Akhbar Amanah Bakal Saingi Harakah!

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) dalam proses menerbitkan akhbar sendiri.

Setiausahanya, Mohd. Anuar Tahir berkata, usaha itu dalam fasa terakhir bagi membuat permohonan permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“AMANAH (PAN) kini sedang berusaha ke arah menerbitkan akhbarnya sendiri dan berada di fasa akhir menyiapkan segala dokumen diperlukan untuk dihantar kepada KDN bagi memohon permit penerbitan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Usaha PAN untuk menerbitkan akhbar parti itu dilihat ramai pihak antara usaha PAN sebagai sebuah parti Islam baharu menyaingi akhbar Harakah milik PAS.

Mohd. Anuar dalam pada itu menafikan PAN akan mewujudkan akhbar itu dengan nama “Harapan Baru” seperti yang tersebar di media laman sosial.

Menurutnya, akhbar itu bukan dikeluarkan oleh PAN maka parti itu tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang boleh timbul daripada akhbar berkenaan.

“Jika akhbar seperti yang gambarnya sedang tersebar itu benar-benar wujud, AMANAH (PAN) mempelawa pihak terbabit untuk datang berbincang langkah-langkah yang boleh diambil ke arah mempromosikan parti,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]7gLNZRK3VOI[/wpdevart_youtube]

Loading...