SATU PERUBAHAN

LEE LAM THYE

SPRM Umum Pelantikan 4 Penasihat Kehormat

in Terkini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik empat tokoh masyarakat dalam kalangan golongan profesional sebagai Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya agensi itu.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, pelantikan bagi tempoh dua tahun itu berkuat kuasa mulai 1 Februari 2018 sehingga 31 Januari 2020.

“Tokoh-tokoh yang dilantik ialah Tun Zaki Tun Mohamed Azmi, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang, Tan Sri Dr. Ramon V. Navaratnam dan Tan Sri Lee Lam Thye,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, keempat-empat mereka berperanan memberi pandangan dan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung tindakan operasi, pencegahan, pendidikan dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti SPRM atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Tambah SPRM, mereka juga bertindak sebagai ‘key communicator’ dalam menyampaikan pandangan masyarakat berkaitan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Kata SPRM, mereka juga berperanan dalam menyampaikan amanat dan hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada masyarakat supaya seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

“SPRM percaya dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang masing-masing, kesemua mereka dapat membantu merealisasikan hasrat SPRM dalam memastikan masyarakat Malaysia menjauhi budaya serta amalan rasuah dan salah guna kuasa,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Tags:

Terkini dari Terkini

Go to Top