MKN Gerak Pasukan SMART Ke Sabah

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk membantu operasi gempa bumi di Sabah.

Timbalan Setiausaha MKN, Ogu Salim Omar berkata, pasukan itu, yang diketuai Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah tengah hari ini.

“Anggota terbabit termasuk paramedik, kejuruteraan dan penyelamat. Setakat ini tiada mangsa yang terbunuh atau tercedera dilaporkan, dan kami masih lagi menunggu perkembangan terkini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini menyampaikan bantuan bencana gempa bumi dari rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi di Nepal kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Nepal di Malaysia Uttam Kumar Shahiwakil, di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong dekat sini hari ini.

Beliau berkata, bantuan dari segi perubatan akan dihantar ke Sabah bergantung kepada keperluan. – BERNAMA

 

Loading...