Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung

WALAUPUN dalam kehidupan sebenar pelakon Lisa Surihani tidak pernah mengalami pengalaman mengandung, namun dia menzahirkan watak tersebut dengan sebaik-sebaiknya dalam filem terbaharu lakonannya, Suamiku Encik Perfect 10!

Kata Lisa, dia banyak membuat pemerhatian sekeliling dengan melihat orang lain yang mengandung agar dapat lebih mendalami watak yang dijayakannya bersama pelakon gandingan, Aaron Aziz.

“Saya banyak buat pemerhatian sekeliling dengan melihat orang lain yang mengandung supaya saya dapat lagi mendalami watak wanita yang mengandung. Saya juga banyak berbincang dengan pengarah untuk mengetahui apa yang dikehendaki dan disukainya dalam watak Aleeya Azmeen,” katanya memetik portal Rotikaya.

Filem ini diadaptasi daripada novel berjudul sama yang diarahkan oleh Mohammed Feroz Abdul Kader.

lisa1

Selain Lisa dan Aaron, filem ini turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Raja Ilya, Jehan Miskin dan Jasmin Hamid.

Suamiku Encik Perfect 10! terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Januari ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...