tahun Memperkasa Wanita 2018 dan Hari Wanita Sedunia, yang disambut semalam. Acara pelepasan konvoi dari perkarangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Presint 4 di sini, disempurnakan oleh Ketua Setiausaha…

Teruskan Membaca

Tiada Seorang Lelaki Pun Boleh Masuk Ke Pulau Ini

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEMPENA sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, sebuah syarikat percutian mewah telah mengumumkan mereka bakal mewujudkan pulau peranginan khas buat pelancong perempuan sahaja. Usahawan Kristina Roth mencipta SuperShe Island yang merupakan pusat perlancongan tertutup dan terletak di tepi pantai di Finland, di mana kaum lelaki tidak dibenarkan untuk masuk. Kata Roth, tujuan dia meletakkan syarat tersebut adalah kerana…

Teruskan Membaca

Wanita Diarah Bayar RM351,000 Kerana Fitnah

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG wanita diarahkan oleh mahkamah untuk bayar pampasan sebanyak RM351,000 kepada seorang jurugambar kerana dia memfitnahnya selama setahun hingga memusnahkan bisnesnya. Hakim kes itu mendapati Emily Lao telah bersikap tidak adil kepada jurugambar berkenaan, Kitty Chan. Kejadian berlaku apabila Emily telah mengupah Kitty untuk merakamkan gambar perkahwinannya di Kanada pada 2015. Namun sebelum majlis perkahwinan…

Teruskan Membaca

Musa Puji MPWS Perkasa Wanita Sabah

in Terkini

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman memuji inisiatif Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) memperkenal tiga projek penting sebagai usaha memperkasa pembangunan wanita di negeri ini. Beliau berkata tiga projek berkenaan iaitu pembangunan keusahawanan; Pusat Bantuan Guaman Wanita; serta Buku Manual Interaktif Perkahwinan Kanak-kanak; dilihat mampu melonjak potensi wanita sekali gus memastikan hak…

Teruskan Membaca

Mengerikan! Wanita Maut Di Celah Besi Pagar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

TRAGIK… Seorang wanita muda maut selepas lehernya tersangkut di pagar besi penghadang pejalan kaki dalam satu kejadian di China, lapor portal Daily Mail. Kejadian ngeri tersebut berlaku disebabkan kaki mangsa tersadung pada beg beroda yang dibawanya ketika turun dari sebuah bas di Huangpu di bandar Hankou, wilayah Hubei, China. Wajah mangsa bertukar kebiruan dan lemas selepas…

Teruskan Membaca

Paksa Wanita Islam Buka Tudung? Sedia RM707,526!

in Jenayah/Utama & Sensasi

JANGAN berani memaksa wanita Islam membuka tudung jika tidak mampu menyediakan RM707,526. Lapor Sinar Harian, Sepertimana yang berlaku di bandar New York, Amerika Syarikat apabila pihak polis memaksa tiga orang wanita Islam membuka tudung ketika gambar wajah mereka diambil. Padahnya, Mahkamah Brooklyn telah mengarahkan bandar raya New York membayar pampasan berjumlah AS$180,000 bersamaan RM707,526 kepada…

Teruskan Membaca

Wanita Saudi Dibenarkan Sertai Tentera

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RIYADH – Buat pertama kalinya, wanita Saudi dibenarkan membuat permohonan untuk menyertai tentera negara itu. Kaum wanita diberikan tempoh sehingga lusa (1 Mac) untuk memohon pekerjaan sebagai askar di wilayah seperti Riyadh, Makkah, al-Qassim dan Madinah. Sekalipun begitu, peranan-peranan yang boleh dipegang mereka tidak melibatkan pertempuran. Sebaliknya, kaum wanita berpeluang untuk bekerja dalam bidang kawalan…

Teruskan Membaca

Tuduh Curang, Zakar, Testis Suami Dipotong

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEORANG wanita bertindak mengerat zakar dan testis suaminya selepas menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit. Malah suspek turut mengepam organ seks itu di tandas. Azad Singh kini dalam keadaan kritikal di hospital selepas mengalami pendarahan susulan serangan yang berlaku di rumah mereka di Joginder Nagar, utara India. Polis berkata, isteri mangsa, Sukhwant Kaur menunggu suaminya tidur…

Teruskan Membaca

Wanita Masuk Mesin X-Ray Takut Beg Hilang

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

CHINA – Seorang wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah stesen kereta api di China kerana bimbang beg tangan miliknya hilang ketika melalui pemeriksaan keselamatan berkenaan. Petugas keselamatan di stesen kereta api di Dongguan, selatan China terkejut apabila melihat imej wanita berkenaan pada skrin mesin pengimbas X-ray itu. Menurut laporan Pear Video,…

Teruskan Membaca

1 2 3 22
Go to Top